Langkau ke kandungan utama

RESEPI SERI MUKA TANPA TELUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Untuk minum petang harini saya sediakan kuih seri muka. 
Seri muka ni special sebab tidak mengandungi telur. 
Saya buat resepi ini kerana mertua saya tidak makan kalau ada bau telur. Jadi resepi ini memang khas untuk dia😄

Harap nampak dalam gambar ini resepinya. 
Bahan-bahan pulut(lapisan bawah)
500g beras pulut (rendam dulu sekurang2nya 30 minit) pulut lebih cepat masak dan lembut
2 cawan santan  cair
Garam secukupnya +- 1 sudu kecil
2 sudu minyak masak

Tos pulut yang sudah direndam, gaulkan bersama santan dan garam.
Kukus selama 20 minit / hingga masak.
Saya nak senang, saya terus masukkan kedalam bekas dulang yang disapukan minyak masak. Kemudian,selepas masak, terus tekan pulut didalam bekas itu. Tak perlu alih ke bekas lain.

Sediakan lapisan atas.
500g santan kara
450g air yang di blend bersama daun pandan dan tapiskan. Ambil airnya sahaja.
1 cawan gula pasir
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
½ sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau epal
Blend semua bahan. 
Setelah itu, tuangkan kedalam bekas pulut yang sudah ditekan tadi.
Kukus selama 20 minit @30 minit hingga masak.

Setelah masak, semasa panas, nampak macam lembik. Tapi... Tungguuu sekejap. Setelah sejuk, elok kejadiannya. 

Selamat mencuba kuih seri muka tanpa telur ini🥰

Ulasan