Followers

Suka tak blog ni?

Wednesday, September 19, 2012

Tips penyusuan bayi

sedang mengunggu kehadiran cahaya mata pertama?...
mesti masa mengandung kita dah terpikir-pikir nak susukan anak dengan susu badan kah? susu formula kah?.. campur kah?
Jangan terkejut yer...memang ada ibu yang edang menunggu cahaya mata pertama dah plan nak bagi susu formula pada bayi dia sebab bekerja atau saja nak jaga breast..kononnya takut jatuh melayuttt..
ni semua mitos yer....
ada juga ibu yang masa bekerja dia plan nak bagi susu formula, dan balik rumah nanti baru bagi susu badan..
tapi saya percaya kalau jarang bagi susu ibu, maka susu ibu akan berkurangan..sebab tak de demand..

Jadi, susu ibu kalau boleh 6 bulan pertama jangan campur..kalau bekerja, terus pam masa dalam pantang lagu untuk stok EBM, sebab masa dalam pantang susu kita memang extra banyak..

sedikit tips

Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu -  sokong sangat, ade pelawat, ibu pon segan nak susukan bayi
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.
sumber- alam hamil

Mengapa kita susukan bayi kita?
saya sendiri, memang tak pernah nak kompromi pasal susu ibu ni, anak pertama hingga ke3, sebab saya yakin bonding masa menyusukan anak dan juga zat susu ibu adalah yang terbaik.
terpaksa hentikan menyusu pun sebab mengandung lagi.orang tua-tua kata tak elok susukan anak mase mengandung...nanti zat anak dalam kandungan tak cukup dan anak yang kita susukan pula ade cacing...which is doesnt make any sense la susu ibu  ada kaitan dengan cacing.

Tapi jangan lupa, apa yang kita makan, akan di salurkan kepada bayi kita.
Jadi ambil lah makanan yang berkhasiat..tak makan sayur?, boleh amik supplement.. :D
zat dan nutrisi ini akan disalurkan kepada bayi untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi.

kalau anda berminat mahu cuba set untuk ibu menyusu atau ibu tengah mengandung atau ibu dalam pantang, boleh sms saya 019 349341 atau email aeidahamrun@yahoo.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...