Petang ni buat juga onde onde walaupun tak berapa larat sebenarnya...sakit badan betul arini... Mata panas, tekak pedih macam selsema...tapi sebab dah teringin sangat, gagahkan diri juga gentel ni.. Nak resepi onde-onde?tak la susah buat ni.. Sukatan tak de, semua agak-agak je Tepung beras pulut Untuk 1 kilo tepung beras pulut, campurkan 1@2 sudu besar tepung gandum supaya tak liat sangat. Air daun pandan Pewarna hijau sikit Garam Gula Air pandan, pewarna, gula sikit, garam sikit ni campurkan. Gula melaka potong-potong jadi bentuk kiub kecil. Kelapa muda dicampur dengan sedikit garam dan sedikit gula( orang kelantan memang suka letak gula) ada yang letak garam sahaja dalam kelapa ni.terpulang pada cita rasa masing-masing. Gaul campuran tepung pulut dan tepung gandum, air masukkan sedikit demi sedikit sampai jadi doh. Gentel tepung, masukkan gula melaka di tengah-tengah tepung, gentel bulat. Jangan bagi ada bocor, nanti tak cantik. Dah gentel, masukkan kedalam air panas ya...
Perkongsian tentang kehidupan, kebaikan vitamin untuk diri dan keluarga.... Shaklee distributor area Bandar Seri Putra, Bangi, Nilai, Kajang, Putrajaya, Ampang pada hujung minggu dan kawasan sekitarnya.