Followers

Suka tak blog ni?

Friday, January 18, 2013

Panduan Penyusuan bayi untuk ibu bekerja

Tahniah!! anda mengambil keputusan yang tepat untuk menyusukan anak anda.
Walaupun mungkin kesibukan bekerja, tetapi memilih untuk menyusukan anak bawah 6 bulan secara exclusive tanpa campuran susu formula adalah terbaik pilihan terbaik untuk anak anda.
Saya sendiri ada pengalaman mengepam susu ni sedikit je, masa Huda dalam hospital..Hannah pula tengah menyusu badan, tetapi terpaksa tinggalkan Hannah kat rumah sebab kena jaga Huda di Hospital. kesian Hannah masa tu umur dia belum setahun.Sedih la bila kenangkan masa ni. Huda tengah tak sihat, Hannah pula terpaksa lepas susu. Tapi alhamdulillah semua dah berlalu. tak de kaitan dengan tajuk..huhu..
kembali kepada tajuk kita

Panduan keperluan untuk pam susu bagi ibu bekerja:

  1. mestilah pam - saya rasa baik yang boleh pam 2 breast serentak.sebab senang dan cepat. Maklum, jika masuk ofis, mesti kita taknak lama-lama mengepam kan.
  2. Storage - Lepas pam di opis, masuk botol dulu. Then boleh tukarkan kedalam plastik bila di rumah. Sebab, penggunaan plastik lebih jimat space dalan freezer. Dan simpan mengikut berapa oz anak kita sekali minum.
  3. Cooler bag - 1 untuk ke ofis, 1 lagi untuk di bawa ke rumah pengasuh/taska
  4. Food/bolttle warmer - untuk pengasuh/taska, senang nak panaskan susu anak. Kadang-kadang bila guna air suam, suhu salah, terlebih panas boleh rosakkan susu.
Kekerapan mengepam
  • pam mengikut kebiasaan bayi menyusu. 3 jam sekali biasanya.
  • Mulakan dari semasa dalam pantang.
  • Lebih kerap pam susu, lebih banyak susu akan dihasilkan. Konsep supply n demand. Demand tinggi, supply pun banyak.
  • contoh jadual yang boleh diamal 
  • Jadual pam
    20 minit setiap sesi dengan jadual lebih kurang camni

    Sesi 1 - 8.30 pagi
    Sesi 2 - 11.00 pagi
    Sesi 3 - 1.30 tghri
    sesi 4 - 4.00 petang
Tips membanyakkan susu ibu
  • jangan stress - relax..membantu melancarkan susu
  • Kerap pam dan menyusukan - jangan tunggu breast penuh baru nak pam atau susukan bayi. Menyusukan bayi atau mengepam payudara semasa kita rasa payudara kosong sebenarnya bayi akan memperoleh susu yang tinggi kandungan lemak dan membantu menaikkan berat badannya.
  • Banyak minum air kosong. Banyak tu maksudnya sekurang-kurangnya 3 liter ( dan, sukat lah mengambilan air anda) untuk kepastian banyak tu banyak mana.
  • Zikir Ya Mattin semasa menyusukan dan mengepam. banyakkan berzikir.
  • Disiplin - jangan skip sesi perahan.
  • Tendum nursing. Mengosongkan kedua-dua belah payudara serentak.
  • Teknik Mermet - perahan menggunakan tangan selepas mengepam boleh menambah hasil pam 
  • Penyusuan diwaktu malam - menyusu direct dan pam  waktu malam dapat lebih banya kerana lebih relax.
  • Pengambilan supplement seperti supplement Shaklee - memberi kesihatan yang baik, cergas, pelancaran darah, ibu sihat dan ceria menghasilkan lebih banyak susu..setuju?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...