Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bantan

BENTAN

 Assalamualaikum.. salam sejahtera semua. Harap semua sihat walafiat selalu. Topik Aei nak share hari ni pasal bentan.  Biasa dengar bentan? Atau pernah alami bentan tak?  Atau tak pernah dengar bentan tu apa? Ok, bentan ni ialah satu keadaan dimana seorang ibu yang baru lepas bersalin tiba-tiba tidak sihat. Berasa sakit dan tidak selesa.  Sebelum tu Aei nak cerita pengalaman Aei sendiri selepas bersalin anak pertama. Tak tahu itu bentan atau demam urat. Selepas bersalin dah hampir tujuh hari rasanya, Aei masih tak berurut. Malam tu masa nak pakai bengkung,cakap kat ma rasa tak sihat, nak demam.  Cepat-cepat ma suruh berurut. Alhamdulillah lepas berurut,sakit tu hilang.  Aei rasa tu demam urat kot. Itu je pengalaman sakit urat selepas bersalin. Selepas itu,5 orang anak lagi, alhamdulillah tiada masalah. Tips untuk elak sakit bentan selepas bersalin ni kalau ikut cara Aei, pakai stokin. Kaki jaga. Ibu kaki tu sensitive bagi ibu lepas bersalin. Boleh tumpah d...