Langkau ke kandungan utama

Kebaikan penyusuan ibu kepada ibu dan anak

salin dari majalah Shaklee...banyak info.. :D

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan seimbang membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mengandungi daya tahan yang di perlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa di hadapi oleh bayi baru lahir. Malah kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetangah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui anaknya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu di teruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan ibu.

Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu di ambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.

Multivitamin
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian.Kadar vitamin yang mencukuli membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi menyeluruh.

Protein
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka di sarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat sehari.

Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin c menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Kompleks
Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B, mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B Kompleks untuk memberika khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Kalsium
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan utnuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat manggalakkan perkembangan otak dan mata. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak didalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

Alfafa
Alfafa mengandungi banyak nutrienn penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, Kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfafa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu.


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Turun berat badan di bulan puasa

 Hari ini hari ke 17 ramadhan.  Saya nak kongsikan mengenai penurunan berat badan saya sepanjang bulan Ramadhan ini.  Sebelum ini berat saya 67kg. Paling berat saya pernah capai semasa tidak mengandung. Selalu berat saya naik banyak tu semasa saya mengandung sahaja.  Dengan tinggi saya 165cm, saya rasa tidak terlalu berisi. Tetapi saudara mara saya sudah mula menegur mengenai kenaikan berat badan saya🤭.  Sakit hati juga la kan bila orang mula cakap kita gemuk dah sekarang. Tetapi masa tu sebelum bulan puasa. Lebih kurang 3 bulan sebelum puasa. Saya pun mula lah "diet".  Berjaya juga turun,tapi dalam 3kg je salam tempoh 2 bulan. Sikit kan? Sebab saya diet macam biase je la. Tidak terlalu strict. Masih makan makanan biasa cuma kurangkan gula.  Dan bulan Ramadhan pun tiba.....2023 Saya cerita dulu berapa berat saya turun. Selepas 2 minggu berpuasa, saya dah capai 60kg. Baju dari L boleh muat M.  Excited kan?  Ok lah korang nak tahu tak ni apa s...

Penat nyer..

Penat tul jd suri rumah ni...tak habis2 keje...mane nak layan anak lg 2 org ni..Huda tido, Hannah bgn, Hannah tido, Huda lak bgn...mane yg buang air lg..pas kakak, adik plak, pastu kakak lg..Huda walaupon dia dah besar, dah pandai..tp same je nak kene lyn cam layan Hannah.. Hm...mmg mencabar...kalo di pikir kan, mmg la best kalo kerja..anak2 leh tinggal kat pengasuh..balik kul 6 br jumpe anak..mlm kul9 anak dah tido...jap je kan...x penat melayan seharian..hari2 plak.. Tp nak layan kerenah dorg ni...adei...kalo Ma ni bleh nak marah..tak tau la kalo org lain nak melayan..bukan anak dorg, nak marah pon tak rase bersalah kot.. Skrg lg la bertambah sibuk Ma..nak manage blog lg.. Tumpang laptop abah jer..Ma guna mase abah tinggal kan laptop dia jer.. Sekejap2 je la..tu yg sampai mlm2 pon dok ngadap blog lg...mase abah dah tido.. Alhamdulillah....skrg dah ramai yg visit blog ma...n order pon ade..Alhamdulillah...tak banyak la untung Ma memandangkan Ma ni amik komisyen jer..upah tlg jualkan.....

Hanis Choledocal Cyst

hai,,salam semua..apa khabar ya? saya sihat alhamdulillah..dah 2 tahun tak post ape2 kat blog... huhuhu...dah berhantu kalau rumah kosong kene tinggal lama2 macam ni..hihi well sibuk nye tak dapat nak update ape2 kat sini kan..maklumlah ahli keluarga bertambah lagi so sekarang anak saya 5 orang..huhu ramai ke? ramai.. ok la kot..ada lagi ramai dari saya..haha so last kita cerita pasal Hanis...Hanis dah nak masuk 3 tahun...lagi 3 hari birthday dia... baru2 ni bulan 7 Hanis sakit..lepas raya puasa haritu.. nak tahu ke ceritanye macam mana.... tak kisah la..kita nak cerita jugak.. balik raya puasa kat kampung hari tu dia ok je..sihat wal afiat... hanis yang kecik comey tu then beraya punye beraya tak hingat sampai beberapa pasang persalinan la kan , hari2 baju baru... nak balik KL lah beraya rumah mertua pula.. otw dari kampung ke KL, hanis sakit perut...ingatkan sakit perut biasa dia lah, macam masuk angin, muntah2...tapi tak ada cirit...so sy marah2 la kate makan...