Followers

Suka tak blog ni?

Friday, December 28, 2012

50 Tips kebahagian rumahtangga

dua tiga hari ni banyak dah kawan-kawan share pasal tips kebahagiaan rumahtangga ni..
sangat bagus..suami isteri memainkan peranan..
jadi saya nak abadikan tips ni di blog.. :)
sesungguhnya orang yang paling baik terhadap keluarganya adalah Rasulullah SAW.‎

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang

semoga semua mendapat manfaat..dan menjadi amalan kita semua..

Thursday, December 27, 2012

supplement semasa berpantang

ok..semasa berpantang...macam2 pilihan jamu ade di pasaran..betul kan?
sampai tak tahu mana nak pilih...
Salindah, sendayu tinggi, mustika ratu, leesa formula, dan macam-macam lagi lah...

memang pening...
masa bersalinkan anak pertama, saya beli set akar kayu, kene rebus guna periuk dari tanah liat tu..
memang tak minum pon....sip skali jer...hehe..pastu tak nak..pahitnya yang amat..

beli juga set mustika ratu..sapu-sapu...bagus juga lah...tapi mase bersalinkan anak pertama- Huda..memang tak larat sangat-sangat...2 minggu tak boleh pakai stokin sendiri...nasib baik lah en suami tolong..dia sapukan ubat sume...sayang en suami saya...

Anak ke 2- Hannah..tak ambil apa-apa set..kain bengkung pon jahit sendiri..
sapu je ubat-beli dari kampung dan jamu kampung-kampung je..
kesihatan ok juga lah...tapi sakit tempat jahit memang tak boleh sentuh..sakit..dan sembelit...erm...tak payah cakap lah...macam nak bersalin lg jer..2 2 anak macam tu..nak menangis dalam bilik air..

masuk anak ke3- Hadi..di temukan dengan Shaklee
bertenaga...memandangkan Hadi ni nak kene ulang alik ke hospital masa dalam pantang sebab prolong jaundice..seorang diri pulak tu..tak de berteman..misi pon tanya, ni maknya ke..cergas je nampak..
Alhamdulillah...vitamin ni memberi kecergasan..

Sekarang masih mengamalkan vitamin dan saya juga makan jamu..untuk merancang keluarga..
sebab saya masih percayakan fungsi kacip fatimah untuk wanita..

jadi pilih la..dan ni pula testimoni untuk alfafa




Wednesday, December 26, 2012

Wordless Wednesday

SEMANGAT!!



Sekarang bukan masa untuk berpatah balik!!!...
move forward no matter what..

Tuesday, December 25, 2012

Fadhilat dan kelebihan surah Al waqiah



Surah Al waqiah mempunyai banyak fadhilat. Saya mendapat pesan supaya mengamalkan surah al waqiah ni untuk rezeki yang lebih luas.


Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”


Al-Waqiah bererti 'Hari Kiamat' yang diambil dari ayat pertama surah ni. Isi2 yang terkandung di dalam surah ni menceritakan tentang huru-hara pada hari kiamat, hari kebangkitan, hari hisab, gambaran syurga dan neraka dan 3 golongan manusia. 

Golongan Pertama - hamba2 ALLAH yang ALLAH segerakan mereka masuk ke syurga tanpa di hisab 
Golongan Kanan - hamba2Nya yang beriman ke jalan ALLAH
Golongan Kiri - Manusia2 yang berbuat maksiat, kemungkaran dan kejatahan.

Antara fadhilat surah pilihan ini

1. Kalau korang pada pada setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan di timpa kepapan yakni kemiskinan.
Nabi SAW pernah bersabda

" Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan menimpa padanya kepapaan. Dan surah Al-Waqiah adalah surah kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu'


2. Imam Ja'afar ra pun pernah berkata
" Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, maka ALLAH akan mempermudahkan rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surah Al-Waqiah di waktu pagi dan petang maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnahnya, malah kefitnahannya itu akan kembali pada orang itu''


Surat ini jika dibaca di sisi orang yang sedang sekaratul maut,insya Allah akan mempermudah roh keluar dari jasadnya. Jika dibacakan disisi orang sakit, diringankan sakitnya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya Allah segera melahirkan dengan mudah.

Selamat beramal... insya Allah..

Monday, December 24, 2012

Period tidak teratur

Masalah wanita mengalami period yang tidak teratur ni biasa kita dengar..
ade yang period setahun sekali je..

selain mengambil pil perancang untuk membuatkan period..yang mana mengandungi bahan kimia yang memaksa untuk period, boleh la cuba ambil GLA ni

GLA dan fungsi nya boleh lihat kat sini

baca dulu testimoni pengguna GLA, baru percaya kan..

GLA membantu meningkatkan kesuburan

Penjagaan kesihatan semasa Hamil

Penjagaan kesihatan sangat penting semasa hamil. Untuk bayi dan juga ibu. Tetapi, ibu tidak perlu 'makan untuk 2 orang" semasa hamil kerana tidak perlu tenaga lebih hingga masuk 3rd trimester baru meningkat sedikit.

Pemakanan yang perlu bagi ibu hamil adalah sayuran dan buah-buahan ( at least 5 hidangan sehari). Protein, susu(kalsium), asid folik (400mcg) dari hari pertama hingga tiga bulan yang pertama dan besi.
Pengambilan Omega-3 pula sangat baik untuk perkembangan otak bayi dan berat bayi semasa kelahiran. Kalau tidak suka ikan, boleh ambil supplement yang bebas vitamin A. Walaubagaimanapun sesetengah ikan yang mengandungi minyak ikan tidak digalakkan di ambil lebih dari 2 kali seminggu kerana mengandundi merkuri.

Bersenam- seperti berjalan dan berenang sangat bagus untuk kesihatan. Senaman semasa hamil membantu badan kembali seperti asal selepas kelahiran, mengatasi kemurungan, Senaman lantai pelvis dah boleh buat sebelum bersalin lagi. 

Kopi..ramai suka minum kopi kan, dan bila mengandung, teringin sangat untuk ambil kopi. kandungan kafein dalam kopi yang tinggi boleh menyebabkan risiko keguguran, atau berat bayi yang rendah. Ambil lah sederhana sahaja. Cukup secawan sehari.

Berehat...jangan buat kerja berat, walaupun rasa seperti kita mampu lakukan, kasihan lah kat bayi yang kita kandung. Bila terasa penat, itu tandanya kita perlu berehat. Ambil masa untuk tidur sekejap atau rehatkan kaki.


Saturday, December 22, 2012

Meal Shakes

ERm...yum yum..meal Shakes memang sedap..perisa French Vanilla
bau saja pon dah sedap sangat....sebab terliur bila bancuh susu untuk anak, jadi bancuh jugak meal shakes campur dengan ESP untuk diri sendiri..


Meal Shakes disyorkan untuk sesiapa yang ingin menambahkan berat badan. Sebab Mealshakes boleh menambah selera.
Set untuk menambah berat adalah Meal Shakes + VitaLea + vitamin B complex
Jika di amalkan secara konsisten mampu menambah berat badan.

Apa Meal Shakes ni?

Jika mencari sarapan yang sihat, meal Shake merupakan pilihan yang bijak.
sesuai untuk sesiapa yang nak ambil supplement, tapi tak suka pil..supplement dalam bentuk minuman.

Manfaat utama:

  • Nutrisi lengkap- Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh. Mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekal nutrisi kepada sel tubuh - Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Membantu tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang di perlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Anti-oksida - Mengandungi vitamin A, C,E, zink, selenium yang merupakan agen anti-aksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan penuaan.
  • Mengembalikan seri wajah - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik
  • Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
  • Lazat - Minuman yang lazat untuk di ambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga.
  • TIDAK MENGANDUNGI PEWARNA DAN GULA TIRUAN.
  • lazat di nikmati oleh semua golongan dari bayi berumur setahun



di mana kita berakhir

Can i be your last?..
so sweet kan?..
kalau hari ini, saya adalah cinta awak, saya harap cinta itu untuk selamanya sehingga saya pejamkan mata..
ooowwwhhhh...harapan setiap manusia di dunia..menemui cinta sejati kekal abadi..

point is...tidak kira di mana kita bermula, tetapi di mana kita berakhir..
kita mungkin bermula dengan orang yang salah, jalan yang salah, cara yang salah, tetapi jangan jadikan kesalahan itu alasan untuk kita berhenti..
jangan berhenti mencinta, jangan berhenti mencuba, jangan berhenti berusaha..ia akan membuat kita belajar, lebih baik, lebih sempurna.
macam masa kita bayi, kita belajar berjalan, jalan-jalan jatuh, tersungkur, tapi kita bangun dan cuba lagi hingga sekarang kita boleh melangkah, boleh berlari. kita tak berjaya dalam masa sehari..kene sentiasa berusaha dan istiqamah..
istiqamah dalam bercinta..jangan dah dapat, buat tak tahu..
istiqamah beribadat..
istiqamah berusaha..

Friday, December 21, 2012

Supplement untuk pelajar

sebagai pelajar, memang la memenatkan, susah nak fokus terutama bila subject yang lecturer nye sangatlah membosankan..
malam nak kene berjaga pula sebab nak siapkan assignment, nak study sebab ade kuiz, ade exam..ade meeting lah plak kat kediaman...
tul tak?...ha...ini biasa...lagi-lagi untuk student cemerlang, banyak aktiviti join..lagi penat...hehe..saya tak lah aktif sangat, sebelum couple dulu, aktif juga la ..dah couple mula lah aktiviti study berdua..hehe..sambil dating la tu..ahaks..

ok, kawan saya, cikgu, tapi belajar juga, malam-malam berjaga, wat assignment..kalau masa dia tak larat tu, dia akan ambil vitamin b complex.
terus segar biji mata kata nya..

supplement untuk student yang sesuai adalah vitamin b-complex dan lecithin
apa fungsi 2 vitamin ni

b-complex
tukarkan makanan kepada tenaga sekaligus mengurangkan keletihan/kelesuan
baik untuk mata- mengurangkan masalah keletihan mata, memperkuat memori dan fokus
cegah sakit kepala, migrain, pening, tidak semangat

lecithin 
mempertingakat daya ingatan dan meringankan stress
mempertingkat kuasa pembelajaran
cantikkan lulit
cepatkan pembakaran lemak (boleh langsing)

Monday, December 17, 2012

Kebaikan penyusuan ibu kepada ibu dan anak

salin dari majalah Shaklee...banyak info.. :D

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan seimbang membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mengandungi daya tahan yang di perlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa di hadapi oleh bayi baru lahir. Malah kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetangah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui anaknya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu di teruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan ibu.

Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu di ambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.

Multivitamin
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian.Kadar vitamin yang mencukuli membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi menyeluruh.

Protein
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka di sarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat sehari.

Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin c menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Kompleks
Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B, mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B Kompleks untuk memberika khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Kalsium
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan utnuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat manggalakkan perkembangan otak dan mata. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak didalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

Alfafa
Alfafa mengandungi banyak nutrienn penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, Kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfafa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu.


Sunday, December 16, 2012

semua ibu mampu susukan anak

selamat pagi ahad...pukul 1.45am di temani cahaya lilin yang membakar dirinya untuk menerangi malamku..
kerana tidak tahu kenapa, letrik di rumah ku padam..hehe
sambil tangan kiri mengibas-ngibas anak kesayangan ku...
apa salahnya ambil kesempatan untuk update blog skali kan..

Saya percaya semua ibu mampu menyusukan anaknya. dan tiada istilah, anak saya tidak mahukan susu dari badan mamanya, atau saya tidak mampu hasilkan susu..
tetapi yang menyebabkan ibu tidak mampu menyusui anaknya adalah kerana ibu mengalami masalah susu berkurangan, yang menyebabkan anak tidak kenyang bila menyusu
puting ibu melecet yang menyebabkan ibu tidak sanggup menahan kesakitan apabila menyusukan anaknya.
masalah puting ibu tenggelam, menyukarkan anak menghisap

tetapi, setiap permasalahan, ada langkah penyelesaian.puting tenggelam, beli shrink, susu kurang, beli supplement,rajin pam dan menyusukan, minum banyak air kosong, puting melecet, yang ni ada krim, dan kalau tidak, kena tahan sakit..

Saya ingin berkongsi mengenai apa supplement yang di perlukan oleh ibu untuk membantu penyusuan..
tetapi..esok la ek.. :D
lampu pon dah ade...abang2 TNB dah betulkan..
cekap betul dorang...sekejap je...
masa untuk lelapkan mata..nanti kang ade eye bag plak esok..


Monday, December 10, 2012

Kelas membakar semangat

Semalam ada kelas..
biasalah kelas bisnes...
bila join Shaklee, tak ada orang paksa, niat utama semertinya nak tambah pendapatan.
Kenapa perlua nak tambah-tambah pendapatan?
Suami saya bagi je saya duit bulan-bulan tuk belanja..
bukan tak cukup, tapi masih ada keperluan lain yang tak dapat saya tunaikan dengan duit elaun suami bagi..

Jadi, keputusan untuk join Shaklee memang untuk tambah pendapatan.
Latar belakang saya?..ma ngn ayah saya orang biasa..tak berlebihan, sederhana..
Ayah jimat cermat orangnya..ma pon surirumah..

Sebenarnya dari sekolah memang cita-cita saya nak belajar tinggi, ada ijazah, tapi nak duduk di rumah didik anak. Sekarang, masih sama..nak duduk di rumah dan didik anak-anak...

Tapi berbisnes?...sebab saya rasa saya perlu berbakti dengan ma dan ayah saya..setelah apa yang mereka korbankan untuk sekolahkan saya, hantar belajar tinggi-tinggi..last jadi suri rumah dan mengharap duit elaun suami bulan-bulan...

Jadi, sekarang, saya akan dengan serius menjadi suri rumah dan menjana pendapatan..
JANJI...saya akan berusaha lebih dari biasa. keluar dari zon selesa saya..
doakan kejayaan saya k..

Saya juga menjemput sesiapa seperti saya untuk sama-sama menjana pendapatan..untuk masa hadapan, untuk keluarga..terutama wanita..upline saya ada sebut, kalau terjadi apa-apa, macam mana?..beringat sebelum kena..

nak join bisnes?..sms/whatsapp saya 019 3439341

Friday, December 7, 2012

supplement ibu mengandung

Saya amat syorkan kepada ibu-ibu yang sedang hamil untuk mengamdil supplement ESP dan ostematrix.
sebab apa?
Ostematrix ni kalsium bagus untuk pertumbuhan tulang anak nak mengekalkan kalsium ibu.
lagi, ibu yang selalu mengalami cramp betis 
org kelantan panggil nyetok..
memang sakit
dan juga untuk masalah sakit pinggang masa mengandung
ESP untuk sel yang sihat, kulit cantik dan tenaga tetapi tak sesuai jika ibu ada kencing manis.
jom baca testimoni



Wednesday, December 5, 2012

Shaklee Collagen Powder Offer!!

Lama pula rasanya tidak update blog..
mak saya datang dari kampung, jadi layan mak lah kerjanya... :)
bukan selalu jumpa kan..balik kampung pun jarang-jarang sekali...
jadi hari ni dah 5hb 12....
sudah 5 hari berlalu offer collagen powder Shaklee ni..
mari dapatkan segera pada harga yang sangat berpatutan dengan hasilnya..
hari tu saya dah post gamba pengamal kolagen powder ni...
untuk entry testimoni kolagen powder ni boleh klik sini

Shaklee Collagen Powder

Perbezaan Shaklee
Supplement yang unggul
mengandungi 4000 mg Kolagen RSS (sisik ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi dari sisik ikan merah.
Sangat rendah dalam berat mekular, sekitar 1000 Dalton 
amat mudah di serap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan
**** hasil pengambilan 5 hari sudah menampakkan kesan positif pada kulit

Ramuan utama
Ekstrak biji Camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactibacillus acidophilus, Vitamin C dan vitamin B di gabung untuk meningkatkan keberkesanan dan menyokong kecantikan dari dalam ke luar.

Manfaat Utama

  • Tubuh kurang hasilkan kolagen bila usia meningkat, mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Usia bukan satu-satunya faktor menyebabkan kolagen berkurangan dalam tubuh, faktor-faktor lain seperti cahaya matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrii, merokok dan lain-lain.
  • Shaklee collagen powder membantu kulit mengekalkan elastisitasi senulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut.
  • Tampak lebih muda
    • menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula
    • kuku menjadi lebih kuat dan mengekalkan warna sihat
    • kulit kurang kering, elastisiti lebih baik, parut makin kurang
    • menghilangkan tanda penuaan
  • rasa lebih muda
    • kolagen sama penting seperti kalsium
    • kolagen membantu menguatkan tulang
    • mengurangkan kesakitan dan geseran sendi
    • baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal
    • Memastikan otak sentiasa siht.Sel glya membekalkan nutrisi untuk otak dan ini di sokong kolagen.
  • tiada sebarang tambahan kimia.100% semulajadi, selamat, tiada pengawet dan pewarna.
  • rasa lebih sedap- shake dengan jus buah, ESP dan meal shake
  • paling bagus di ambil waktu pagi untuk serap nutrisi dalam badan dan malam untuk pembaikan.
jika nak dapatkan dari branch, boleh guna ID saya 882805 untuk harga ahli
hubungi saya untuk harga promosi istimewa bulan Disember ni
sms/whatsapp 019 3439341
email aeidahamrun@yahoo.com
Nak nampak cantik untuk tahun baru nnt, mesti puas hati..

Monday, November 26, 2012

Alfafa Hebat

Sudah ramai yang mengamalkannya dan sangat berpuas hati dengannya
Alfafa adalah kemestian untuk wanita


tu dia..perkongsian kisah dari kawan-kawan kita yang telah mengamalkan Alfafa
tak perlu cerita banyak
Alfafa juga berfungsi untuk mengangkut bahan buangan di dalam usus kita. slim dan kempis ..
jika anda mahu dapatkan alfafa, boleh hubungi saya
019 3439341 sms/whatsapp
bbm 29eaf50e
aeidahamrun@yahoo.com

kandungan sebotol 330 ( botol kecil) retail price RM53.75
700 biji botol besar retail price RM97.50

nak harga istimewa?...contact saya.. :)

Thursday, November 22, 2012

Testimoni berjaya kuruskan badan

Salam...hari ini saya ingin kongsikan kejayaan ibu menurunkan berat badan dengan jaya nya 11 kg dalam masa 2 bulan...

Salam semua, hari ini saya teruja nak berkongsi pengalaman dan testimoni sendiri menurunkan berat badan menggunakan produk Omega Shaklee...Best sangat dan happy bila baju-baju kerja sebelum mengandung dulu muat dipakai semula, yang penting terasa lebih confident dan selesa bila lemak yang berlebihan dulu dah tiada lagi...terasa kembali seperti sedia kala...=) Ok jom berkongsi TIPS memilih produk slimming 

Sebelum memilih produk slimming kriteria yang saya tetapkan mestilah:

1) tidak menggangu penyusuan
2) tidak mengandungi side effect terutama kepada bayi (bayi saya pramatang & fragile)
3) mesti bermanafaat untuk saya dan bayi
4) berkesan dan menurunkan berat dengan selamat 
5) tak perlu berlapar/ berdiet sehingga kualiti susu terjejas
6) bukan sahaja fokus pada menurunkan berat badan tetapi juga bentuk badan yang ideal
7) dapat menganjalkan bahagian badan yang menggeleber perut, paha, payudara & lengan

Jadi saya telah memilih Set Slim Fit Shape dari Mommies Mate. Jom kita tengok apa yang ada dalam set ni:

Omega - berfungsi untuk pembakaran lemak yang lebih cepat
Herblax - mengangkut lemak-lemak yang dipecahkan keluar dari badan
ESP-menganjalkan tubuh badan dan sebagai milk booster untuk meningkatkan penghasilan susu dengan lebih cepat

Ramai juga yang bertanya kenapa saya memilih Omega bukan Lecithin untuk pembakaran lemak. Jawapannya mudah sahaja, Omega sangat membantu dalam perkembangan otak dan IQ bayi. DHA dan EPA yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita perlu diambil melalui supplemen untuk meningkatkan kualiti susu ibuuntuk si manja saya. Tambahan pula baby saya pramatang dan memerlukan nutrisi yang lebih agar perkembangannya sihat dan baik. Alhamdulillah Muhammad Naill memang cepat belajar, ajar sekali je terus faham walaupun Naill baru 7 bulan.

Jom  tengok perubahan saya:


Macam tak percaya kan turun 11 kg selepas 2 botol penggunaan Omega, setengah botol Herblax dan 11/2 canister ESP dalam masa lebih kurang 2 bulan. Mesti ramai yang tertanya-tanya saya berdiet ke? Tak makan? 

Anda silap, saya masih mengambil meal kegemaran saya dengan wajib sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Tetapi perkara penting yang saya titik beratkan adalah portion makanan dan pengambilan air kosong yang bersukat. Untuk portion makanan, nasi yang diambil sekadar cukup untuk makan sahaja, janganlah ambil berlebihan bila lauk sedap, ambil sekadar dan bukan sedikit, maklumlah nasi merupakan milk booster terbaik untuk ibu-ibu menyusu. Amalkan juga senaman yang tidak membebankan anda, mengemas rumah, mengemop, berjalan-jalan di dalam ofis atau saya sendiri berenang 2 jam seminggu. Keadaan lutut saya yang pernah mengalami kecederaan menghadkan saya untuk bersukan lasak tetapi pastinya tidak menghalang saya untuk menurunkan berat badan.. 
credit -mommies mate

itu dia testimoni dari mommies mate...
Pengambilan Omega juga boleh membantu dalam menurunkan berat badan dan memerlukan air kosong yang lebih banyak kerana Omega bersifat panas, kalau kurang pengambilan air, boleh menyebabkan kita demam.

jadi jika anda mencari produk untuk menurunkan berat tetapi mahu yang selamat untuk ibu menyusu, ini adalah salah satu produk yang sesuai.

hubungi saya di
sms/whatsapp 019 3439341
email aeidahamrun@yahoo.com
untuk konsultasi dan harga istimewa
dapatkan pada harga ahli di branch menggunakan ID 882805 dan konsultasi dari saya.


Wednesday, November 21, 2012

Testimoni ESP


Testimoni ESP oleh pengguna
3 in 1 lagi tu
menurunkan berat badan
menambah susu
Kulit yang berseri dan cantik

Lagi beberapa testimoni mengenai ESP untuk penyusuan
ESP membuatkan susu menjadi banyak dan pekat.
Bayi pula cepat kenyang.

Saya sendiri, hari tu putus juga ESP ni, tak de stok sebab oktober bulan promosi ESP, habis stok di seluruh Malaysia..
Hadi pula asyik nak menyusu jer..setiap 10 minit minta susu..
malam-malam pun macam tu..tak boleh nak lepaskan.sampai nak pusing badan pun tak boleh..

Tapi, bila stok ESP kembali ada, Hadi cepat kenyang, menyusu pon sekejap jer. Sampai burb dia kekenyangan selepas menyusu..
siap muak lagi, tu pon umur dia sekarang dah dekat setahun setengah..Alhamdulillah..

Saya sendiri rasa kenyang sepanjang hari..saya hanya ambil vico + air sejuk + ESP atau susu segar + ESP
betul kenyang...tak makan tengahari atau malam pon tak ape..kenyang..kalau tak, pukul 12 tengahari mesti saya mengigil lapar dan kene selalu mengunyah..
Tapi makan juga untuk syarat menyusu anak kan.. :)
oh..lagi satu..senang la ketandas..kalau tak, saya bukan kerap membuang..seminggu 3 kali pon mujur..
tapi, dengan amalkan ESP ni,hari-hari...
perut pon kempis.. :D suka sangat.. 

Ramai yang berkenalan dengan Shaklee dengan mencuba ESP terlebih dahulu.
Jadi, jika anda mahukan ESP,
hubungi saya
019 3439341
aeidahamrun@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...