Langkau ke kandungan utama

Percutian ke Cameron



Alhamdulillah..dah tambah lagi 1 tahun..makin meningkat umur, harap semakin berjaya, semakin matang, bijak, muda.. :P

Hadiah sempena harijadi tahun ni, encik suami bawa jalan-jalan ke Cameron Highland..
Best juga tempat ni. Stay di Brinchang, Jasmine Hotel. Harga ok la, berpatutan la kot..RM148 tuk family deluxe.. 2 queen size bed..

Lama dah tak pegi cameron ni. masa form 5 dulu..ikut romongan sekolah..memang dah banyak berubah..tak ingat pun dulu stay kat mana..

ok lah, jom kita tengok gambar..

sesampai je kat cameron tu, lom masa check in lagi, so kita jalan ke Big Red Strawberry..
kat sini kita makan-makan skit, ada aiskrim, yogurt, kek, salad...ni yang saya makan lah..ada macam-macam lagi...to be honest, strawberry dia masam..huhu...tapi ak tahu lah, masa tak sesuai ke..
salad memang best, kek pon best..

kemudian, check in, rehat-rehat badan jap..baring-baring..makan roti krim, keluar jalan-jalan lagi..


next stop kita buterfluy park..kat sini ada beberapa taman rama-rama sebenarnya..sebelah menyebelah..addmittion fee dewasa rm5, kanak-kanak rm3 ke rm4, lupa..huhu
banyak juga buttterfly..boleh la kan..ada binatang seperti kumbang, ular, chipmunk..
budak-budak ni suka dapat tengok binatang, Hadi plak geli geleman..hehe..

kemudian, Boh sungai palas..
boleh tahan juga nak panjat naik atas kat tempat minum tu...sebenarnya boleh naik atas dengan kereta, tapi signbord kata tak boleh, jadi kami tak naik, tengah kami penat-penat mendaki, ada je kereta naik atas..huhu..tak ape lah..kami menikmati je pemandangan tu..huhu..
dah naik atas ada kedai minum, teh pelbagai perisa, dan kuih-kuih macam pai, puff macam-macam perisa..
pukul5 petang dia tutup, jadi jangan datang lambat.

 dah habis minum, anak-anak pun dah mengantuk penat panjat bukit, kita balik, otw balik dari boh tea centre sungai palas ke hotel kami, singgah pasar malam brinchang...
kat pasar malam tak ada picture.
ada banyak jual cenderahati, magnet, baju, topi, baju sejuk, madu, strawberry pun banyak, dorang jual rm10 3 bekas..tapi kami tak beli..beli awal-awal pun nanti sok masam dulu dalam kereta. tapi tu harga agak mahal tau..
kami beli nasi lauk ayam..sume dah sejuk, terdedah je kan..lepas tu beli jagung bakar yang orang dok rekemen sangat tu..den dapat yang tuo..huhu..tak best langsung..tak patut...beli sayur celup goreng..berminyak sakan..muak nak makan..sudahnya tak habis..huhu..tak banyak makanan sangat lah..

balik hotel, makan, mandi, tidur...esok bangun pagi-pagi, check out terus, dah ke kea farm..
beli buah, sayur, bunga..datang pagi bagus..barang fresh lagi...ni strawberry lom pack lagi..dapat 4 packet rm10...siap mintak try dulu..hehe..manis..
beli buah jambu epal..beli coklat..tapi cklat tak sedap...baik jangan beli..kene hang hapak memang buang je.membazir..


kami di Rose Centre lepas shopping..
addmittion kat sini pon dewasa RM5, kanak-kanak rm3..
alang-alang dah sampai Cameron, rugi plak tak masuk kan, jadi masuk je lah..
dapat tengok bunga ros punya lah banyak kembang besar-besar..
\


then, nak balik tu, ada banyak lagi tempat macam SCorner, jual strawberry, tapi malas dah nak singgah terus je jalan sampai Cactus Point, ramai juga stop sini sebab beli kaktus, beli bunga...
saya beli bonzai..nak beli bunga takut mati plak..
cactus pun malas nak jaga..huhu..
turun nak balik, lalu Tanah Rata, singgah taman Agro Al mashoor, memang sedap aiskrim homemade dia...beli jgak strawberry celup coklat...masam..huhu..makan-makan dalam kereta, anak-anak dah tidur, jadi dorang tak turun..beli madu, jem, ok la..
jalan lagi lalu Cameron Valley, tapi malas nak singgah, sebab anak-anak tidur, ramai orang, jadi terus je balik..
tak menyesal..huhu
peningnya naik turun Cameron, mungkin dalam masa 10 tahun lagi baru pegi balik...hahaha..tunggu anak besar pula..
otw balik lajak terus ke seremban pula..haha..makan-makan umah abang ipar nak pergi kenduri..Alhamdulillah..kenyang..balik rumah sampai pukul9..
penat, tapi best...
terima kasih en suami sponser percutian..otw balik tu dah tanya nak pegi mana lagi.. :)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hanis Choledocal Cyst

hai,,salam semua..apa khabar ya? saya sihat alhamdulillah..dah 2 tahun tak post ape2 kat blog... huhuhu...dah berhantu kalau rumah kosong kene tinggal lama2 macam ni..hihi well sibuk nye tak dapat nak update ape2 kat sini kan..maklumlah ahli keluarga bertambah lagi so sekarang anak saya 5 orang..huhu ramai ke? ramai.. ok la kot..ada lagi ramai dari saya..haha so last kita cerita pasal Hanis...Hanis dah nak masuk 3 tahun...lagi 3 hari birthday dia... baru2 ni bulan 7 Hanis sakit..lepas raya puasa haritu.. nak tahu ke ceritanye macam mana.... tak kisah la..kita nak cerita jugak.. balik raya puasa kat kampung hari tu dia ok je..sihat wal afiat... hanis yang kecik comey tu then beraya punye beraya tak hingat sampai beberapa pasang persalinan la kan , hari2 baju baru... nak balik KL lah beraya rumah mertua pula.. otw dari kampung ke KL, hanis sakit perut...ingatkan sakit perut biasa dia lah, macam masuk angin, muntah2...tapi tak ada cirit...so sy marah2 la kate makan...

Turun berat badan di bulan puasa

 Hari ini hari ke 17 ramadhan.  Saya nak kongsikan mengenai penurunan berat badan saya sepanjang bulan Ramadhan ini.  Sebelum ini berat saya 67kg. Paling berat saya pernah capai semasa tidak mengandung. Selalu berat saya naik banyak tu semasa saya mengandung sahaja.  Dengan tinggi saya 165cm, saya rasa tidak terlalu berisi. Tetapi saudara mara saya sudah mula menegur mengenai kenaikan berat badan saya🤭.  Sakit hati juga la kan bila orang mula cakap kita gemuk dah sekarang. Tetapi masa tu sebelum bulan puasa. Lebih kurang 3 bulan sebelum puasa. Saya pun mula lah "diet".  Berjaya juga turun,tapi dalam 3kg je salam tempoh 2 bulan. Sikit kan? Sebab saya diet macam biase je la. Tidak terlalu strict. Masih makan makanan biasa cuma kurangkan gula.  Dan bulan Ramadhan pun tiba.....2023 Saya cerita dulu berapa berat saya turun. Selepas 2 minggu berpuasa, saya dah capai 60kg. Baju dari L boleh muat M.  Excited kan?  Ok lah korang nak tahu tak ni apa s...

Wanita dan keputihan

 Assalamualaikum Salam sejahtera semua.semoga semua berada dalam keadaan sihat sentiasa.  Saya nak kongsikan sedikit nota mengenai keputihan. Ramai yang message saya dan mempunyai keputihan.  Keputihan adalah normal. Semua wanita ada. Tapi keputihan mempunyai beberapa jenis dan tahap.  Keputihan adalah  cairan atau lendir serviks. Keputihan yang normal adalah tidak berbau.  Keputihan biasanya 4 jenis mengikut tahap kesuburan wanita. (Kitar 28hari) 1. Keputihan bertekstur kering sebelum haid 2. Keputihan bertekstur creamy selepas haid sebelum waktu subur 3. Keputihan putih telur hari ke 12-16  waktu subur 4. Seperti putih telur sedikit pekat. Waktu paling subur Keputihan tidak normal 5. Putih berketul seperti cottage cheese dan gatal mungkin ada jangkitan 6. Coklat dan ada darah - keluar selepas haid untuk mencuci darah haid. Jika terjadi selepas bersama, dan banyak mungkin menandakan keguguran. Jika terjadi pada yang sudah menopos, mungkin tanda kanser...