Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 11, 2015

Sardin puff

Bahan bahan sardin puff Puff pasti kawan. Sardin 1 tin kecil Kentang sebiji Bawang merah besar setengah biji Bawang putih 3 ulas Serbuk kari daging 2 sudu besar Inti sardin. Cara buat Tumis bawang putih dan bawang merah. Selepas naik bau masukkan serbuk kari. Kacau hingga naik bau. Masukka  air sedikit dalam 1 Cawan kemudian masukkan kentang dan biarkan menggelegak sekejap hingga kentang masak. Masukkan sardin dengan sosnya sekali. Hancurkan sedikit. Masukkan sedikit garam. Rasa la secukup rasa. Dah masak. Sejukkan sekejap. Saya potong 4 puff pastri ni. Letakkan 1 sudu besar inti sardin. Bentukkan jadi segitiga. Kemudian klim tepi tu tekan sikit dengan garfu. Bakar 180°celcius selama 20 minit atau hingga garing dan masak. Boleh makan.. Sedap.. Simple je cara buat . inti sardin tu kalau tak habis boleh buat sardin roll pula guna roti. Selamat mencuba. Sori pic tak banyak nak tunjuk cara buat.