Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Habbatus sauda plus madu

Salam semua...salam sejahtera. Ya allah lama sungguh saya tak update blog.  Kesibukan dan juga masalah internet tidak menentu. Just nak update sikit la pasal habbatus sauda plus madu yang saya tengah amalkan sekarang ni. Suami ada cakap dia penat ualang alik kerja. Jadi saya cadangkan dia amal habbatus sauda plus madu. Saya memang yakin la dengan makanan sunnah ni mampu jaga kesihatan badan kita. Setuju? Ok alang2 suami dah amal, saya pun tumpang la sekali... Apa kesan yang saya terus dapat rasa ialah tidur saya yang lebih lena. Sebelum ni masalah kaki lenguh macam nak m3nggelupur rasa. Kaki ni tendang sana tendang sini lah masa tidur tu. Mujur tak tendang laki jatuh katil je...huhu Hilang terus kaki lenguh tu. Dan yang lagi best........tententennnnnn selera makan dah kurangggg.. Yahoooo...kalau selalu lepas makan nasi dalam 2 pinggan, akan terus wat roti ngn coklat ke nak makan lagi. Tapi tak dah sekarang ni.. Dinner pun dah tak de masalah kalau tak makan. Betul.. Susu bada

Simple purse

Salam.... Saya nak share simple purse yang saya dah jahit untuk Huda... Dia nak isi duit belanja untuk ke sekolah... Saya buat muat-muat untuk duit..tapi boleh juga dia isi sapu tangan dia... Simplr sangat beg ni..guna snap button. Actually agak mahal la snap button ni..haha.. Sebiji dah rm1.10..kalau guna getah lagi murah la kos dia kot.. Comel n simple..

Projek hari guru

Selamat hari guru untuk semua guru di seluruh malaysia... Terima kasih untuk semua cikgu yang pernah mengajar saya... Walaupun guru dulu garang...garang nya sampai kalau jawab salah masa periksa..1 soalan 1 kali kene rotan kat tangan atau kene penampar kat pipi kapit.. 2 penampar skali gus kiri kanan tau...wuuuu... Kalau rotan kat tangan memang berbirat habis la tangan... Tapi itu lah yang buat cepat faham dan ingat... Untuk projek hadiah Cikgu sekolah anak-anak pula saya jahitkan pencil case. Harap cikgu semua suka la.dan gunakan.. Untuk tutorial kalau minat, boleh tinggalkan komen. Insyaallah ada masa saya sharekan tutorialnya. Kalau nak tempah pon boleh la kot...order awal2...harga kita bincang. Sesuai la untuk anak-anak tadika buat hadiah bithday ke.. Untuk sisa kawen pon boleh. Saiz yang saya buat ni lebih kurang 10 inci panjang atas. Bawah dalam 6 inci. Tinggi dalam 6 inci juga lebih kurang.  :)

Mufin pisang

Yum...sedap nye bau kat dapur ni. Tok ma datang baru-baru ni..bawak pisang 2 sikat..Hadi la pesan suruh bawakan pisang..makan nya sebiji 2 je.. Lain lembik...ermmm dari membazir je kan, buat la mufin pisang ni.. Sedap dan senang..tak perlu mixer pun.. Google la resepi... Saya jumpa resepi macam ni 3 biji pisang. Saya guna 5 lagipun dia kata lagi banyak pisang lagi lembab kek ni. 1 cawan gula. Kalau tak suka manis boleh guna separuhje. 1 biji telur. Pukul sikit guna garfu. 1/3 cawan butter di cairkan. Sedikit vanilla. Ni saya tambah. Semua ni di gaul bersama hingga sebati. 1 1/3 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bicarbonate 1/2 sudu kecil garam Ayak kemudian gaul bersama pisang tadi. Panaskan oven 375ferenhiet. Oven saya. 180 celcius. 20 minit. Masak. Keluarkan dan hidangkan. Panas pon sedap. Xsempat sejukkan pun. Tapi katanya dah sejuk dalam peti ais semalaman lagi sedap. Selamat mencuba.

Projek menjahit tengah malam

Selamat pagi.. Assalamualaikum.. Nak share hobi baru ni..alkisah beli mesin jahit baru ni...jadi kene la jahit kan..baru nampak ada guna beli mesin jahit..kang tak guna laki marah..haha Dah jahit langsir bilik anak baru baru ni.pastu dok tengok cara jahit gaun kanak-kanak macam susah sikit.. Jadi tengok jahit beg. Tote bag.. Tak susah sangat la... Banyak tutorial yang dah di share kan.. Senang je..tapi bagi first timer agak mencabar la..nak jahit lurus pon bengkok..hihi Tapi menjadi jugak la..dah jahit pouch baru ni tapi tak update blog.sori.. Kalau nak jugak tutorial boleh ke http://www.museofthemorning.com/museblog/2013/make-a-big-beautiful-beach-bag-tutorial/ Saya kecikkan sikit lebar beg..sebab kain tak cukup..huhu. Ini lah hasilnya..

Bag gred aaa, premium bag

Assalamualaikum semua. Saya nak bagi tau..saya ada jual bag gred aaa.. 1:1 pun ada.. Premium kualiti pon ada. Kalau berminat. Nak gambar nak tengok ke..boleh message saya ya. Whasapp 0193439341 Saya hantarkan gambar. Beg mesti cantik puas hati murah. Yang high kualiti dari Korea. Pilih sendiri tau 1 1.. Bukan borong.. Premium kualiti boleh tengok. Tapi kita set appointment dulu ya.

Cita-cita dulu

Hihi.. Nak cerita..simple je.. Dulu dari masa sekolah rendah lagi memang cita-cita saya nak jadi surirumah. Poyo kan..kikiki...tak..ni betul..bukan sebab sekarang saya surirumah, saya cakap cita-cita saya surirumah. Ni memang cita-cita saya dari dulu. Walaupun tak pernah terucap dengan kata-kata..kalau cikgu tanya, saya akan cakap nak jadi cikgu. Tapi dalam hati nak belajar tinggiada degree tapi nak ajar anak-anak je.. Nampaknya cita-cita saya tercapai sebenarnya.. Masa meningkat dewasa memang nak kerja nak cari duit juga..tapi mungkin itu bukan yang terbaik, sebabtu Allah tak tunaikan. Jadi sekarang ni..ajar anak-anak je lah ya.. Bagus jugak kan..mujur la suami mampu sara..huhu... Zaman semua pakai duit ni.. Hukhukhuk Semoga anak ma berjaya dunia akhirat. Manfaatkan ilmu yang ma ajar ok.. Ok la bukan hari-hari ma ajar..kikiki..masa rajin je.. Harap boleh konsistant ajar anak-anak. Amin..

Teringin nak berubah

Bismillah.. Teringin nak berubah apa ni kan?.. Sebenarnya saya nak berubah ke arah lebih baik la...nak tutup aurat dengan sempurna.. Nak pakai jubah ke apa-apa la yang boleh tutup aurat dengan sempurna.. Tapi kan...niat tu ada..tindakan belum ada....sedihkan.. Kalau shopping, beli juga baju singkat, seluar jeans ketat... :'( Tengok jubah menarik je rasa. Bukan ape tau...baju yang longgar, menepati hukum agama islam ni bila kita pakai, rasa selamat, rasa selesa, dan rasa aman tenang tau .. Ok bagi yang memang tutup aurat sempurna mesti tau rasa dia kan... Doakan la saya pun akan dapat tutup aurat dengan sempurna nanti. Secepat mungkin. Amin....tq for reading  :)

Happy birthday to me

Esok birthday i tau...yang ke 32...rasa sedikit tua dengan umur tu. Tapi baru 32 kan.... Umur makin meningkat. Makin pendek kan.. Bila la nak berubah kearah lebih baik. Tolong doakan saya ya kawan-kawan. Di umur ni...rasa banyak impian belum tercapai. Harapan tu banyak. Tapi tindakan??? Harap tahun ni lebih banyak kejayaan yang saya akan dapat. Diberi kesihatan yang baik selalu. Di beri kejayaan. Di limpahkan rezeki. Di limpahkan keberkatan hidup. Boleh membantu orang tua. Sentiasa bahagia dengan keluarga. Semua yang baik la kan. Aminnn...

Sardin puff

Bahan bahan sardin puff Puff pasti kawan. Sardin 1 tin kecil Kentang sebiji Bawang merah besar setengah biji Bawang putih 3 ulas Serbuk kari daging 2 sudu besar Inti sardin. Cara buat Tumis bawang putih dan bawang merah. Selepas naik bau masukkan serbuk kari. Kacau hingga naik bau. Masukka  air sedikit dalam 1 Cawan kemudian masukkan kentang dan biarkan menggelegak sekejap hingga kentang masak. Masukkan sardin dengan sosnya sekali. Hancurkan sedikit. Masukkan sedikit garam. Rasa la secukup rasa. Dah masak. Sejukkan sekejap. Saya potong 4 puff pastri ni. Letakkan 1 sudu besar inti sardin. Bentukkan jadi segitiga. Kemudian klim tepi tu tekan sikit dengan garfu. Bakar 180°celcius selama 20 minit atau hingga garing dan masak. Boleh makan.. Sedap.. Simple je cara buat . inti sardin tu kalau tak habis boleh buat sardin roll pula guna roti. Selamat mencuba. Sori pic tak banyak nak tunjuk cara buat.

Puree

Puree makanan untuk Hanis. Hari ni buat puree aprikot dan puri lobak Merah. Hanya rebus dan blender je lobak merah dan begitu juga dengan apricot. Saya pertama kali ni cuba buat. Anak sebelum ni saya tak buat puri pun. Terus bagi makan bubur nasi dengan sayur dengan ayam atau ikan. Bila borak dengan kawan saya doktor. Dia buat puri untuk anak dia. Ayam pun bagi masa umur 8 bulan. Mak ai.. Hanis hari tu dah bagi ayam dah.. Tak salah kan? Hanis ni lebih senang bab makan kalau banding dengan kakak dan abang dia. Tu sedap je mama bagi.. ;)

Tips semasa musim panas

Untuk persediaan menghadapi musim panas yang bakal melanda Malaysia, boleh la tengok tips ni ye... Bagi yang minum air isotonik tu...saya ada tengok kawan share sampai 3 botol 100plus tu dia minum sehari. Tau tak air botol banyak gula...jangan sampai kene kencing manis pula ya.. Baik amal performance drink...yaaaa motif nak jual performance drink... Kikiki Performance drink ni bukan masa panas cuaca je minum, masa cirit birit, masa kene denggi kan kene minum air banyak, masa rasa panas-panas kepala nak demam. Dan bukan untuk dewasa sahaja, kanak-kanak pun boleh minum untuk kegunaan seperti saya sebut nanti. Harga saya bagitahu terus ya rm82.50.. Nak tahu lebih detail  dan cara pesanan, boleh contact saya 0193439341 whasapp atau telegram...message je ye..call tak selalu sempat jawab

Cepatnya Hanis membesar

Hanis hari ni dah masuk 6 bulan 6 hari. Cepat betul dia membesar. Dan perkembangan dia pun cepat. Hanis dah mula berdiri. Dah boleh duduk dan pandai merangkak. Baru je hanis start makan 19hb haritu... Syukur sangat. Hanis diberi kesihatan yang baik. Tak pernah demam. Senang jaga dia. Walaupun nak mama je la...tak nak orang lain. Sakit badan mama dukung dia je. Tapi mama suka. Kalau saya cakap ni sebab izin Allah melalui pengambilan vitamin dari sebelum mengandung dan semasa mengandung dan semasa menyusu dia, tak keterlaluan kot. Sekarang ni kalau dia selsema, saya makan vitamin c, alhamdulillah berhenti selsema dia. Walaupun kadang-kadang selsema saya lagi lambat nak berhenti. Mungkin banyak zat pergi pada Hanis dari badan saya yang serap. Tapi ni semua rezeki dari Allah. Kesihatan pun rezeki dari Allah. Rahmat.. Syukur...semoga semua kekal sihat..

Cuaca panas

Cuaca panas kan sekarang. Elakkan berada di tempat panas. Minum banyak air. Bagi yang kurang minum air, boleh bancuh performance drink ni. Kanak-kanak pun boleh ambil tau. Bancuh dengan air untuk bekal ke sekolah.   Proven in the Lab Laboratory tests with high-level athletes show that Shaklee Performance®:     Minimizes fluid loss for enhanced hydration.     Delivers a full spectrum of electrolytes, including calcium and Magnesium.     Maintains blood-glucose levels to sustain intense energy output to increase stamina. Harga rm82.50 sahaja. Berminat boleh message saya 0193439341

Chocolate chip muffin

Best juga wat muffin ni. First time buat muffin. Rasa lagi sebang dari buat cupcake sebenarnya. Menarik. Naik cantik je dan sedap. Saya google resepi dan dapt resepi Nigella. Yang Nigella bites tu... Ada alter sikit la... Saya lebihkan serbuk koko dan guna chocolate bar bukan chocolate chip.. Tak baik tau tuka resepi orang.. Tapi chocolate chip takde..hihi. Tepung tu saya guna 1 cawan setengah tepung, 1/4 cawan serbuk koko tambah 2 sudu lagi macam dalam resepi. Check it out pic ni

Arrrr gelabah

Tak tahu la kenape rase gelabah je harini. Sekarang pukul 5.31 petang. Jap lagi nak kene pick up huda d sekolah. Tak suka sangat menunggu. 2 minit macam 2 jam dah rasanya. Tambah lagi hari ni tunggu parcel pos laju. Semalam penjual pos. Hari ini patutnya sampai. Tapi sampai sekarang belum sampaj juga. Dari shah alam je kot..bukan jaub sangat. Ya ya..pos laju tu kadang2 bukan laju sangat pun. Sabar aje lah kan. Esok sampai kot. Bukan apa, saya ni selalu keluar...takut terlepas pula abang pos ni. Oh ya..parcel shaklee dah sampai. Saya ada vitalea, b complex dan sustained release vita c plus. Anda nak? Boleh kontek saya. Sesuai sangat sebagai hadiah untuk ibu bapa atau diri sendiri. 0193439341. Cod di bandar seri putra k.

Anak masuk sekolah

Anak sulung dah maauk darjah 1. Cepatnya masa berlalu.. Dah seminggu dia di sekolah. ermm.. Hari pertama 12.1.15 teman dia sampai rehat habis. Nak tengok dia makan dan berkawan. Mujur la ada kawan satu tadika dengan dia Zara sofea makan sekali dengan dia. Budak budak darjah satu kan...ada yang bawak bekal ada bawa bekal tak bawa air, ada bawa air tak da makanan... Macam-macam perangai. Ada juga yang nangis...boys..manja kot.. Hadi nanti tak tahu la macam mana. Hari kedua hantar huda depan pintu. Masuk lagi teman dia sampai masuk dewan. Lepas perhimpunan, mama tak tunggu dah sebab Hanis pon menangis panas campur nak susu. Hari ketiga mama hantar depan pintu sekolah je. Huda masuk sediri. Lepas tu mama parking jauh sikit, masuk sekolah dan spy Huda dari jauh sampai masuk dewan. Kesian juga tengok Huda diri je tunggu masa masuk dewan. Kawan pon lom ada. Hari keempat ma tak tunggu dah..valik sekolah baru na ambil. Huda tukar kelas dah hari ni...masuk kelas 1 Anggerik. Lepas sar

Kek coklat kukus

Saya guna resepi ni.. Sedap..masa rasa batter tu agak tawar..tp bila dah masak actually sedang sesang je manis nya.senang je nak buat... Cuma dia punya coklat ganache tu tak berapa menjadi..sebab resepi tak lengkap masa saya cari tu..cuba la ya..

Basic h shaklee

Best bila guna basic h untuk lap dapur yang melekit tu.. Serius emang best. Sikit je guna dan campur dengan air paip.. Spray je kat dapur, paling mudah jika nak banding dengan jenama yang biasa saya guna untuk kitchen...macan mr muscle tu.. Serius..ni memang terbaik..spray dan lap je dengan kain terus bersih, tak perlu sental.tak perlu bilas..saya tak ambil gambar..maaf ya..nak cuba boleh order..jimat tau..tak mahal pun.. Nombor saya 0193439341..peace...selamat membersih dapur..