Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel resepi minum petang

Popia goreng

 Assalamualaikum. Selamat sejahtera semua. Harap semua sihat walafiat selalu. Pagi ni saya buat popia goreng. Resepi simple ni mak saya yang ajarkan. Senang dan simple sebab inti tak perlu masak dahulu. Ok jom kita tengok. Saya letakkan semua bahan ni anggaran sahaja ya. Resepi agak-agak. Resepi popia goreng simple Carrot lebih kurang 1 batang gemuk Kubis sama banyak dengan carrot. Nampak warna dia sekata. Sedikit garam Sedikit serbuk cukup rasa Jangan banyak garam dan perasa. Nanti masin. Sediakan kulit popia.  Balut popia dengan inti(½ sudu besar) Tampal hujung popia dengan bancuhan tepung gandum dan air. Goreng hingga masak. Sos yang simple, sos cili + gula + sedikit air.  Siap.  Popia goreng Gambar ni dah makan. Anak-anak pon suka.  Selamat mencuba😄

RESEPI SERI MUKA TANPA TELUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk minum petang harini saya sediakan kuih seri muka.  Seri muka ni special sebab tidak mengandungi telur.  Saya buat resepi ini kerana mertua saya tidak makan kalau ada bau telur. Jadi resepi ini memang khas untuk dia😄 Harap nampak dalam gambar ini resepinya.  Bahan-bahan pulut(lapisan bawah) 500g beras pulut (rendam dulu sekurang2nya 30 minit) pulut lebih cepat masak dan lembut 2 cawan santan  cair Garam secukupnya +- 1 sudu kecil 2 sudu minyak masak Tos pulut yang sudah direndam, gaulkan bersama santan dan garam. Kukus selama 20 minit / hingga masak. Saya nak senang, saya terus masukkan kedalam bekas dulang yang disapukan minyak masak. Kemudian,selepas masak, terus tekan pulut didalam bekas itu. Tak perlu alih ke bekas lain. Sediakan lapisan atas. 500g santan kara 450g air yang di blend bersama daun pandan dan tapiskan. Ambil airnya sahaja. 1 cawan gula pasir ½ cawan tepung gandum ½ cawan tepung beras ½ sudu kecil gara...