Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September 26, 2012

Kepentingan susu ibu

MANFAAT SUSU IBU UNTUK SEMUA  PUJIAN harus diberikan kepada ibu yang memberikan susu badan kepada anak.  Walaupun kesedaran mengenai kepentingan memberikan susu badan semakin meningkat,  ia masih belum mencapai sasaran. Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 1996 menunjukkan, kadar penyusuan badan hanya sekitar 88.6 peratus dan masih banyak usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan semua ibu di negara ini memberikan susu badan secara eksklusif selama enam bulan.  Penghasilan susu akan bertambah dengan penurunan paras hormon progesteron,  iaitu dalam  tempoh 30 hingga  40 jam  selepas bersalin.  Pada ketika ini, badan akan merembeskan prolaktin dan  oksitosin  (hormon yang  menghasilkan  susu).   Hisapan puting oleh bayi juga akan merangsang penghasilan susu.  Paras prolaktin perlu tinggi untuk membolehkan susu dihasilkan.  Bagaimanapun, ada kalanya pengeluaran susu terhenti jika penyusuan tidak  berlaku  secara sempurna dan susu yang  terhasil tidak keluar