Followers

Suka tak blog ni?

Wednesday, August 29, 2012

Susu tersumbat / Duktus tersumbat




Apa itu duktus tersumbat? 

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan "duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalahmastitis di peringkat awal. 

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah. 

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut. 

Apa punca duktus tersumbat? 

"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus "mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit. 

Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalahkeradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya. 

Apa yang boleh saya lakukan mengenainya? 

Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah kami menunjukkan bagaimana ini dilakukan. 

Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar. 

Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda. Rujuk penyusuan A-Z kami untuk bantuan atau berbincang dengan pakar pediatrik, pakar obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang pakar runding. 

Buat masa ini, ingatlah bahawa: 

• Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan. 

• Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik. 

• Mengambil panadol boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan. 

• Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu. 

• Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif. 

• Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu. 

Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan. Bacalah artikel kami mengenai mastitis untuk maklumat lanjut. 

Adakah ini akan menjejaskan bayi saya? 

Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi "cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda. 

Bolehkah saya terus menyusu? 

Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor anda. 
sumber-babycenter.com

perkongsian dari ibu adinnasa pula;
Semasa menyusukan Addin, ibu tidak mengkaji sebenar-benar kepentingan setiap vitamin... maka apa yang ibu lakukan setiap kali terjadi rasa ketulan di payudara akibat pengaliran susu yang tidak sempurna,

1. tuam dengan tuala panas/ lebih mudah mandi dengan shower air panas

2. menyusukan Addin sekerap mungkin

3. worst case...tuam dengan lapisan kobis yang sejuk (paling cepat kesannya tetapi kekangannya pula susu akan cepat kering)


Namun selepas menyusukan anak kedua ibu Nasa, ibu jarang melalui bengkak susu yang ketara seperti zaman menyusukan Addin. Ini kerana pengambilan vitamin  E yang lebih konsisten. Maklumlah dah melahirkan dua anak secara ceaserean , maka ibu akan sangat concern tentang jahitan sebelah dalam rahim tidak kurang bahagian luar supaya ia tidak nampak hodoh.

Apa yang didapati, selepas pengambilan vitamin E :

1. pigmentation semasa mengandung berkurang dengan sendirinya.

2. warna di kawasan aerola semakin mengecil dan balik seperti sediakala. Kebanyakan ibu yang telah melahirkan anak akan mendapati kawasan aerolanya semakin membesar dan gelap dan lebih banyak kelahiran maka akan lebih gelap di kawasan sekitar earola.

3. Risiko mengalami bengkak susu atau Mastitis sangat rendah kerana vitamin E dikenali sebagai best anti- oksidan iaitu ia mencegah pertumbuhan abnormal sel dalam badan selain mencegah keradangan dalam tubuh badan. Ini yang ramai tidak tahu.

4. ia melambatkan proses penuaan. Pengamal vitamin E akan nampak lebih muda dari usia sebenarnya.

5. kesan menarik untuk penyusuan ialah...susuibu dikayakan dengan vitamin E dan ini membantu bayi membesar lebih sihat kerana kandungan anti oksidan yang tinggi dalam susuibu. 

ok, jadi skrg ni susu saya tersumbat, ada keradangan, nampak tompok merah di payudara. hari ahad baru-baru ni, dah demam sebab ni jaga, tapi radang bahagian lain, saya makan vitamin e dan bengkak terus susut dan hilang, tapi sekarang tempat lain pula. saya makan vitamin e selang sehari sebab makan GLA, hari ni kene makan lagi sebiji nampaknya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...