Langkau ke kandungan utama

Tips menjayakan penyusuan

TIP MENJAYAKAN PENYUSUAN ANDA......

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. 
Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.


2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.


3. Minum banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.


4. Fikir Bayi Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...


5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.


6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.


7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh...

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin Istiqamah is not easy, but I will do my best InsyaAllah.



9. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.




credit KIM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hanis Choledocal Cyst

hai,,salam semua..apa khabar ya? saya sihat alhamdulillah..dah 2 tahun tak post ape2 kat blog... huhuhu...dah berhantu kalau rumah kosong kene tinggal lama2 macam ni..hihi well sibuk nye tak dapat nak update ape2 kat sini kan..maklumlah ahli keluarga bertambah lagi so sekarang anak saya 5 orang..huhu ramai ke? ramai.. ok la kot..ada lagi ramai dari saya..haha so last kita cerita pasal Hanis...Hanis dah nak masuk 3 tahun...lagi 3 hari birthday dia... baru2 ni bulan 7 Hanis sakit..lepas raya puasa haritu.. nak tahu ke ceritanye macam mana.... tak kisah la..kita nak cerita jugak.. balik raya puasa kat kampung hari tu dia ok je..sihat wal afiat... hanis yang kecik comey tu then beraya punye beraya tak hingat sampai beberapa pasang persalinan la kan , hari2 baju baru... nak balik KL lah beraya rumah mertua pula.. otw dari kampung ke KL, hanis sakit perut...ingatkan sakit perut biasa dia lah, macam masuk angin, muntah2...tapi tak ada cirit...so sy marah2 la kate makan...

Turun berat badan di bulan puasa

 Hari ini hari ke 17 ramadhan.  Saya nak kongsikan mengenai penurunan berat badan saya sepanjang bulan Ramadhan ini.  Sebelum ini berat saya 67kg. Paling berat saya pernah capai semasa tidak mengandung. Selalu berat saya naik banyak tu semasa saya mengandung sahaja.  Dengan tinggi saya 165cm, saya rasa tidak terlalu berisi. Tetapi saudara mara saya sudah mula menegur mengenai kenaikan berat badan saya🤭.  Sakit hati juga la kan bila orang mula cakap kita gemuk dah sekarang. Tetapi masa tu sebelum bulan puasa. Lebih kurang 3 bulan sebelum puasa. Saya pun mula lah "diet".  Berjaya juga turun,tapi dalam 3kg je salam tempoh 2 bulan. Sikit kan? Sebab saya diet macam biase je la. Tidak terlalu strict. Masih makan makanan biasa cuma kurangkan gula.  Dan bulan Ramadhan pun tiba.....2023 Saya cerita dulu berapa berat saya turun. Selepas 2 minggu berpuasa, saya dah capai 60kg. Baju dari L boleh muat M.  Excited kan?  Ok lah korang nak tahu tak ni apa s...

A deaf frog

Dah nak masuk bukan 12....dan tak lame je lagi dah tahun baru~~~~ Semua nak pasang azam baru sempena tahun baru kan?... dan yang pasti azam2 itu ialah untuk kebaikan diri dan keluarga dan juga orang2 di sekeliling.... oh, sy pon sangat2 tak sabar... saya nak berubah ke arah yang lebih baik...bukan untuk diri saya sahaja juga... di petik dari website hanis haizi Once upon a time there was a bunch of tiny frogs who arranged a running competition. The goal was to reach the top of a very high tower. A big crowd had gathered around the tower to see the race and cheer on the contestants. The race began... Honestly, No one in crowd really believed that the tiny frogs would reach the top of the tower. crowd yelled statements such as: "Oh, WAY too difficult!!!" "They will NEVER make it to the top." "Not a chance that they will succeed. The tower is too high!" The tiny frogs began collapsing. One by one. Except for thos...