Followers

Suka tak blog ni?

Monday, January 9, 2012

Anak anda perlu Susu Ibu

pagi ni rase terpanggil untuk pos pasal kebaikan susu ibu...
rasenye generasi kini, lebih sedar mengenai kebaikan yang terdapat dalam susu ibu jika di banding dengan susu formula.
jika di gambarkan secara graf, begini lah perbezaannya.
banyak sangat beza kan?...orang dulu2 kalo bagi susu formula tu tanda nya orang berada..mampu la nak beli...tapi sekarang rasenye tak bangga dah bg anak susu formula...kecuali terpakse...

saya sangat bangga dapat susukan anak sampai umo 1 thn...bagi Huda n Hannah...terpakse bentikan susu badan dorg sbb mengandung lg...huhuhu..kalo tak mungkin lg lame bg susu badan tu..

Hadi sekarang pon dah 7 bulan...Alhamdulillah...susu byk lg...tambah2 lg pakai Premium Beautiful corset ni..
bila dia nyusu, dengar dia cam tak cukup nafas...berlumba2 ngn air susu...rase puas hati n tak risau lg dah pikir cukup tak susu ni kan...

KEBAIKAN SUSU IBU


Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.

Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.

Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.

Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing atau alatan menyusu formula.

yang ingin mencuba PB, hubungi saya
aei, 019 3439341

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...