Langkau ke kandungan utama

Selamat Pengantin baru

Alhamdulillah...
pada 6 sept 2012...khamis malam jumaat....selamat la abang ku satu satunya melangsungkan perkahwinannya dengan Rahimah...
Selamat pengantin baru yer....

sedikit gambar kenang kenangan dari majlis perkahwinan abang ku Nasrul Adham ni...jom saksikan..


Perhitungan dengan Imam
Ni pada khamis malam jumaat 6.9.12

Selamat...halal dah..

Berarak mendung kelabu...memang hari tu nak hujan..nasib baik lepas selesai majlis semua baru hujan kat rumah pengantin perempuan...dapatlah kami balik dengan kering...
Ni ramai-ramai ni orang kampung, sedara mara..mak cik pakcik sepupu sepapat..semua ada..
Adat orang Kelantan pula kalau dah datang bertandang, nak kene kutip duit, bagi pada mak pengantin...
"ngele" kate orang Kelantan..
Ratus juga la dapat..lepas kutip-kutip tu..
7.9.12

Berfoto dengan adik beradik..
dalam pada PAK ANDAM dok sibuk suruh pengantin masuk bilik tukar baju, kami di lupakan...sampai-sampai mak pengantin lelaki pon lupa nak jemput naik bergambar...sabar jer lah...
Nasib lah ade yang ingatkan...kalau tak, tak de dalam frame la kami..huhu

Dan pukul 4 petang baru pengantin nak makan...
apa lagi...ha...santap...ni letak gamba sopan je ni...gamba lain-lain sume mulut pengantin kembung...hehe..sedap makan...
Tapi kata orang, pengantin ni tak makan pun tak apa...sudah kenyang...terrrrrr ...

yang ni dari belah pengantin perempuan...telur junjung dia letak dengan pulut yang di ikat-ikat seperti buah asam gelugur..unik..

ha...kebetulan 7.9.12 ni birthday Al Aryan...anak adik...
Jadi kita amik je kek pak lok ni potong...
Happy Birthday Aryan...
be a good boy k..

8.9.12
ni masa majlis sambut menantu...atau orang KL panggil bertandang...
tebang sepokok kelapa tepi rumah tu...dapat la ambil umbuk kelapa..
ada orang bandar tak tahu ni...
umbuk kelapa tu bahagian tengah-tengah antara daun dan batang pokok kelapa..
hmm...masuk dalam gulai daging tu...sedap..
tapi kata orang, bleh jadi angin juga makan ni..

umbuk pon dah selamat masuk dalam kawah...
kacau jangan tak kacau...

ni la orang kuat majlis ni..tanpa ma dan ayah, memang takkan ada majlis ni punya....
kalau ade pon, lambat sikit lah..
kesian ayah, demam dia belum kebah-kebah lagi..
semoga ayah cepat sihat yer...
ma pun penat juga..wedding planner ni..
dari awal majlis sampai lah kepada basuh periuk belanga lepas majlis...semua ma buat...

pengantin pun sampai lah...


sedikit pantun untuk pengantin...nak jual ni..



Pengantin segak berbaju biru,
Atas pelamin asyik berangan,
Ku ucap SELAMAT PENGANTIN BARU,
Semoga bahagia kedua pasangan, 

Kedua mempelai nampak berseri,
Sedondon pakaian si merah hati,
Kini kau sudah bergelar isteri,
Tugas yang berat sedang menanti,

Jemputlah tuan jamah makanan,
Silalah duduk janganlah malu,
Pada sang isteri ku tinggal pesanan,
Sayangilah suami taati selalu,

dan jangan lupa, kita bukan berkahwin dengan pasangan kita sorang je, tapi dengan seluruh ahli keluarga dia.
jadi, macam mana kita hormati ibu dan ayah kita, macam tu juga kita kena hormati ibu dan ayah mertua kita..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hanis Choledocal Cyst

hai,,salam semua..apa khabar ya? saya sihat alhamdulillah..dah 2 tahun tak post ape2 kat blog... huhuhu...dah berhantu kalau rumah kosong kene tinggal lama2 macam ni..hihi well sibuk nye tak dapat nak update ape2 kat sini kan..maklumlah ahli keluarga bertambah lagi so sekarang anak saya 5 orang..huhu ramai ke? ramai.. ok la kot..ada lagi ramai dari saya..haha so last kita cerita pasal Hanis...Hanis dah nak masuk 3 tahun...lagi 3 hari birthday dia... baru2 ni bulan 7 Hanis sakit..lepas raya puasa haritu.. nak tahu ke ceritanye macam mana.... tak kisah la..kita nak cerita jugak.. balik raya puasa kat kampung hari tu dia ok je..sihat wal afiat... hanis yang kecik comey tu then beraya punye beraya tak hingat sampai beberapa pasang persalinan la kan , hari2 baju baru... nak balik KL lah beraya rumah mertua pula.. otw dari kampung ke KL, hanis sakit perut...ingatkan sakit perut biasa dia lah, macam masuk angin, muntah2...tapi tak ada cirit...so sy marah2 la kate makan...

Turun berat badan di bulan puasa

 Hari ini hari ke 17 ramadhan.  Saya nak kongsikan mengenai penurunan berat badan saya sepanjang bulan Ramadhan ini.  Sebelum ini berat saya 67kg. Paling berat saya pernah capai semasa tidak mengandung. Selalu berat saya naik banyak tu semasa saya mengandung sahaja.  Dengan tinggi saya 165cm, saya rasa tidak terlalu berisi. Tetapi saudara mara saya sudah mula menegur mengenai kenaikan berat badan saya🤭.  Sakit hati juga la kan bila orang mula cakap kita gemuk dah sekarang. Tetapi masa tu sebelum bulan puasa. Lebih kurang 3 bulan sebelum puasa. Saya pun mula lah "diet".  Berjaya juga turun,tapi dalam 3kg je salam tempoh 2 bulan. Sikit kan? Sebab saya diet macam biase je la. Tidak terlalu strict. Masih makan makanan biasa cuma kurangkan gula.  Dan bulan Ramadhan pun tiba.....2023 Saya cerita dulu berapa berat saya turun. Selepas 2 minggu berpuasa, saya dah capai 60kg. Baju dari L boleh muat M.  Excited kan?  Ok lah korang nak tahu tak ni apa s...

Wanita dan keputihan

 Assalamualaikum Salam sejahtera semua.semoga semua berada dalam keadaan sihat sentiasa.  Saya nak kongsikan sedikit nota mengenai keputihan. Ramai yang message saya dan mempunyai keputihan.  Keputihan adalah normal. Semua wanita ada. Tapi keputihan mempunyai beberapa jenis dan tahap.  Keputihan adalah  cairan atau lendir serviks. Keputihan yang normal adalah tidak berbau.  Keputihan biasanya 4 jenis mengikut tahap kesuburan wanita. (Kitar 28hari) 1. Keputihan bertekstur kering sebelum haid 2. Keputihan bertekstur creamy selepas haid sebelum waktu subur 3. Keputihan putih telur hari ke 12-16  waktu subur 4. Seperti putih telur sedikit pekat. Waktu paling subur Keputihan tidak normal 5. Putih berketul seperti cottage cheese dan gatal mungkin ada jangkitan 6. Coklat dan ada darah - keluar selepas haid untuk mencuci darah haid. Jika terjadi selepas bersama, dan banyak mungkin menandakan keguguran. Jika terjadi pada yang sudah menopos, mungkin tanda kanser...