Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel resepi

Resepi rendang ayam simple

 Hai assalamualaikum Ok aei nak share resepi rendang ayam haritu aei ada buat untuk makan bersama pulut kuning.  Resepi ni agak simple  dan cheat sikit lah. Tapi Aei nak bagitahu yang rasa dia sedap. Kene taste aei dan keluarga. Resepi rendang ayam cheat 2  genggam bawang merah (hiris halus) Setengah labu bawang putih(hiris halus) 3 sekawan(kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga) 2 inci halia hiris halus Tumis bahan diatas hingga naik bau. Masukkan 1 sudu besar cili giling 2 inci lengkuas 2 inci kunyit  2 batang serai dititik Ditumbuk dan dimasukkan kedalam bahan tumis tadi Masukkan pes rendang adabi Tumis sekejap.  Masukkan ayam 1 kilo 2 cawan santan cair Biarkan mereneh dengan api perlahan.  Setelah menggelegak dan oecah minyak Masukkan santan pekat 2 cawan. Setelah itu perasakan, letakkan 3 keping asam keping, masukkan garam  Dan setengah kerek gula melaka.(nisang)  Rasa sedap tak.cukup rasa tak.. mereneh dengan api perlahan yang agak la...

RESEPI SERI MUKA TANPA TELUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk minum petang harini saya sediakan kuih seri muka.  Seri muka ni special sebab tidak mengandungi telur.  Saya buat resepi ini kerana mertua saya tidak makan kalau ada bau telur. Jadi resepi ini memang khas untuk dia😄 Harap nampak dalam gambar ini resepinya.  Bahan-bahan pulut(lapisan bawah) 500g beras pulut (rendam dulu sekurang2nya 30 minit) pulut lebih cepat masak dan lembut 2 cawan santan  cair Garam secukupnya +- 1 sudu kecil 2 sudu minyak masak Tos pulut yang sudah direndam, gaulkan bersama santan dan garam. Kukus selama 20 minit / hingga masak. Saya nak senang, saya terus masukkan kedalam bekas dulang yang disapukan minyak masak. Kemudian,selepas masak, terus tekan pulut didalam bekas itu. Tak perlu alih ke bekas lain. Sediakan lapisan atas. 500g santan kara 450g air yang di blend bersama daun pandan dan tapiskan. Ambil airnya sahaja. 1 cawan gula pasir ½ cawan tepung gandum ½ cawan tepung beras ½ sudu kecil gara...

Mufin pisang

Yum...sedap nye bau kat dapur ni. Tok ma datang baru-baru ni..bawak pisang 2 sikat..Hadi la pesan suruh bawakan pisang..makan nya sebiji 2 je.. Lain lembik...ermmm dari membazir je kan, buat la mufin pisang ni.. Sedap dan senang..tak perlu mixer pun.. Google la resepi... Saya jumpa resepi macam ni 3 biji pisang. Saya guna 5 lagipun dia kata lagi banyak pisang lagi lembab kek ni. 1 cawan gula. Kalau tak suka manis boleh guna separuhje. 1 biji telur. Pukul sikit guna garfu. 1/3 cawan butter di cairkan. Sedikit vanilla. Ni saya tambah. Semua ni di gaul bersama hingga sebati. 1 1/3 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bicarbonate 1/2 sudu kecil garam Ayak kemudian gaul bersama pisang tadi. Panaskan oven 375ferenhiet. Oven saya. 180 celcius. 20 minit. Masak. Keluarkan dan hidangkan. Panas pon sedap. Xsempat sejukkan pun. Tapi katanya dah sejuk dalam peti ais semalaman lagi sedap. Selamat mencuba.

Sardin puff

Bahan bahan sardin puff Puff pasti kawan. Sardin 1 tin kecil Kentang sebiji Bawang merah besar setengah biji Bawang putih 3 ulas Serbuk kari daging 2 sudu besar Inti sardin. Cara buat Tumis bawang putih dan bawang merah. Selepas naik bau masukkan serbuk kari. Kacau hingga naik bau. Masukka  air sedikit dalam 1 Cawan kemudian masukkan kentang dan biarkan menggelegak sekejap hingga kentang masak. Masukkan sardin dengan sosnya sekali. Hancurkan sedikit. Masukkan sedikit garam. Rasa la secukup rasa. Dah masak. Sejukkan sekejap. Saya potong 4 puff pastri ni. Letakkan 1 sudu besar inti sardin. Bentukkan jadi segitiga. Kemudian klim tepi tu tekan sikit dengan garfu. Bakar 180°celcius selama 20 minit atau hingga garing dan masak. Boleh makan.. Sedap.. Simple je cara buat . inti sardin tu kalau tak habis boleh buat sardin roll pula guna roti. Selamat mencuba. Sori pic tak banyak nak tunjuk cara buat.