Assalamualaikum. Selamat sejahtera semua. Harap semua sihat walafiat selalu. Pagi ni saya buat popia goreng. Resepi simple ni mak saya yang ajarkan. Senang dan simple sebab inti tak perlu masak dahulu. Ok jom kita tengok. Saya letakkan semua bahan ni anggaran sahaja ya. Resepi agak-agak. Resepi popia goreng simple Carrot lebih kurang 1 batang gemuk Kubis sama banyak dengan carrot. Nampak warna dia sekata. Sedikit garam Sedikit serbuk cukup rasa Jangan banyak garam dan perasa. Nanti masin. Sediakan kulit popia. Balut popia dengan inti(½ sudu besar) Tampal hujung popia dengan bancuhan tepung gandum dan air. Goreng hingga masak. Sos yang simple, sos cili + gula + sedikit air. Siap. Popia goreng Gambar ni dah makan. Anak-anak pon suka. Selamat mencuba😄
Perkongsian tentang kehidupan, kebaikan vitamin untuk diri dan keluarga.... Shaklee distributor area Bandar Seri Putra, Bangi, Nilai, Kajang, Putrajaya, Ampang pada hujung minggu dan kawasan sekitarnya.