Langkau ke kandungan utama

keperluan ibu mengandung

Sejak di awal kehamilan,sebaiknya bakal ibu menjaga kualiti dan kuantiti makanan yang diambil.janin yang sedang membesar mengambil semua zat makanan yang diperlukan daripada ibunya tanpa mengambil kira diet ibu.

maksudnya jika diet ibu kekurangan zat tertentu seperti kalsium,ia tidak menjadi masalah kepada janin kerana dengan mudah dapat mengambil kalsium daripada simpanan tulang dan gigi ibunya. 

Justeru,wanita hamil memerlukan diet yang seimbang,lengkap dengan protein,buah-buahan,sayur-sayuran,bijirin tulen dan gula serta lemak yang sedikit. wanita hamil juga boleh mengatur keperluan jadual pemakanan anda sewaktu hamil berdasarkan konsep pyramid makanan.

menurut konsep pyramid makanan,semakin ke bawah semakin besar keperluan yang anda harus penuhi setiap hari.keperluan zat-zat pada setiap peringkat kehamilan adalah berbeza-beza kerana ada zat yang amat diperlukan oleh janin secara optimum pada usia tertentu.

PERINGKAT KE-1
Peringkat awal bagi pembentukan organ janin (system saraf,otak,jaringan,otot dan sel-sel darah) dan pembentukan plasenta. Jadi,selain memerlukan makanan yang seimbang, jangan abaikan keperluan tubuh anda yang memerlukan protein,asid folik,zink dan zat besi. Perlu diketahui,selain zat besi,hati juga mengandungi vitamin A yang tinggi,ini boleh menyebabkan kesan sampingan kepada bayi dan mungkin akan menyebabkan bayi yang lahir cacat. Oleh itu,elakkan memakan hati khususnya di peringkat ini.

PERINGKAT KE-2
Masa pertumbuhan janin dan plasenta,serta pertambahan volume darah.jangan lupa pengambilan protein,kalsium dan zat besi mestilah mengcukupi.

PERINGKAT KE-3
Masa untuk mengoptimumkan pertumbuhan otak janin,perlu bersiap sedia untuk persalinan dan menyusukan bayi.sekarang tubuh anda perlu cukup zat besi,kalsium,vitamin B6,dan asam lemak omega-3 (misalnya dari salmon dan tuna).

Keperluan zat-zat dan mineral bagi wanita hamil adalah seperti berikut:-

Kalori(Tenaga)
Diperlukan untuk pertumbuhan janin,metabolisme (akibat perubahan dalam tubuh anda) serta cadangan protein.jadi kalori biasanya boleh didapati daripada bahan makanan yang mengandung karbohidrat,protein dan lemak.Tetapi tenaga yang dihasilkan dari lemak lebih banyak dari karbohidrat. Rata-rata lemak menghasilkan tenaga sebesar 9 kcal per gram.

Karbohidrat

Adalah sumber tenaga. Tubuh memang memerlukan “bahan bakar” atau tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Sumber karbohidrat adalah beras yang tidak digiling (di hancurkan),mee,roti,kentang,gula dan sebagainya.

Protein

Berfungsi untuk memelihara sel,menghasilkan haemoglobin,membentuk kekebalan tubuh,mengoptimakan perkembangan otak janin,menyiapkan produksi Air Susu Ibu (ASI) dan sebagainya. Protein biasa didapati dari produk haiwan (daging,ikan,telur,susu,keju dan hasil laut) dan produk tumbuh-tumbuhan (kacangkacangan, biji-bijian,tempe,tahu,oncom dan lain-lainnya. Jika ingin lengkap gabungkan saja protein dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Lemak

Seringkali menjadi cemuhan, bahkan dimusuhi. Meski pun begitu, anda tetap perlu memperolehinya,sekadar mengcukupinya saja. Lemak adalah sumber kalori terbanyak, pelarut vitamin (A,D,E dan K), pembekal tenaga tambahan, membantu perkembangan system saraf janin dan sebagainya. Di mana ia boleh diperolehi? Mentega,minyak sayur,ikan,susu,keju,daging,telur,kekacang dan lain-lain.

Vitamin

Meski pun di perolehi dalam kuantiti yang kecil,vitamin berperanan penting dalam menjaga kelancaran proses metabolisme tubuh dan fungsi organ tubuh. Apakah jenis-jenis vitamin yang diperlukan?

1.Vitamin A
Di perlukan untuk pertumbuhan sel,mencegah terjadinya penyakit keturunan,pertumbuhan tulang,menjaga fungsi Rahim dan sebagainya. Vitamin A ada pada buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna hijau atau kuning.mentega,susu,kuning telur dan lainnya.

2. Vitamin B 
Terbahagi kepada beberapa vitamin, seperi B1 (tiamin),B2 (riboflavin),B3 (niasin),B6 (piridoksin),B12 (kobalamin) dan sebagainya. Tugas vitamin B cukup banyak juga,seperti untuk metabolisme karbohidrat,metabolisme protein,menjaga fungsi sel dan jaringan, pembentukan sel darah merah,pertumbuhan janin dan sebagainya. Makanan apa yang kaya vitamin ini? Daging, telur,susu,keju,kacang-kacangan,biji-bijian,padi-padian,bayam,tomato,pisang,avocado,beras merah dan lain-lain lagi

3.Vitamin C
Diperlukan untuk penyerapan zat besi,memperbaiki jaringan yang rosak,pembentukan tulang, meningkatkan daya tahan tubuh, sebagai jaringan penghubung antara sel, dan sebagainya. Jadi vitamin C selalunya diperoleh dari jeruk,cabai,tomato,nenas dan sebagainya.

4.Vitamin D
Penting untuk pembentukan tulang dan gigi serta membantu tubuh dalam menyerap kalsium dan fosforus. Dari mana boleh diperolehi? Susu,kuning telur,mentega,ikan dan banyak lagi.

5.Vitamin E
Banyak juga manfaatnya, iaitu mencegah kerosakan enzim dan sel sebagai antioksidan, mencegah terjadinya keguguran dan lain-lain. Terdapat pada kacang soya,jagung,ikan,telur dan sebagainya.

6.Vitamin K
Penting untuk mencegah pendarahan setelah bersalin. Anda dapat perolehi dari sayuran hijau,gandum,buah-buahan,telur,susu dan lain-lain.

MINERAL

1.Fosforus (P)
Untuk pembentukan tulang dan gigi janin,memperbaiki jaringan, meningkatkan metabolisme fosforus anda dan sebagainya. Banyak di dapati pada daging, ikan,telur,susu,keju dan lain-lain.

2.Iodin (I)
Penting untuk metabolisme,kesihatan janin kelak dan produksi hormone tiroksin (mengatur pertumbuhan). Sumber mineral ini adalah hasil laut, ganggang laut dan garam beriodin.

3.Kalsium (Ca)
Berperanan dalam pembentukan tulang dan gigi janin, pembekuan darah, meningkatkan metabolisme kalsium dan sebagainya. Biasanya anda boleh dapati dari susu (sumber terbaik), keju,aiskrim,rumput laut, roti,ikan yang tulangnya boleh dimakan (sardine) dan lain-lain.

4. magnesium (Mg)
Diperlukan untuk metabolisme protein dan karbohidrat, mengaktifkan enzim,fungsi saraf dan otot dan sebagainya.ada pada biji-bijian,kekacang dan lain-lain.

5. Zink (Zn)
Untuk mengoptimakan perkembangan otak mencegah terjadinya kelainan bawaan, mencegah anemia, mencegah terjadinya keguguran dan sebagainya. Sumbernya? Hasil laut (terutamanya ikan yang berlemak tinggi), daging,telur,popcorn dan sebagainya.

6. zat besi (Fe)
Diperlukan untuk pembentukan haemoglobin,cadangan zat besi janin dan sebagainya. Biasa diperoleh dari daging berwarna merah, bayam,kangkung dan kekacang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Turun berat badan di bulan puasa

 Hari ini hari ke 17 ramadhan.  Saya nak kongsikan mengenai penurunan berat badan saya sepanjang bulan Ramadhan ini.  Sebelum ini berat saya 67kg. Paling berat saya pernah capai semasa tidak mengandung. Selalu berat saya naik banyak tu semasa saya mengandung sahaja.  Dengan tinggi saya 165cm, saya rasa tidak terlalu berisi. Tetapi saudara mara saya sudah mula menegur mengenai kenaikan berat badan saya🤭.  Sakit hati juga la kan bila orang mula cakap kita gemuk dah sekarang. Tetapi masa tu sebelum bulan puasa. Lebih kurang 3 bulan sebelum puasa. Saya pun mula lah "diet".  Berjaya juga turun,tapi dalam 3kg je salam tempoh 2 bulan. Sikit kan? Sebab saya diet macam biase je la. Tidak terlalu strict. Masih makan makanan biasa cuma kurangkan gula.  Dan bulan Ramadhan pun tiba.....2023 Saya cerita dulu berapa berat saya turun. Selepas 2 minggu berpuasa, saya dah capai 60kg. Baju dari L boleh muat M.  Excited kan?  Ok lah korang nak tahu tak ni apa s...

Penat nyer..

Penat tul jd suri rumah ni...tak habis2 keje...mane nak layan anak lg 2 org ni..Huda tido, Hannah bgn, Hannah tido, Huda lak bgn...mane yg buang air lg..pas kakak, adik plak, pastu kakak lg..Huda walaupon dia dah besar, dah pandai..tp same je nak kene lyn cam layan Hannah.. Hm...mmg mencabar...kalo di pikir kan, mmg la best kalo kerja..anak2 leh tinggal kat pengasuh..balik kul 6 br jumpe anak..mlm kul9 anak dah tido...jap je kan...x penat melayan seharian..hari2 plak.. Tp nak layan kerenah dorg ni...adei...kalo Ma ni bleh nak marah..tak tau la kalo org lain nak melayan..bukan anak dorg, nak marah pon tak rase bersalah kot.. Skrg lg la bertambah sibuk Ma..nak manage blog lg.. Tumpang laptop abah jer..Ma guna mase abah tinggal kan laptop dia jer.. Sekejap2 je la..tu yg sampai mlm2 pon dok ngadap blog lg...mase abah dah tido.. Alhamdulillah....skrg dah ramai yg visit blog ma...n order pon ade..Alhamdulillah...tak banyak la untung Ma memandangkan Ma ni amik komisyen jer..upah tlg jualkan.....

Hanis Choledocal Cyst

hai,,salam semua..apa khabar ya? saya sihat alhamdulillah..dah 2 tahun tak post ape2 kat blog... huhuhu...dah berhantu kalau rumah kosong kene tinggal lama2 macam ni..hihi well sibuk nye tak dapat nak update ape2 kat sini kan..maklumlah ahli keluarga bertambah lagi so sekarang anak saya 5 orang..huhu ramai ke? ramai.. ok la kot..ada lagi ramai dari saya..haha so last kita cerita pasal Hanis...Hanis dah nak masuk 3 tahun...lagi 3 hari birthday dia... baru2 ni bulan 7 Hanis sakit..lepas raya puasa haritu.. nak tahu ke ceritanye macam mana.... tak kisah la..kita nak cerita jugak.. balik raya puasa kat kampung hari tu dia ok je..sihat wal afiat... hanis yang kecik comey tu then beraya punye beraya tak hingat sampai beberapa pasang persalinan la kan , hari2 baju baru... nak balik KL lah beraya rumah mertua pula.. otw dari kampung ke KL, hanis sakit perut...ingatkan sakit perut biasa dia lah, macam masuk angin, muntah2...tapi tak ada cirit...so sy marah2 la kate makan...