Langkau ke kandungan utama

Hanis Choledocal Cyst

hai,,salam semua..apa khabar ya?
saya sihat alhamdulillah..dah 2 tahun tak post ape2 kat blog...
huhuhu...dah berhantu kalau rumah kosong kene tinggal lama2 macam ni..hihi

well sibuk nye tak dapat nak update ape2 kat sini kan..maklumlah ahli keluarga bertambah lagi

so sekarang anak saya 5 orang..huhu ramai ke? ramai..
ok la kot..ada lagi ramai dari saya..haha

so last kita cerita pasal Hanis...Hanis dah nak masuk 3 tahun...lagi 3 hari birthday dia...
baru2 ni bulan 7 Hanis sakit..lepas raya puasa haritu..

nak tahu ke ceritanye macam mana....
tak kisah la..kita nak cerita jugak..

balik raya puasa kat kampung hari tu dia ok je..sihat wal afiat...
hanis yang kecik comey tu

then beraya punye beraya tak hingat sampai beberapa pasang persalinan la kan , hari2 baju baru... nak balik KL lah beraya rumah mertua pula..

otw dari kampung ke KL, hanis sakit perut...ingatkan sakit perut biasa dia lah, macam masuk angin, muntah2...tapi tak ada cirit...so sy marah2 la kate makan tak jaga, makan benda bukan2 je...

bawak pergi klinik, dia bagi ubat angin je...then berlarutan 5 hari macam tu still sakit perut...malah nak tidur malam pun susah...dia nak gosok perut je..

so kita decide to bawak dia pergi hospital serdang. macam tu lah, sakit perut muntah tapi tak ada cirit.

doktor tekan2 perut, dia kata tak sakit..diam je..so doktor xray lah tgk abdomen dia, doktor kata semua ok, tak ada bengkak.so boleh balik je dapat ubat air masuk bontot suruh berak.

balik masih lagi sakit..kesian tengok dia pon dah kurus sebab makan je muntah. selalunye dia sakit macam ni kejap je..dalam 2 hari la..

tapi ni masih tak baik...so hari sabtu orang lain masih pergi open house, kitaorang decide nak pergi pantai hospital Ampang pula.

sampai sana doktor xray dan scan buat ultrasound.

doktor bagitahu saluran hempedu dia bengkak. dan mungkin ade pasir atau batu.

sakit dia di panggil Choledocal Csyt.


so, kene transfer ke Hospital lain yang ada pakar iaitu samada Hospital Kuala Lumpur, atau pantai hospital bangsar. kat situ je ada pakar yang boleh operate benda ni...

ok..esoknya pagi2, Hanis dan Abahnya naik ambulance ke HKL, luckily ade tempat untuk Hanis sebab seperti kita tahu, HKL sangat ramai patient kan...so beruntung la ade katil untuk dia...


Abah ngan Hanis naik ambulans, mama drive dengan Hafiy.. Anak-anak lain tinggal dengan mertua di pandan indah.. Untung ada mertua dekat, boleh tolong jagakan anak2..mertua ok je jaga anak, yg tak ok bila ade orang tak suka kita tinggal anak dekat mertua. ok tu kisah lain, kalau nak cerita bengkekkkk je hati ni bila org mengata kita masa kita susah, memang panjang la post kali ni.

ok sampai hospital, Hanis sakit lagi..tapi dah kurang muntah... tapi sakit dia memang tak boleh tidur..
jadi doktor bincang2..keputusannya memang kene operate..buang cyst tu...

bila nak operate, tak tahu..just tunggu ..

rasanya duduk kat wad kk4 tu 2 malam je..lepastu doktor datang bagitahu, esok Hanis boleh operate...

sedih wei masa tu...anak nak kene bedah.. doktor cerita la masatu macam mana, kesan, side efek dan lain2..

mama is tak kuat...macam2 berlegar kat kepala mama ni... kenapa anak aku kene sakit ni, kenapa dia lahir normal, aktif, tetiba kene macam ni...

ok..for info, pembedahan ni akan buang hempedu , salur, dan juga usus dia akan kene potong dan restructure balik..maknanya dah tak sama macam usus normal..lain tau..

doktor kata ade la kemungkinan2 tu...tapi nak buat macam mana wei, tak kasi operate, nnt dia sakit2 kan susah..kesian kan...

so kasi operate..dia masuk dewan bedah, abah yang hantar..
sedih bila anak senyum..pastu letak kat katil bedah dan terus longlai,,

sedih sangat masa ni...tak tergambar rasanya dengan kata2..air mata je mengalir..dejavu sangat bila teringat Huda dulu pon macam ni...

operation start kul12 sampai pukul 6ptg baru dia keluar...dengan wayar berselirat..
lagi sedih bila dia sedar dan dia cakap sakit....seperti terkejut dengan apa yang berlaku...dia tak paham kan, sbb dia budak...walaupun dah jelaskan doktor nak bedah..benda bedah pon dia tak paham..

bertabah la mama ulang alik dari pagi sampai malam untuk berada disisi Hanis..bagi kekuatan untuk Hanis cepat sembuh..walaupun mama sedih bila bacakan Yasin untuk ubat Hanis, tapi pada masa sama mama kene kuat untuk Hanis cepat2 sembuh...

2 hari pertama selepas pembedahan dia langsung tak nak gerak tau sampai badan dia melecet..ye la..sakit kan nak gerak... pastu hari ke2, Nurse yang buatkan dia gerak, angkat..walaupun dHanis menangis..tetap juga nurse keraskan hati tuk Hanis bergerak..

so lepas hari ke3, alhamdulillah, mama paksa jua hanis gerak.. angkat dia, dudukkan, pusingkan.. dia pon makin cepat baik, walaupun mula2 menangis sebab sakit..

dia operation hari Rabu.. puasa malam rabu tu sampai hari Jumaat... 3 hari lama wei puasa...
2 hari dia tak mintak apa2...masuk hari ke3, dia mintak macam2...
ni Hanis buat, sebab lapar, dia buat kentang, McD, air, burger...hihi

lepas tu petang Jumaat boleh makan dah... walaupun doktor benarkan makan apa2 je..bagi bagi je doktor kata, tapi usus tu luka wei..kene potong...kang makan bukan, bocor, satu hal plak kene bukak perut jahit balik...

so mam aamik jalan selamat...bagi bubur lembik kosong je...letak garam sikit..tapi sebab lapar punya pasal. Hanis makan je dengan berselera tau...mama nak bagi banyak pun takut ..bagi la sikit2 dengan air susu... dia punya suke tu..Suka sangat mama tengok..seronok anak dah mula aktif dan berselera balik...

alhamdulillah hari Ahad dah boleh balik...sekejap je kan?...
so balik la...kakak2 abang semua ponteng sekolah seminggu..

Isnin semua kembali macam biasa...dah seminggu kat rumah dan berehat, takut juga la kat rumah tu dia tengok kakak main kan, mama sangat takut dia jatuh tau..tapi semua ok je..budak ni, kalau dia tak sakit, paham2 je..aktif kan...


Alhamdulillah Hanis recover very well...gambar ni seminggu selepas keluar wad...main je lah...

8/8/2017 appoinment doktor..doktor tak scan ke ape pon..just tanya dia ok ke...tengok tempat luka dia ok..so boleh balik...itu je tunggu berejammm huhu...

so next appointment is in november...tengok pulak nanti macam mana..

ok choledocal cyst ni berlaku masa bayi dalam kandungan lagi tau...doktor kata bukan salah ibu mengandung...bukan salah pemakanan ibu ke..benda nak jadi kan...walaupun mama tetap rasa bersalah kat Hanis dan tercari2 apa punca...

ok..itu sahaja..

Ulasan

  1. Sis anak sy pun penghidap choledochal cyst.. Bru buat MRI. so scary nk tunggu hri pembedahan dia .. Besar ke diorg operate?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry. Sy baru baca komen. Harap anak sihat ya.. anak umor berapa

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dan keputihan

 Assalamualaikum Salam sejahtera semua.semoga semua berada dalam keadaan sihat sentiasa.  Saya nak kongsikan sedikit nota mengenai keputihan. Ramai yang message saya dan mempunyai keputihan.  Keputihan adalah normal. Semua wanita ada. Tapi keputihan mempunyai beberapa jenis dan tahap.  Keputihan adalah  cairan atau lendir serviks. Keputihan yang normal adalah tidak berbau.  Keputihan biasanya 4 jenis mengikut tahap kesuburan wanita. (Kitar 28hari) 1. Keputihan bertekstur kering sebelum haid 2. Keputihan bertekstur creamy selepas haid sebelum waktu subur 3. Keputihan putih telur hari ke 12-16  waktu subur 4. Seperti putih telur sedikit pekat. Waktu paling subur Keputihan tidak normal 5. Putih berketul seperti cottage cheese dan gatal mungkin ada jangkitan 6. Coklat dan ada darah - keluar selepas haid untuk mencuci darah haid. Jika terjadi selepas bersama, dan banyak mungkin menandakan keguguran. Jika terjadi pada yang sudah menopos, mungkin tanda kanser serviks. 7. Berwarna kuning dan k

Kesan PB

Premium Beautiful corset : rawatan alternatif kepada : Selulit Membentuk Body Curve yg cantik & semulajadi Fibroid Membakar lemak-lemak Jahat Rawatan utk breast lump & cancer Selain tu, Pemakaian PB jgk merupakan rawatan alternatif kepada: Trying to CONCEIVE CYST Loose Weight  Slip Disc a.k.a Sakit Tulang Belakang Period / Haid yg tidak teratur Migrain @ gastrik CONFINEMENT Prevent from CANCER Jadi, berbaloi jika spend duit tuk beli PREMIUM BEAUTIFUL CORSET . Luxury corset. BERKESAN dan LIFETIME WARRANTY. ingin dapatkan saiz anda? klik sini dan sms ke  019 3439341