Pagi tadi tengah drive biasa la dengar radio kan...nasional fm..jgn tanye kenapa nasional fm :)
Topik dia dilema. Ada orang dilema nak paai baju apa hari-hari nak pergi kerja. Ada orang dilema nak kerja atau nak jadi suri rumah jaga anak. Ada orang dilema kucing banyak.. Macam- macam dilema orang.
Tapi ada satu wanita ni dilema bercinta dengan suami orang?????
Ni memang bikin panas. Dia taknak di madukan. Paham la kononnya hati wanita.
Lepas tu boleh pula dia kata kat isteri pakwe dia tu kalau tak pandai jaga suami, lepaskan la suami???
Isk isk isk.
Suami dia cerita dekat makwe dia ni isteri dia semua tak kena la. Tak layan suami bla bla bla....
Ermmm kalau dah suami boleh burukkan isteri dia depan orang lain, bukan kerja isteri tuk lepaskan suami.
Suami dan isteri di luar sana termasuk saya. Saya nak ingatkan, jangan la burukkan pasangan kita kepada orang lain. Apatah lagi bercerita kepada jantina lain. Lelaki cerita kat perempuan, perempuan cerita pada lelaki... Apa motif? Menagih simpati? Nak belaian kasih sayang dari orang lain? Perbuatan tu membuka peluang orang luar tuk jadi orang ketiga. Dan langsung tak menyelesaikan masalah antara suami isteri.
Sebaiknya jika ada masalah dengan pasangan, selesaikan dengan berbincang dengan pasangan. Bukan dengan orang luar. Bukan lari, bukan mendiamkan diri, bukan buat tak tahu.
Bersyukurla dengan pasangan yang sudi berkahwin dengan kita. Lepas berkahwin patutnya makin sayang. Ni masa bercinta bukan main tak ingat dunia. Lepas kawin, tak ada apa yang baik.
Asalkan pasangan taat agama, taat suami, bertanggung jawab, itu yang terbaik. Suami didiklah isteri anda kearah kebaikan. Saya yakin isteri sangat menghargai jika suami ajak solat berjemaah bersama. Contohilah junjungan kita Nabi Muhammad saw.
Berkahwin dan bercinta kerana Allah.
Semoga kita sentiasa berada dibawah rahmat Allah dan sentiasa bahagia denan pasangan kita. Semoga Allah memberkati masjid yang kita bina dengan rahmat dan kasih sayang. Amin.
Ulasan
Catat Ulasan