Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel set ibu menyusu

Susu dan Ramadhan

Bulan Rejab 2 3 hari lagi, lepas tu Syaaban, lepas tu Ramadhan bakal menjelang...bulan paling di nanti rasanya.. Tahun ni, bulan puasa nanti Hadi akan 2 tahun sebulan...agaknya masih menyusu badan...tapi tahun ni tak risau sangat lah, sebab ade Shaklee. Betul, dengan mengamalkan nutrisi yang betul, badan akan sihat, susu pun tak aada masalah berkurangan semasa berpuasa. kalau saya, mlik booster saya kurma, tahun ni nak buat resepi ESP + Kurma blend.  dan yang extra bonus boleh memberi rasa kenyang seperti banana ESP vico blend yang saya buat tu. saya ambil masa lunch, tak perlu makan nasi. memang mengenyangkan. Dan untuk lebih bergaya semasa puasa, set yang disyorkan kat dalam majalah iSihat ni memang bagus sebab Omega boleh membantu memecahkan lemak disamping membekalkan DHA yang penting untuk perkembangan otak bayi. Dapat menyusukan, lebih slim, anak sihat, ibu cergas.. oh ya, multivitamin Vitalea, b complex, alfafa boleh tahan lama tau, sampai 4 bulan. ESP sebulan

Panduan Penyusuan bayi untuk ibu bekerja

Tahniah!! anda mengambil keputusan yang tepat untuk menyusukan anak anda. Walaupun mungkin kesibukan bekerja, tetapi memilih untuk menyusukan anak bawah 6 bulan secara exclusive tanpa campuran susu formula adalah terbaik pilihan terbaik untuk anak anda. Saya sendiri ada pengalaman mengepam susu ni sedikit je, masa Huda dalam hospital..Hannah pula tengah menyusu badan, tetapi terpaksa tinggalkan Hannah kat rumah sebab kena jaga Huda di Hospital. kesian Hannah masa tu umur dia belum setahun.Sedih la bila kenangkan masa ni. Huda tengah tak sihat, Hannah pula terpaksa lepas susu. Tapi alhamdulillah semua dah berlalu. tak de kaitan dengan tajuk..huhu.. kembali kepada tajuk kita Panduan keperluan untuk pam susu bagi ibu bekerja: mestilah pam - saya rasa baik yang boleh pam 2 breast serentak.sebab senang dan cepat. Maklum, jika masuk ofis, mesti kita taknak lama-lama mengepam kan. Storage - Lepas pam di opis, masuk botol dulu. Then boleh tukarkan kedalam plastik bila di rumah. Sebab,

ALFAFA

Di perbuat daripada tanaman Alfafa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas pestisid, herbasid, dan menggunakan bahan kompos baja bebas kimia. Dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan" Setiap tablet mengandungi 300mg alfafa. Manfaat utama: tumbuhan yang sangat kaya nutrisi Makanan paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Kaya protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfafa sama zat dalam segelas susu. ♥ Mencuci hati dan usus - sangat beralkali mengemblikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, bersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. ♥ Melawan alahan - membaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air. ♥ Baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perut - membaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit. ♥ MENYINGKIRKAN LEMAK dan KOLESTROL - penggunaan

Kebaikan penyusuan ibu kepada ibu dan anak

salin dari majalah Shaklee...banyak info.. :D Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan seimbang membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mengandungi daya tahan yang di perlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa di hadapi oleh bayi baru lahir. Malah kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi. Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetangah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui anaknya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu di teruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui ba

Bayi susu ibu

Bayi yang menyusu dari ibu mendapat pelbagai kebaikan. Jika ibu-ibu perlukan supplement untuk menambah susu, maklumlah susu ibu ini kadang-kadang merudum, boleh hubungi saya untuk mendapatkan set yang sesuai dengan ibu-ibu. dengan minum air yang mencukupi, serta jadual pam bagi ibu bekerja- insyaallah, EBM penuh peti ais nnt.. bagi ibu-ibu yang berminat mahu cuba, boleh email kan kepada saya aeidahamrun@yahoo.com atau sms/whatsapp 019 3439341 beserta budget yang sesuai untuk ibu-ibu.

Quote comel!!

comel sangat pic ni NOW I KNOW I GOT SUPER POWER.. nama pon supermom kan.. Supermom pon perlu supplement untuk kekal super.. kalau tak, mahu tumbang jugak...sebab susu tu kan ibarat darah yang keluar dari badan kita. kalau jemur susu tengah panas, nanti akan bertukar warna merah seperti darah. Alhamdulillah, Hadi dah setahun 4 bulan..masih menyusu..jap2 nak2, selak2..adei, tak kira tempat..  nak tahu set apa yang sesuai untuk ibu yang susukan anak? sms- 019 3439341 email aeidahamrun@yahoo.com

ENERGIZING SOY PROTEIN

.  ENERGIZING SOY PROTEIN · Sumber terbaik daripada kacang soya · Mengandungi protin lengkap (9 essential amino asid) · Protin mental · Kolesterol “0” serta rendah lemak · PER(Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5 untuk kegunaan seisi keluarga juga boleh... Menurut kak N dia dah lama guna ESP ni ..berkesan untuk kurangkan migrain dia.. dan semestinya kak N guna untuk pastikan susu yang merudum jadi up balik.. Protien sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik. ESP mengandungi 9 asid a mino yang tidak boleh dibuat oleh badan yang diperlukan oleh tubuh. Ianya adalah protien yang lengkap. Tidak menggunakan alkohol untuk proses pembersihan soya. Ia d

Kepentingan susu ibu

MANFAAT SUSU IBU UNTUK SEMUA  PUJIAN harus diberikan kepada ibu yang memberikan susu badan kepada anak.  Walaupun kesedaran mengenai kepentingan memberikan susu badan semakin meningkat,  ia masih belum mencapai sasaran. Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 1996 menunjukkan, kadar penyusuan badan hanya sekitar 88.6 peratus dan masih banyak usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan semua ibu di negara ini memberikan susu badan secara eksklusif selama enam bulan.  Penghasilan susu akan bertambah dengan penurunan paras hormon progesteron,  iaitu dalam  tempoh 30 hingga  40 jam  selepas bersalin.  Pada ketika ini, badan akan merembeskan prolaktin dan  oksitosin  (hormon yang  menghasilkan  susu).   Hisapan puting oleh bayi juga akan merangsang penghasilan susu.  Paras prolaktin perlu tinggi untuk membolehkan susu dihasilkan.  Bagaimanapun, ada kalanya pengeluaran susu terhenti jika penyusuan tidak  berlaku  secara sempurna dan susu yang  terhasil tidak keluar

Tips penyusuan bayi

sedang mengunggu kehadiran cahaya mata pertama?... mesti masa mengandung kita dah terpikir-pikir nak susukan anak dengan susu badan kah? susu formula kah?.. campur kah? Jangan terkejut yer...memang ada ibu yang edang menunggu cahaya mata pertama dah plan nak bagi susu formula pada bayi dia sebab bekerja atau saja nak jaga breast..kononnya takut jatuh melayuttt.. ni semua mitos yer.... ada juga ibu yang masa bekerja dia plan nak bagi susu formula, dan balik rumah nanti baru bagi susu badan.. tapi saya percaya kalau jarang bagi susu ibu, maka susu ibu akan berkurangan..sebab tak de demand.. Jadi, susu ibu kalau boleh 6 bulan pertama jangan campur..kalau bekerja, terus pam masa dalam pantang lagu untuk stok EBM, sebab masa dalam pantang susu kita memang extra banyak.. sedikit tips Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memud

Puting melecet / Crack nipple

aduh duh duhhh..sakitnya.. haaa....dah setahun lebih susukan Hadi dan juga pengalaman susukan 2 anak sebelum ni, baru sekali ni kene puting melecet ni.. sebenarnya masa balik kenduri kawen abang hari tu lagi...nak tulis, tp asyik lupa jer... sakit nyerrr....huhu..pedih sangat masa susukan Hadi tu... mula-mula tu pelik la, nape sakit ni..selalu tak pernah sakit.. hmm..tengok-tengok, dah crack dah... asal kejadiannya, mase mandi tu dah nampak puting ni kenapa merah semacam je kan.. ignore je..ingatkan tak ada apa-apa, jadi ibu-ibu, kalau nampak puting merah semacam tu, cepat-cepat apu krim tuk melecet... mungkin kulit kering, sebabtu jadi crack nipple ni... apa penyebab crack nipple posisi bayi salah teknik penyusuan yang tidak betul penjagaan puting yang tidak baik bayi menggigit ekzema puting- puting jadi merah, bengkak, gatal Seriawan - jangkitan kulat. sakit, gatal,pedih penyelesaian jangan hentikan penyusuan - ni la yang saya buat...bagi jer..sakit, perit me

Susu tersumbat / Duktus tersumbat

Apa itu duktus tersumbat?  Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan "duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis  di peringkat awal.  Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.  Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah m

Apa yang mempengaruhi susu ibu

2 hari ni saya pergi rumah mertua saya.. Suami outstation, malas nak berbuka puasa sorang-sorang kat rumah... Duduk rumah mertua 2 hari ni, bila Hadi asyik tunjuk dada sbb dia mintak nak menyusu, mak mertua kate, ade susu ke puasa-puasa ni.. Tak de niat lain, mungkin saja nak gurau-gurau ngn Hadi cakap mama dia tak de susu.. Sedangkan susu saya bengkak je 2 hari duduk rumah mertua...mungkin sebab banyak makan sayur masa kat sana + makan supplement SHaklee..macam biasa la.. Lepas tu, datang pula biras..ada seseorang telah bersalin..baru 30 hari dah naik motor..berani nye dia... Bukan nak cite pasal tu...cerita nya payudara dia besar, tapi dah tak ada susu...sayangnya...kata biras saya.. Nenek saya pula masa balik kampung, ceritanya sepupu saya susu banyak dan payudara dia memang besar..dan nenek saya kata payudara saya pula kecik...ada juga susu... Jadi dalam hati saya fikir, apa yang mempengaruhi banyak atau tidak pengeluaran susu bergantung pada apa?saiz payudara

Panduan menyusukan ketika berpuasa

Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat. Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian. Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara. Perlu anda maklumi bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa. FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan d

Pilihan untuk menyusu

Set B  ialah untuk ibu yang  tiada masalah penyusuan .  SET E -set b tambah dengan ostematrik bg ibu-ibu yang ada masalah susu kurang semasa period. dan juga sesuai untuk ibu tambah tenaga dan mendapat tidur yang berkualiti pada malam hari.. saya makan ni masa dalam pantang memang berkesan untuk tidur yang bagus...bangun pagi pun tidak lah letih..  manakala jika tambah dengan ESP, anak yang menyusu tu akan cepat kenyang.  SET 3M set ni memang sesuai untuk ibu-ibu bekerjaya yang nak simpan stok... dengan minum air kosong yang cukup, pam/perah setaip 2 jam..insyallah.. sumber set-set ni juga sesuai untuk ibu-ibu amalkan masa dalam pantang yer.... badan cepat cergas dan sihat...susu pon meriah... kalau ibu2 bersalin secara Cesarean, boleh ambil zinc skali untuk penyembuhan luka dengan lebih cepat.bersalin normal pon boleh makan zink untuk cepat baik tempat luka/ mengawal keguguran rambut mase selepas melahirkan... ok dearie...kalau ade apa-apa pert