Apa itu duktus tersumbat? Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan "duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal. Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah. Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi and...
Perkongsian tentang kehidupan, kebaikan vitamin untuk diri dan keluarga.... Shaklee distributor area Bandar Seri Putra, Bangi, Nilai, Kajang, Putrajaya, Ampang pada hujung minggu dan kawasan sekitarnya.