Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 6, 2021

Brownie sedap dan simple

 Assalamualaikum. Saya nak share resepi brownies yang saya buat siang tadi. Maaf tiada gambar.  Tapi korang tahu lah kan rupe brownies macam mana.  150g butter cairkan dulu. Boleh guna taknik double boil atau microwave. Bila cair masukkan 300g coklat.  Masukkan kedalam butter tu masa masih panas. Coklat tu akan cair dan sejukkan sekali butter panas tadi tu. Ketepikan sekejap. Dalam bekas lain, masukkan 200g brown sugar dan 3 biji telur.  Resepi asal 4 biji. Tapi i tersilap masukkan 3 biji. Tapi sedap. Jangan risau.  Kacau sekejap sekadar untuk pecahkan telur.  Masukkan coklat dan butter yang dah dicairkan tadi kedalam telur dan gula.  Ayak 100g tepung naik sendiri dan 30g serbuk koko.  Masukkan kedalam adunan tadi.  Kacau sekejap sahaja hingga rata.  Panaskan oven 170 darjah celcius . Masukkan adunan dalam bekas 9x9 inci. Bakar dalam oven selama 30-35 minit.  Dah siap boleh makan..sedap betul..