Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 16, 2012

semua ibu mampu susukan anak

selamat pagi ahad...pukul 1.45am di temani cahaya lilin yang membakar dirinya untuk menerangi malamku.. kerana tidak tahu kenapa, letrik di rumah ku padam..hehe sambil tangan kiri mengibas-ngibas anak kesayangan ku... apa salahnya ambil kesempatan untuk update blog skali kan.. Saya percaya semua ibu mampu menyusukan anaknya. dan tiada istilah, anak saya tidak mahukan susu dari badan mamanya, atau saya tidak mampu hasilkan susu.. tetapi yang menyebabkan ibu tidak mampu menyusui anaknya adalah kerana ibu mengalami masalah susu berkurangan, yang menyebabkan anak tidak kenyang bila menyusu puting ibu melecet yang menyebabkan ibu tidak sanggup menahan kesakitan apabila menyusukan anaknya. masalah puting ibu tenggelam, menyukarkan anak menghisap tetapi, setiap permasalahan, ada langkah penyelesaian.puting tenggelam, beli shrink, susu kurang, beli supplement,rajin pam dan menyusukan, minum banyak air kosong, puting melecet, yang ni ada krim, dan kalau tidak, kena tahan