Langkau ke kandungan utama

Catatan

My hobi masak kek

Assalamualaikum.. Sejak beli oven ni rajin pula masak kek.. Lagi pun anak perempuan ramai..dorang yang suke request masak kek cawan nk.. Macam-macam kek cawan dah cuba buat. Sedap.. Dah ade kek, makan aje la kerjanya.. Mana saya ambil resepi? Senang je..google dan YouTube.. Banyak resepi boleh cuba..try n error. Ada juga yang tak menjadi, kalau tak jadi, cuba resepi lain pula.

Cerita

Cerita pasal pengakuan suami curang  banyak dikongsikan di facebook hari ni.. Saya pun baca pasal cerita tu... Ada yang masih belum baca? Klik link ni http://www.sinarharian.com.my/mobile/rencana/pengakuan-suami-curang-1.333903 Kesimpulan cerita macam ni..isteri sangka perkahwinan dia bahagia. Anak dah masuk 3. Pastu suami terkantoi.. Isteri terjumpa kad harijadi dari scandal si suami. Bila di tanya kenapa curang..jawabnya terkandung dalam surat suami tuliskan untuk dia. Kandungan suratnya pula mengatakan semua berpunca dari isteri yang tidak jaga penampilan. Rasa sakit hati pula sampai ke kita ni...hahaha.. Bukan apa...suami tak patut langsung cakap macam tu kot...kalau dah curang tu punca dari diri sendiri la...apa pula salah isteri.. Salah suami sebab bila isteri tak cantik, tidak di tegur dari awal. Bincang awal-awal kalau betul benda tu menganggu perhubungan suami isteri.. Ni dah kantoi baru nak cakap. 10 tahun kot curang. Isteri boleh buat apa saja.. Tapi isteri tak bol

Puding roti

Ada roti... Saja nak bakar puding roti kan..lagipon puding roti ni en suami makan...testing la bakar dengan oven baru..hahaha... Oven kecil je pon... Dapat la 2 star ni.. Resepi ambil dari blog sapa tah tadi..ampun ya..tak leh link balik.. Saya buat sikit je..guna 4 keping roti, secawan susu 250ml(saya guna susu tepung..bancuh air)..susu dah habis.. Selalu bukan orang guna susu cair ke?.. Mentega 2 sudu..macam terlebih lemak..tapi sedap..guna 1 sudu kalau jaga kesihatan ya 2 sudu besar gula Sebiji telur 1 sudu kecil vanilla Kurma 2 biji sebab kismis tiada Campur semuanya sekali Masuk dalam oven 30 minit 170 Celsius Siap...baunya wahhh...

Happy birthday Hannah

Hannah dah masuk 5 tahun... Rase sekejap je masa berlalu...cepat sangat anak-anak membesar. Mama loves you sayang... Ma buatkan cupcakes untuk birth day Hannah.. Sedap dan delicous sangat cupcake vanilla dn chocolate ni.. Mama rasa la..orang lain yang makan pun kata sedap..hahaha 1 st time buat cupcake..not bad la.. Alhamdulillah menjadi... Huda yang excited sangat suruh buatkan cupcake.. Jom tengok hasil ek.. Rasa-rasa boleh jual tak...

Skirt budak perempuan

Skirt comel ni sepasang dengan baju. Ready stok Saiz 80 90 sold 100 110 120 Rm40 sm/ rm43 ss termasuk pos Whatsapp 0193439341 Skirt pink dan baju L Nice Saiz  80 90 100 110 120 Rm40 sm/ rm43 ss termasuk pos Whatsapp 0193439341

Baju kanak-kanak

Saya baru start jual baju pyjama kanak-kanak. Baru masuk 2 design.. Insyaallah lepas ni akan tambah stok lagi... Cantik-cantik..jom belikan untuk anak-anak Kalau ada yang berkenan jangan malu2 nak kontact saya. Whtsapp 0193439341 Kod V020  Rm25 Pos rm6 sm/ rm9 ss Saiz available 90(2-3y) 95(3-4y) 100(4-5y) 110(5-6 y) 120(6-7y) 130(7-8y) Kod V019 Ready stok Saiz 90(2-3 y) 95(3-4y) 100(4-5 y) 110(5-6 y) 120(6-7y) 130(7-8 y)

rasa nak berniaga lagi

salam sejahtera semua... dua tiga hari ni saya rasa nak berniaga lagi... memang sekarang dah jual vitamin dan maajun anggun bistari . tapi macam nak tambah produk lagi.. maklum lah jual vitamin tak perlu pun stok dan pos sebenarnya sebab shaklee dah poskan terus ke pelanggan bila kita buat order... ada la ready stok sikit untuk yang nak cod area rumah ni... maajun pun buat macam tu sekarang... Jadi sekarang tengah tercari-cari lagi barang untuk di jual. serius memang nak berniaga.. pegang stok sendiri dan pos sendiri...dengan banyak pesanan setiap hari.. macam 30 ke sehari...bagus juga kan???.... sekarang memang dah cukup sibuk dengan anak kecil..tapi masih nak tambah produk... Apa pilihan yang bermain di fikiran saya???? 1. pakaian kanak-kanak - minat sebab sekarang saya sendiri ada anak kecil..suka tengok baju budak-budak 2. seluar jeans wanita yang kaki luas. dan juga skirt jeans wanita.. sangat menarik dan agak payah nak cari sebenarnya...online ada juga yang jual, tapi

Kerja ibu dalam pantang

Hihi..saja nak cite aktiviti semasa dalam pantang... Boring kan..nak gi jalan2 tak boleh...dok umah jer... Nasib la shoppinh di hujung jari. Order je sampai kat umah...hihi Saya dah beli baju raya haji. Tupperware macam-macam jenis dan bentuk. Makeup like lipstick, compact powder, bb cream, dan perfume... Bj raya tak ambil gamba...lipstick pon tak ambil gambar...tapi memang best..nutrimetic punya...pink and red colour tu beli... Oh ya...skin care rita rudini pun beli tau... hihi

Kronologi kelahiran ainul hanis

Welcoming baby baru Ainul Hanis... Anak mama dan abah yang ke empat.. 18.8.14- pukul2.58 pm...mama menyerahkan diri mama untuk admit ke wad di hospital raja perempuan zainab II di Kota Bharu. Kenapa kene admit?..sebab GDM, tak boleh lebih tarikh...baby due 19.8.14. Baby macam seronok je dalam perut kan..sama macam kakak dan abang juga.. Susah nak tidur bila dalam wad ni..macam-macam la perasaan kan.. 19.8.14- pukul 630 pagi..induce prostine.. Pukul 8 pagi contraction dah boleh rasa dah...tapi mild aje.. Pukul 9 pagi makin kerap. Pukul930 dah suruh doktor cek jalan sebab selalu pengalaman anak yang lepas bersalin memang cepat. Jalan baru buka 3-4cm. Tetapi lepas cek jalan tu, sakit nye makin kuat... Labour room pula penuh..tunggu dulu... Mujur dalam pukul10 nurse kata boleh pergi labour room.ada kosong 2.. So nurse pon proses borang sume..lama juga tu...sebelum boleh tolak ke labour room . Masa tu contraction memang huhu...tak boleh nak cakap dah... Dekat pukul 11, masuk

Selamat hari raya aidilfitri 2014

Selamat hari raya semua... Tahun ni turn beraya di KL... Khamis baru balik kg... Nak update pic dengan perut besar ni...kikiki

2 hari lagi nak raya!!!!

Sekejap je masa berjalan.... 2 hari lagi puasa dan raya bakal menjelang...korang raya kat mana? Balik kampung ke?... Tahun ni saya raya di kl dulu baru balik kampung raya ke empat.... So supplement untuk raya nanti ada tak? Saya suggest ambil lecithin tuk pecah lemak. Alfafa untuk angkut lemak keluar. Herb lax untuk makan malam so esok nya pemvuangan lancar.... Ini untuk kawal berat badan... Maklum...raya kan makan banyak... Lagi satu papermint ginger untuk kurangkan senak perut sebab banyak makan.... Ok...boleh contact saya untuk pesanan... Aeidah 0193439341

Ujian untuk dia adalah ujian untuk kita

Kebelakangan ni kita banyak didedahkan dengan cerita yang macam-macam la.. Cikgu rakam video budak miskin dan jadi bahan lawak. Anak kebuluran, mak cukup makan. Yang terbaru kes awek dengan kunci stereng kereta marah uncle. Sekejap je jadi viral benda ni semua dan sangat memalukan bagi pihak yang terlibat. Habis semua info peribadi dan cerita lama semua keluar. Ya...ini dugaan untuk dia kerana aibnya dijadikan tatapan umum. Tapi sedar tak, bahawa ni juga ujian untuk kita. Samada kita nak kongsikan aib dia pada orang lain, samada kita nak mengata dia, mengumpat pasal dia?... Saya pon tonton video-video tu semua tapi tidak share kan video tu di wall saya. Cukup sekadar saya melihatnya. Kalau suatu ketika, dek kerana emosi tidak terkawal, perbuatan saya di rakam, saya tidak sanggup ia menjadi viral. Habis semua di kongsikan ke umum. Jom la kita muhasabah diri kita. Guna facebook untuk kongsikan yang positif. Ambil ikhtibar dari kejadian yang menimpa mangsa dan usahlah kita pula

Pakej special raya - untuk yang kuat makan

Istimewa untuk hari raya. Seban biasanya hari raya kan kita makan banyak rumah.... Jalan rumah tu di hidang nasi dagang, lemang..pergi rumah lain pula di hidang ketupat, rendang... Makan punya la sedap kan... Kalau tak makan memang rugi besar la.. Bila lagi boleh makan macamtu... Jadi untuk membolehkan anda makan apa yang anda mahu tapi tudak perlu risaukan pertambahan berat atau perut tidak selesa dan penghadaman yang baik, jom order set ni. Jom dapatkan hari ini... Supplement untuk berhari raya nanti... Pakej mampu milik. Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan dan berat badan. Lecithin bantu untuk bakar lemak Alfafa bantu mengangkut keluar lemak Garlic membuang angin dan kurangkan rasa senak perut bila kenyang dan cairkan darah. Herb lax bantu bersihkan usus. Last order 22/7 sahaja. Cepat yer... Aeidah 0193439341

Pray for Gaza

Ya Allah...sedih sangat tengok gambar kanak-kanak, bayi di bunuh di Palestine... Lindungi mereka ya Allah. Musnahkan tentera Zionist. Sama-sama kita berdoa semoga Zionist di hancurkan dan berundur dr bumi Palestine. Boikot semua barangan yang menyokong Israel.

Darjah 4 sek ren keb Melor

Gambar ni masa sekolah rendah kebangsaan melor.kota bharu.kelantan. Sekarang dah tukar nama sekolah rendah sri melor. Tahun bila gambar ni ek? Kalau tak silap 1993. Sebab 1995 dah upsr. Bila jumpa gambar ni terus upliad di facebook. Boleh la tag 2 3 orang kawan sekolah rendah, dari situ dapat hampir semua no telefon dan facebook kawan sekolah rendah dulu. Dah ada group whatsapp dah... Menarik kan? Dari 1 gamba, ke facebook, jumpa balik kawan lama. Rapat macam adik beradik kawan masa sekolah rendah ni...

Happy birthday Hadi!!!

Hadi sudah 3 tahun.... Cepatnye masa berlalu...dulu baby kecik jer..sekarang dah besar. Pandai cakap dan dah mintak panggil dia abang... Abang dah besar.. Mama doakan semoga Hadi menjadi anak yang soleh. Anak yang berjaya dunia dan akhirat. Mama loves you...

Jalan-jalan ke Takbai Thailand

Kelantan memang dekat sangat dengan Takbai Thailand. Saya selalu tengok kawan pergi sana. Tapi saya tak pernah la jejak kaki ke sana sebelum ni... Tapi semalam saya ikut kawan pergi sana.. Memang best..kalau nak shopping, untuk yang tak cari barang branded, boleh la ke sana. Banyak juga saya tengok barang dari sana yang  dijual online Saya tak beli banyak sangat pun.

Manfaat vitamin E

Vitamin e memang sangat bagussss... Saya amalkan vitamin e, b complex dan vitamin c untuk kulit... Kesannya memang kulit terasa lebih lembut... Masalah pori muka yang besar pon tiada.. Saya amalkan masa tidak mengandung..masa mengandung tidak disyorkan amal vitamin E... Bahkan nurse pegang pon puji kulit lembut...hehe... Cuba la...memang puas hati.. Antara lain fungsi vitamin E boleh tengo picture kat bawah ni yer... Untuk antioksida. Pelindung matahari semulajadi.tiada lagi sunburn. Vitamin cinta suami isteri...bila amalkan vitamin E...suami isteri lebih intim...panas balik hubungan suami isteri. Vitamin kesuburan lelaki dan wanita.. Dan lain lain... No fon saya untuk order dan mengetahui lebih lanjut pasal Shaklee 0193439341

Masalah kolestrol tinggi tanpa kira usia

Shaklee akan keluarkan produk baru jun ini bernama phytocol-st. Fungsi utama produk ini adalah untuk menghalang kolestrol dari makanan yang kita ambil terserap di salur darah dan mendap membentuk plak yang menyempitkan salur darah. Kita semua tahu betapa sedapnya makanan di malaysia ni. Semua sedap-sedap..rugi lah kalau tak makan kan? Sekarang semua boleh ambil makanan yang sedap ni tanpa risau masalah kolestrol. Produk yang boleh di ambil bersama phytocol-st untuk mengawal kolestrol dalam badan ialah omega guard dan coQ10 untuk penjagaan jantung. MAsalah kolestrol tinggi sekarang bukan lagi masalah orang yang berumur sahaja. Tetapi ramai yang muda-muda juga mengalami masalah ini. Puncanya? Gaya hidup sekarang yang sibuk, stress dan kurang bersenam. Jadi langkah awal untuk mengelak masalah ini berlarutan hingga menjadi sakit jantung dan strok atau angin ahmar ialah mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil supplement ini untuk mengurangan risiko penyakit ini dari menyerang. U

Cerita dilema

Pagi tadi tengah drive biasa la dengar radio kan...nasional fm..jgn tanye kenapa nasional fm :) Topik dia dilema. Ada orang dilema nak paai baju apa hari-hari nak pergi kerja. Ada orang dilema nak kerja atau nak jadi suri rumah jaga anak. Ada orang dilema kucing banyak.. Macam- macam dilema orang. Tapi ada satu wanita ni dilema bercinta dengan suami orang????? Ni memang bikin panas. Dia taknak di madukan. Paham la kononnya hati wanita. Lepas tu boleh pula dia kata kat isteri pakwe dia tu kalau tak pandai jaga suami, lepaskan la suami??? Isk isk isk. Suami dia cerita dekat makwe dia ni isteri dia semua tak kena la. Tak layan suami bla bla bla.... Ermmm kalau dah suami boleh burukkan isteri dia depan orang lain, bukan kerja isteri tuk lepaskan suami. Suami dan isteri di luar sana termasuk saya. Saya nak ingatkan, jangan la burukkan pasangan kita kepada orang lain. Apatah lagi bercerita kepada jantina lain. Lelaki cerita kat perempuan, perempuan cerita pada lelaki... Apa motif? Me

Aktiviti hujung minggu

Macam biase la update ape cerrr hujung minggu kan... Well en suami baru balik outstation..dia cuti jumaat, bawa anak-anak main air kat A Famosa Theme Park. Dah 3 kali sampai sini. Hannah pon dah tak takut. Berenang sorang-sorang je pusing kolam. Kakak dan Hadi masih tak berani pergi jauh. Sabtu pula kenduri kawin kat bangi. Sedap makanan dia. Alhamdulillah rezeki. Kenyang kami hari sabtu. Petang pergi urut kat Gombak. Pon ok. Selesa rasa perut lepas urut. Harini ahad pula meeting koperasi keluarga.

Kelebihan ahli Shaklee

Nak share apa yang best sangat join Shaklee ni? Ok pertama sekali supplement shaklee memang berkesan. Amalan memakan vitamin memberi kesihatan yang baik dan awet muda kepada pengamalnya. Kene konsisten dan banyakkan minum air kosong. Jika anda hanya mahu beli vitamins untuk amalan sendiri dan bukan untuk meniaga, join ahli masih untung sebab boleh jimat 15-20%. Kalau nak berniaga, berkongsi kebaikan Shaklee dengan semua orang, lagi bagus. Barang bagus elok la kongsikan. Takkan nak sihat sorang je. Shaklee tawarkan kepada ahli mereka CASH - BONUS CONVENTION - TRIP KE LUAR NEGARA (TAHUN NI ROME) ATAU ANDA BOLEH PILIH UNTUK UMRAH 5 BINTANG DENGAN SHAKLEE CAR - BOLEH PILIH MANA-MANA KERETA KITA NAK. Join dengan siapa? Kenali upline kita. Up line kita tak semestinya dah jadi pangkat yang paling tinggi  je. Sebab bonus kita atau pangkat kita lepas join tidak bergantung pada upline. Kalau upline taknak naik pangkat, kita masih boleh capai pangkat paling tinggi dalam shaklee. Tapi j

Tak sabar

Selamat malam semua.. Tetiba rasa sangat tidak sabar untuk breastfeed lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki, boleh breast feed this coming baby. Rasa bonding ibu dan anak yang sangat close dan semestinya boleh kurus balik ni kalau fully breasfeed. Pengalaman menyusukan Hadi selama 2 tahun memang special. Dengan kakak-kakak dia hanya sampai setahun je. Dapat susukan Hadi selama 2 tahun sebab dah rezeki dia dan sebab amalkan ESP masa susukan Hadi. Alhamdulillah. Saya tak ada masalah kurang susu yang serius. Tetapi amalkan ESP memang membantu. Cuba lah...tak rugi... Kulit pon makin lembut. Malah bentuk badan pon makin meletop. Puas hati. Dan juga menghilangkan parut kat kulit wajah. Berseri gitu. Saya ada ready stok ESP . Penghantaran area rumah saya boleh la.. Di bandar seri putra dan bukit mahkota. Call je no saya 0193439341

Pushing too much

Bila pregnant ni rasanya kita patut tahu limit kita.2 3 hari ni badan kurang sihat tapi masih buat kerja macam biasa buatkan sakit bahagian bawah perut. Ada discharge sikit tadi. I know i should rest. Tapi kalau dah tinggal sorang, kena la jaga anak-anak. I just hope he would ask how im doing. Huh...sabar je lah... Rehat rehat..jaga diri sendiri dulu..

Salam jumaat

Salam jumaat. Hari yang penuh berkat ni jom amalkan selawat keatas Nabi Muhammad saw. Semoga hari ini membawa keberkatan dan rahmat dan dimurahkan rezeki kepada kita. Amin Dan yang mencari set shaklee Untuk ibu hamil Berpantang Menyusu Boleh contact saya Aeidah Shaklee independent distributor 0193439341

Hadi jatuh

Petang semalam dalam pukul 3 ptg, hadi jatuh masa main dalam bilik kakak dia.. Panjat basikal, nak turun dah tapi terjatuh. Mama kat luar masa tu tengah baring sebab badan tak sihat kan. Terkejut tetiba nangis. Keluar je hadi dah pegang dagu dia sambil nangis.. Ingatkan mulut yang berdarah, tengok-tengok dagu yang terbelah. Adoi, masa tu memang gabra la.ambil kain lap, siap-siap terus pergi klinik. Klinik swasta tutup, pergi la klinik kerajaan, lepas daftar, nasib baik nurse tu hantarkan ke kecemasan. Lepas tunggu sekejap, MA datang, dia tengok, nasib baik la dia kata tak payah jahit. Gam je. Mulut comot tgh makan mee goreng..abaikan lubang hidung tu yer