siang tadi abah call bgtau ade anak pakcik yang banyak juga tolong kami di Miri meninggal.. accident kereta.....sape sangka..orang nya muda, sihat..cepatnya pergi mengadap Tuhan yang Maha Esa... kita tak tau bila kita akan di jemput...ibadat pon lom cukup...dosa menimbun belom di ampun... Betapa singkat hidup di dunia ini, Hari ini mungkin aku masih ada, Esok mungkin ajal datang menjemput kita, waktu itu sudah tiada guna untuk menyesali akan apa2, kerana semuanya sudah tamat. aku ingin memegang erat tanganmu, kerana esok mungkin aku sudah tiada, aku ingin terus bersama mu, kerana mungkin sudah tiada masa untukku, aku ingin menatap wajahmu, kerana esok mungkin mataku sudah tertutup rapat, aku ingin menyatakan aku cinta padamu, sebelom ajal menjemputku. Kamu..yang di pinjamkan Allah untukku juga akan di jemput kembali. Waktu itu aku tidak ingin sesali akan saat2 yang tersia bersamamu..
Perkongsian tentang kehidupan, kebaikan vitamin untuk diri dan keluarga.... Shaklee distributor area Bandar Seri Putra, Bangi, Nilai, Kajang, Putrajaya, Ampang pada hujung minggu dan kawasan sekitarnya.