Followers

Suka tak blog ni?

Monday, May 26, 2014

Masalah kolestrol tinggi tanpa kira usia

Shaklee akan keluarkan produk baru jun ini bernama phytocol-st.
Fungsi utama produk ini adalah untuk menghalang kolestrol dari makanan yang kita ambil terserap di salur darah dan mendap membentuk plak yang menyempitkan salur darah.
Kita semua tahu betapa sedapnya makanan di malaysia ni.
Semua sedap-sedap..rugi lah kalau tak makan kan?
Sekarang semua boleh ambil makanan yang sedap ni tanpa risau masalah kolestrol.
Produk yang boleh di ambil bersama phytocol-st untuk mengawal kolestrol dalam badan ialah omega guard dan coQ10 untuk penjagaan jantung.
MAsalah kolestrol tinggi sekarang bukan lagi masalah orang yang berumur sahaja. Tetapi ramai yang muda-muda juga mengalami masalah ini.
Puncanya? Gaya hidup sekarang yang sibuk, stress dan kurang bersenam.
Jadi langkah awal untuk mengelak masalah ini berlarutan hingga menjadi sakit jantung dan strok atau angin ahmar ialah mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil supplement ini untuk mengurangan risiko penyakit ini dari menyerang.
Untuk pesanan awal dan sebarang pertanyaan
Boleh terus hubungi saya
Aeidah 0193439341

Tuesday, May 6, 2014

Cerita dilema

Pagi tadi tengah drive biasa la dengar radio kan...nasional fm..jgn tanye kenapa nasional fm :)
Topik dia dilema. Ada orang dilema nak paai baju apa hari-hari nak pergi kerja. Ada orang dilema nak kerja atau nak jadi suri rumah jaga anak. Ada orang dilema kucing banyak.. Macam- macam dilema orang.
Tapi ada satu wanita ni dilema bercinta dengan suami orang?????
Ni memang bikin panas. Dia taknak di madukan. Paham la kononnya hati wanita.
Lepas tu boleh pula dia kata kat isteri pakwe dia tu kalau tak pandai jaga suami, lepaskan la suami???
Isk isk isk.
Suami dia cerita dekat makwe dia ni isteri dia semua tak kena la. Tak layan suami bla bla bla....
Ermmm kalau dah suami boleh burukkan isteri dia depan orang lain, bukan kerja isteri tuk lepaskan suami.

Suami dan isteri di luar sana termasuk saya. Saya nak ingatkan, jangan la burukkan pasangan kita kepada orang lain. Apatah lagi bercerita kepada jantina lain. Lelaki cerita kat perempuan, perempuan cerita pada lelaki... Apa motif? Menagih simpati? Nak belaian kasih sayang dari orang lain? Perbuatan tu membuka peluang orang luar tuk jadi orang ketiga. Dan langsung tak menyelesaikan masalah antara suami isteri.
Sebaiknya jika ada masalah dengan pasangan, selesaikan dengan berbincang dengan pasangan. Bukan dengan orang luar. Bukan lari, bukan mendiamkan diri, bukan buat tak tahu.

Bersyukurla dengan pasangan yang sudi berkahwin dengan kita. Lepas berkahwin patutnya makin sayang. Ni masa bercinta bukan main tak ingat dunia. Lepas kawin, tak ada apa yang baik.
Asalkan pasangan taat agama, taat suami, bertanggung jawab, itu yang terbaik. Suami didiklah isteri anda kearah kebaikan. Saya yakin isteri sangat menghargai jika suami ajak solat berjemaah bersama. Contohilah junjungan kita Nabi Muhammad saw.

Berkahwin dan bercinta kerana Allah.
Semoga kita sentiasa berada dibawah rahmat Allah dan sentiasa bahagia denan pasangan kita. Semoga Allah memberkati masjid yang kita bina dengan rahmat dan kasih sayang. Amin.

Sunday, May 4, 2014

Aktiviti hujung minggu

Macam biase la update ape cerrr hujung minggu kan...
Well en suami baru balik outstation..dia cuti jumaat, bawa anak-anak main air kat A Famosa Theme Park. Dah 3 kali sampai sini. Hannah pon dah tak takut. Berenang sorang-sorang je pusing kolam. Kakak dan Hadi masih tak berani pergi jauh.

Sabtu pula kenduri kawin kat bangi. Sedap makanan dia. Alhamdulillah rezeki. Kenyang kami hari sabtu. Petang pergi urut kat Gombak. Pon ok. Selesa rasa perut lepas urut.

Harini ahad pula meeting koperasi keluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...