Langkau ke kandungan utama

Kepentingan susu ibu


MANFAAT SUSU IBU UNTUK SEMUA 
PUJIAN harus diberikan kepada ibu yang memberikan susu badan kepada anak.  Walaupun
kesedaran mengenai kepentingan memberikan susu badan semakin meningkat,  ia masih
belum mencapai sasaran.
Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 1996 menunjukkan, kadar penyusuan badan
hanya sekitar 88.6 peratus dan masih banyak usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan
semua ibu di negara ini memberikan susu badan secara eksklusif selama enam bulan. 
Penghasilan susu akan bertambah dengan penurunan paras hormon progesteron,  iaitu
dalam  tempoh 30 hingga  40 jam  selepas bersalin.  Pada ketika ini, badan akan
merembeskan prolaktin dan  oksitosin  (hormon yang  menghasilkan  susu).  Hisapan
puting oleh bayi juga akan merangsang penghasilan susu. 
Paras prolaktin perlu tinggi untuk membolehkan susu dihasilkan.  Bagaimanapun, ada kalanya
pengeluaran susu terhenti jika penyusuan tidak  berlaku  secara sempurna dan susu yang 
terhasil tidak keluar dari payu dara, walaupun paras prolaktin tinggi. 
Biasanya bayi hanya menyusu tiga kali dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas kelahiran. 
Kekerapan ini akan meningkat pada hari kelima dan menurun kembali pada hari ketujuh atau
kelapan.  Namun ada cara untuk menggalakkan penyusuan ibu iaitu tidak memberikan puting 
tiruan kepada bayi.  Ia bukan saja tidak membantu, malah menyukarkan bayi untuk menyusu
susu ibunya. 

Seperkara yang menarik, bayi tidak akan mengalami masalah keracunan kerana susu ibu 
adalah makanan paling bersih dan steril, walaupun ibu menghidap penyakit.  Malah, ia boleh
diberi sekerap mungkin selama mana bayi memerlukannya. 
Beberapa faktor boleh merencatkan penghasilan susu badan iaitu apabila ibu berasa runsing,
takut, sakit,  malu dan bimbang. Malah,  tabiat merokok dan minum minuman keras perlu
dihindarkan sama sekali, baik ketika mengandung atau selepas bersalin. 
Memberi susu badan bukan saja mendatangkan manfaat kepada ibu  dan anak,  tetapi 
kesannya turut dirasai masyarakat.  Ibu harus faham, bayi anda berhak mendapat makanan
terbaik dan anak tidak sepatutnya diberikan makanan atau minuman selain susu ibu, kecuali
atas sebab tertentu.

Manfaat Kepada Bayi:
·  Susu ibu mengandungi protein, lemak dan asid lemak  omega 3  yang  mudah
hadam untuk membantu perkembangan mental.
·  Antibodi dalam  susu ibu melindungi bayi daripada jangkitan dan penyakit gangguan
usus, masalah pernafasan dan jangkitan telinga.
·  Susu ibu  mengurangkan risiko penyakit  kencing manis  dan  kanser  di kalangan
kanak­kanak.
·  Kanak­kanak yang diberikan susu badan terlindung daripada masalah alahan.
·  Susu badan mengurangkan risiko radang usus bagi bayi pramatang.
·  Susu badan juga mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan 
menguatkan rahang.
·  Memberikan susu badan mengelakkan sindrom kematian bayi secara mengejut.
·  Susu badan dikatakan mampu  merendahkan risiko  diserang  penyakit  jantung 
apabila dewasa kelak.
·  Anak yang diberikan susu badan kurang  mendapat masalah cirit­birit  dan ini akan
mengurangkan perbelanjaan perubatan.
·  Merapatkan hubungan di antara ibu dan anak.


Manfaat Kepada Ibu:
·  Melindungi ibu daripada kanser payu dara dan rahim.
·  Membantu mengurangkan  berat  badan  secara  semula jadi dan mengempiskan 
perut kerana hormon oksitosin  yang dihasilkan mempercepatkan pengecutan
rahim.
·  Proses di atas akan mengurangkan tempoh pengeluaran darah nifas.
·  Mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin.
·  Merendahkan risiko osteoporosis dan masalah jantung.
·  Menjimatkan belanja untuk membeli susu formula.
·  Pemberian susu badan antara cara merancang keluarga  dan dapat menjarakkan 
anak secara semula jadi.
·  Biasanya ibu yang  memberikan susu badan akan berasa lebih puas hati dapat 
menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu.

Manfaat Kepada Masyarakat:
·  Pasangan yang  baru mendapat anak  masih boleh  meluangkan masa untuk  bersama
keluarga dan masyarakat.
·  Mengurangkan kos rawatan, perubatan dan ujian makmal.
·  Menjimatkan sumber  alam sekitar kerana penggunaan tenaga dan pencemaran
dikurangkan.
·  Apabila anak  sihat,  ibu dan bapa boleh  menumpukan perhatian kepada kerja dan
menjadi lebih produktif. - 
sumber - credit
posisi penyusuan 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hanis Choledocal Cyst

hai,,salam semua..apa khabar ya? saya sihat alhamdulillah..dah 2 tahun tak post ape2 kat blog... huhuhu...dah berhantu kalau rumah kosong kene tinggal lama2 macam ni..hihi well sibuk nye tak dapat nak update ape2 kat sini kan..maklumlah ahli keluarga bertambah lagi so sekarang anak saya 5 orang..huhu ramai ke? ramai.. ok la kot..ada lagi ramai dari saya..haha so last kita cerita pasal Hanis...Hanis dah nak masuk 3 tahun...lagi 3 hari birthday dia... baru2 ni bulan 7 Hanis sakit..lepas raya puasa haritu.. nak tahu ke ceritanye macam mana.... tak kisah la..kita nak cerita jugak.. balik raya puasa kat kampung hari tu dia ok je..sihat wal afiat... hanis yang kecik comey tu then beraya punye beraya tak hingat sampai beberapa pasang persalinan la kan , hari2 baju baru... nak balik KL lah beraya rumah mertua pula.. otw dari kampung ke KL, hanis sakit perut...ingatkan sakit perut biasa dia lah, macam masuk angin, muntah2...tapi tak ada cirit...so sy marah2 la kate makan...

Turun berat badan di bulan puasa

 Hari ini hari ke 17 ramadhan.  Saya nak kongsikan mengenai penurunan berat badan saya sepanjang bulan Ramadhan ini.  Sebelum ini berat saya 67kg. Paling berat saya pernah capai semasa tidak mengandung. Selalu berat saya naik banyak tu semasa saya mengandung sahaja.  Dengan tinggi saya 165cm, saya rasa tidak terlalu berisi. Tetapi saudara mara saya sudah mula menegur mengenai kenaikan berat badan saya🤭.  Sakit hati juga la kan bila orang mula cakap kita gemuk dah sekarang. Tetapi masa tu sebelum bulan puasa. Lebih kurang 3 bulan sebelum puasa. Saya pun mula lah "diet".  Berjaya juga turun,tapi dalam 3kg je salam tempoh 2 bulan. Sikit kan? Sebab saya diet macam biase je la. Tidak terlalu strict. Masih makan makanan biasa cuma kurangkan gula.  Dan bulan Ramadhan pun tiba.....2023 Saya cerita dulu berapa berat saya turun. Selepas 2 minggu berpuasa, saya dah capai 60kg. Baju dari L boleh muat M.  Excited kan?  Ok lah korang nak tahu tak ni apa s...

Wanita dan keputihan

 Assalamualaikum Salam sejahtera semua.semoga semua berada dalam keadaan sihat sentiasa.  Saya nak kongsikan sedikit nota mengenai keputihan. Ramai yang message saya dan mempunyai keputihan.  Keputihan adalah normal. Semua wanita ada. Tapi keputihan mempunyai beberapa jenis dan tahap.  Keputihan adalah  cairan atau lendir serviks. Keputihan yang normal adalah tidak berbau.  Keputihan biasanya 4 jenis mengikut tahap kesuburan wanita. (Kitar 28hari) 1. Keputihan bertekstur kering sebelum haid 2. Keputihan bertekstur creamy selepas haid sebelum waktu subur 3. Keputihan putih telur hari ke 12-16  waktu subur 4. Seperti putih telur sedikit pekat. Waktu paling subur Keputihan tidak normal 5. Putih berketul seperti cottage cheese dan gatal mungkin ada jangkitan 6. Coklat dan ada darah - keluar selepas haid untuk mencuci darah haid. Jika terjadi selepas bersama, dan banyak mungkin menandakan keguguran. Jika terjadi pada yang sudah menopos, mungkin tanda kanser...