Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 20, 2013

keperluan ibu mengandung

Sejak di awal kehamilan,sebaiknya bakal ibu menjaga kualiti dan kuantiti makanan yang diambil.janin yang sedang membesar mengambil semua zat makanan yang diperlukan daripada ibunya tanpa mengambil kira diet ibu. maksudnya jika diet ibu kekurangan zat tertentu seperti kalsium,ia tidak menjadi masalah kepada janin kerana dengan mudah dapat mengambil kalsium daripada simpanan tulang dan gigi ibunya.  Justeru,wanita hamil memerlukan diet yang seimbang,lengkap dengan protein,buah-buahan,sayur-sayuran,bijirin tulen dan gula serta lemak yang sedikit. wanita hamil juga boleh mengatur keperluan jadual pemakanan anda sewaktu hamil berdasarkan konsep pyramid makanan. menurut konsep pyramid makanan,semakin ke bawah semakin besar keperluan yang anda harus penuhi setiap hari.keperluan zat-zat pada setiap peringkat kehamilan adalah berbeza-beza kerana ada zat yang amat diperlukan oleh janin secara optimum pada usia tertentu. PERINGKAT KE-1 Peringkat awal bagi pembentukan organ janin (sys...