Followers

Suka tak blog ni?

Tuesday, May 19, 2015

Simple purse

Salam....
Saya nak share simple purse yang saya dah jahit untuk Huda...
Dia nak isi duit belanja untuk ke sekolah...
Saya buat muat-muat untuk duit..tapi boleh juga dia isi sapu tangan dia... Simplr sangat beg ni..guna snap button. Actually agak mahal la snap button ni..haha.. Sebiji dah rm1.10..kalau guna getah lagi murah la kos dia kot..
Comel n simple..

Monday, May 18, 2015

Projek hari guru

Selamat hari guru untuk semua guru di seluruh malaysia...
Terima kasih untuk semua cikgu yang pernah mengajar saya...
Walaupun guru dulu garang...garang nya sampai kalau jawab salah masa periksa..1 soalan 1 kali kene rotan kat tangan atau kene penampar kat pipi kapit.. 2 penampar skali gus kiri kanan tau...wuuuu... Kalau rotan kat tangan memang berbirat habis la tangan...
Tapi itu lah yang buat cepat faham dan ingat...

Untuk projek hadiah Cikgu sekolah anak-anak pula saya jahitkan pencil case.
Harap cikgu semua suka la.dan gunakan..

Untuk tutorial kalau minat, boleh tinggalkan komen. Insyaallah ada masa saya sharekan tutorialnya.

Kalau nak tempah pon boleh la kot...order awal2...harga kita bincang. Sesuai la untuk anak-anak tadika buat hadiah bithday ke.. Untuk sisa kawen pon boleh.
Saiz yang saya buat ni lebih kurang 10 inci panjang atas. Bawah dalam 6 inci. Tinggi dalam 6 inci juga lebih kurang.  :)

Wednesday, May 6, 2015

Mufin pisang

Yum...sedap nye bau kat dapur ni.
Tok ma datang baru-baru ni..bawak pisang 2 sikat..Hadi la pesan suruh bawakan pisang..makan nya sebiji 2 je..
Lain lembik...ermmm dari membazir je kan, buat la mufin pisang ni..
Sedap dan senang..tak perlu mixer pun..
Google la resepi...
Saya jumpa resepi macam ni

3 biji pisang.
Saya guna 5 lagipun dia kata lagi banyak pisang lagi lembab kek ni.
1 cawan gula. Kalau tak suka manis boleh guna separuhje.
1 biji telur. Pukul sikit guna garfu.
1/3 cawan butter di cairkan.
Sedikit vanilla. Ni saya tambah.

Semua ni di gaul bersama hingga sebati.

1 1/3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 sudu kecil garam
Ayak kemudian gaul bersama pisang tadi.

Panaskan oven 375ferenhiet. Oven saya. 180 celcius. 20 minit. Masak. Keluarkan dan hidangkan. Panas pon sedap. Xsempat sejukkan pun. Tapi katanya dah sejuk dalam peti ais semalaman lagi sedap.

Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...