2 hari ni saya pergi rumah mertua saya..
Suami outstation, malas nak berbuka puasa sorang-sorang kat rumah...
Duduk rumah mertua 2 hari ni, bila Hadi asyik tunjuk dada sbb dia mintak nak menyusu, mak mertua kate, ade susu ke puasa-puasa ni..
Tak de niat lain, mungkin saja nak gurau-gurau ngn Hadi cakap mama dia tak de susu..
Sedangkan susu saya bengkak je 2 hari duduk rumah mertua...mungkin sebab banyak makan sayur masa kat sana + makan supplement SHaklee..macam biasa la..
Lepas tu, datang pula biras..ada seseorang telah bersalin..baru 30 hari dah naik motor..berani nye dia...
Bukan nak cite pasal tu...cerita nya payudara dia besar, tapi dah tak ada susu...sayangnya...kata biras saya..
Nenek saya pula masa balik kampung, ceritanya sepupu saya susu banyak dan payudara dia memang besar..dan nenek saya kata payudara saya pula kecik...ada juga susu...
Jadi dalam hati saya fikir, apa yang mempengaruhi banyak atau tidak pengeluaran susu bergantung pada apa?saiz payudara kah?...
Sebenarnya saiz langsung tidak mempengaruhi jumlah susu yang di hasilkan.
Jangan la setkan minda kita ibu-ibu especially ibu 1st time ni dengan perkara yang macam ni...
susu ibu di hasilkan bila ada demand...bila kita rajin bagi anak hisap susu badan kita, terus minda kita akan tau ade demand susu, jadi badan akan menghasilkan susu.
Jangan cepat putus asa..anak akan menangis seperti tidak puas menyusu bila kita dah campurkan susu badan dan susu botol sebab susu botol tu laju. Anak kita akan suka, sebab puas. Tapi bila kita tak biasakan susu botol, anak kita akan biasa dengan halaju susu yang keluar dari payudara kita. dan dia akan kenyang seperti susu botol juga.
Bila kita cepat putus asa dan bagi susu botol sebab anak dah menangis, maknanya tidak memberi susu badan, minda kita akan set tiada demand, jadi susu tidak perlu di hasilkan...sebab tu susu akan kering.
Nak bagi susu badan atau tidak itu hak ibu-mungkin ada masalah tertentu yang menghalang ibu untuk memberi susu badan kepada bayi. Bayi anda pula berhak untuk dapat yang paling baik iaitu susu ibu untuk sekurang-kurangnya 6 bulan yang pertama dalam hidupnya.
Yang penting, ibu perlu jaga kesihatan, makan sayur, minum air yang banyak untuk persiapan badan untuk menghasilkan susu badan.
Dan pengambilan supplement dapat membantu menghasilkan susu yang lebih nutrisi dan ibu juga mendapat khasiat juga untuk memastikan ibu kekal sihat, cergas dan happy..
Hubungi saya jika ibu-ibu mahu set yang bersesuaian.
Inform saya jika ada masalah-masalah yang dialami semasa menyusukan bayi, untuk mendapat vitamin yang paling sesuai dengan ibu-ibu.
Dan juga budget anda.
email saya aeidahamrun@yahoo.com
sms 019 3439341
Ulasan
Catat Ulasan