Followers

Suka tak blog ni?

Wednesday, August 29, 2012

Vitamin E

Sebab bengkak susu hari ni, telan vitamin E sebiji, dan saya nak share pasal vitamin E lah.. :)

Bezakah setiap Vitamin E Shaklee dengan vitamin E di farmasi?
Credit-kakN
Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium. 

Pada dasarnya vitamin E ialah untuk 

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Secara kesimpulan :

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin e mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin e membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin e sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.


6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten  membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat  pre-menstrual.



Susu tersumbat / Duktus tersumbat




Apa itu duktus tersumbat? 

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan "duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalahmastitis di peringkat awal. 

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah. 

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut. 

Apa punca duktus tersumbat? 

"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus "mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit. 

Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalahkeradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya. 

Apa yang boleh saya lakukan mengenainya? 

Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah kami menunjukkan bagaimana ini dilakukan. 

Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar. 

Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda. Rujuk penyusuan A-Z kami untuk bantuan atau berbincang dengan pakar pediatrik, pakar obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang pakar runding. 

Buat masa ini, ingatlah bahawa: 

• Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan. 

• Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik. 

• Mengambil panadol boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan. 

• Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu. 

• Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif. 

• Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu. 

Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan. Bacalah artikel kami mengenai mastitis untuk maklumat lanjut. 

Adakah ini akan menjejaskan bayi saya? 

Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi "cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda. 

Bolehkah saya terus menyusu? 

Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor anda. 
sumber-babycenter.com

perkongsian dari ibu adinnasa pula;
Semasa menyusukan Addin, ibu tidak mengkaji sebenar-benar kepentingan setiap vitamin... maka apa yang ibu lakukan setiap kali terjadi rasa ketulan di payudara akibat pengaliran susu yang tidak sempurna,

1. tuam dengan tuala panas/ lebih mudah mandi dengan shower air panas

2. menyusukan Addin sekerap mungkin

3. worst case...tuam dengan lapisan kobis yang sejuk (paling cepat kesannya tetapi kekangannya pula susu akan cepat kering)


Namun selepas menyusukan anak kedua ibu Nasa, ibu jarang melalui bengkak susu yang ketara seperti zaman menyusukan Addin. Ini kerana pengambilan vitamin  E yang lebih konsisten. Maklumlah dah melahirkan dua anak secara ceaserean , maka ibu akan sangat concern tentang jahitan sebelah dalam rahim tidak kurang bahagian luar supaya ia tidak nampak hodoh.

Apa yang didapati, selepas pengambilan vitamin E :

1. pigmentation semasa mengandung berkurang dengan sendirinya.

2. warna di kawasan aerola semakin mengecil dan balik seperti sediakala. Kebanyakan ibu yang telah melahirkan anak akan mendapati kawasan aerolanya semakin membesar dan gelap dan lebih banyak kelahiran maka akan lebih gelap di kawasan sekitar earola.

3. Risiko mengalami bengkak susu atau Mastitis sangat rendah kerana vitamin E dikenali sebagai best anti- oksidan iaitu ia mencegah pertumbuhan abnormal sel dalam badan selain mencegah keradangan dalam tubuh badan. Ini yang ramai tidak tahu.

4. ia melambatkan proses penuaan. Pengamal vitamin E akan nampak lebih muda dari usia sebenarnya.

5. kesan menarik untuk penyusuan ialah...susuibu dikayakan dengan vitamin E dan ini membantu bayi membesar lebih sihat kerana kandungan anti oksidan yang tinggi dalam susuibu. 

ok, jadi skrg ni susu saya tersumbat, ada keradangan, nampak tompok merah di payudara. hari ahad baru-baru ni, dah demam sebab ni jaga, tapi radang bahagian lain, saya makan vitamin e dan bengkak terus susut dan hilang, tapi sekarang tempat lain pula. saya makan vitamin e selang sehari sebab makan GLA, hari ni kene makan lagi sebiji nampaknya.

Beza vitamin Shaklee dengan vitamin lain

Ramai yang tanya, apa beza vitamin Shaklee dengan vitamin-vitamin lain yang terdapat di farmasi yang boleh didapati dengan harga yang lebih murah?

Vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi, dan yang semulajadi ni memang sedikit mahal dari vitamin sintetik. Mahal sangat tu tak de lah..berbaloi lah kata orang...


Mari kita baca perbezaannya :-

1. Penghasilan

Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2. Keserasian dengan badan

Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

3. Harga

Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4. Kesan kepada tubuh badan
Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan jangka panjang

Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.


credit to mommylyna dan kak N.

cara nak bezakan sintetik atau semulajadi - vitamin semulajadi tiada silikon gel, vitamin sintetik ada pack silicon gel dalam botol vitamin untuk kekalkan kesegarannya.

Nah...itu dia perbezaannya.. Saya pilih Shaklee kerana ia memang bagus dan berbaloi dengan harga..Selama amalkan set D- untuk kulit, saya mesti akui kulit lebih lembut...bukan hanya muka, tapi seluruh badan..****dengan pengambilan air yang cukup.... :)

Pilihan atas tangan anda..hubungi saya untuk dapatkan vitamin semulajadi..bagi yang bakal menjalani proses berpantang juga saya amat galakkan ambil vitamin untuk tenaga dan kembali cergas..pengalaman sendiri-memang rasa sihat dan cergas..


Monday, August 27, 2012

Selamat hari raya

Selamat hari raya Aidilfitri..
Maaf zahir dan batin..

Raya tahun ni sederhana sahaja..
1 malam sebelum raya bermalam di homestay, bawah rumah mak mertua.2 malam jugak stay sana.
Sabtu tu kita ramai-ramai masak juadah untuk hari raya. Menu macam biasa rendang daging, kari ayam dan yang wajib, ketupat. Tahun ni tidak lah dapat menganyam ketupat. dapat 6 biji jer sebab dah ada rumah sendiri ni sibuk mengemas rumah sendiri dulu sebelum kerumah mertua.

Raya pertama dan kedua kita ronda-ronda rumah sedare belah mak mertua di kawasan kampung Pandan dan juga beraya ke rumah adik beradik..

sederhana tapi seronok.Hari raya memang untuk semua bergembira kan..
Harap seuma juga bergembira di Hari raya.
Jangan lupa ambil vitamin.
Banyak makan?...nak detox?...ambil HerbLax..senang ke tandas...makanan tak simpan lame2 dalam perut.jadi perut pon tak buncit..

Jaga kesihatan kita yer...
Selamat Hari Raya.. :)

Thursday, August 9, 2012

Apa yang mempengaruhi susu ibu

2 hari ni saya pergi rumah mertua saya..
Suami outstation, malas nak berbuka puasa sorang-sorang kat rumah...
Duduk rumah mertua 2 hari ni, bila Hadi asyik tunjuk dada sbb dia mintak nak menyusu, mak mertua kate, ade susu ke puasa-puasa ni..
Tak de niat lain, mungkin saja nak gurau-gurau ngn Hadi cakap mama dia tak de susu..
Sedangkan susu saya bengkak je 2 hari duduk rumah mertua...mungkin sebab banyak makan sayur masa kat sana + makan supplement SHaklee..macam biasa la..

Lepas tu, datang pula biras..ada seseorang telah bersalin..baru 30 hari dah naik motor..berani nye dia...
Bukan nak cite pasal tu...cerita nya payudara dia besar, tapi dah tak ada susu...sayangnya...kata biras saya..
Nenek saya pula masa balik kampung, ceritanya sepupu saya susu banyak dan payudara dia memang besar..dan nenek saya kata payudara saya pula kecik...ada juga susu...

Jadi dalam hati saya fikir, apa yang mempengaruhi banyak atau tidak pengeluaran susu bergantung pada apa?saiz payudara kah?...
Sebenarnya saiz langsung tidak mempengaruhi jumlah susu yang di hasilkan. 
Jangan la setkan minda kita ibu-ibu especially ibu 1st time ni dengan perkara yang macam ni...
susu ibu di hasilkan bila ada demand...bila kita rajin bagi anak hisap susu badan kita, terus minda kita akan tau ade demand susu, jadi badan akan menghasilkan susu.
Jangan cepat putus asa..anak akan menangis seperti tidak puas menyusu bila kita dah campurkan susu badan dan susu botol sebab susu botol tu laju. Anak kita akan suka, sebab puas. Tapi bila kita tak biasakan susu botol, anak kita akan biasa dengan halaju susu yang keluar dari payudara kita. dan dia akan kenyang seperti susu botol juga.
Bila kita cepat putus asa dan bagi susu botol sebab anak dah menangis, maknanya tidak memberi susu badan, minda kita akan set tiada demand, jadi susu tidak perlu di hasilkan...sebab tu susu akan kering.

Nak bagi susu badan atau tidak itu hak ibu-mungkin ada masalah tertentu yang menghalang ibu untuk memberi susu badan kepada bayi. Bayi anda pula berhak untuk dapat yang paling baik iaitu susu ibu untuk sekurang-kurangnya 6 bulan yang pertama dalam hidupnya.
Yang penting, ibu perlu jaga kesihatan, makan sayur, minum air yang banyak untuk persiapan badan untuk menghasilkan susu badan.
Dan pengambilan supplement dapat membantu menghasilkan susu yang lebih nutrisi dan ibu juga mendapat khasiat juga untuk memastikan ibu kekal sihat, cergas dan happy..
Hubungi saya jika ibu-ibu mahu set yang bersesuaian.
Inform saya jika ada masalah-masalah yang dialami semasa menyusukan bayi, untuk mendapat vitamin yang paling sesuai dengan ibu-ibu.
Dan juga budget anda.
email saya aeidahamrun@yahoo.com
sms 019 3439341
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...