Kebelakangan ni kita banyak didedahkan dengan cerita yang macam-macam la.. Cikgu rakam video budak miskin dan jadi bahan lawak. Anak kebuluran, mak cukup makan. Yang terbaru kes awek dengan kunci stereng kereta marah uncle. Sekejap je jadi viral benda ni semua dan sangat memalukan bagi pihak yang terlibat. Habis semua info peribadi dan cerita lama semua keluar. Ya...ini dugaan untuk dia kerana aibnya dijadikan tatapan umum. Tapi sedar tak, bahawa ni juga ujian untuk kita. Samada kita nak kongsikan aib dia pada orang lain, samada kita nak mengata dia, mengumpat pasal dia?... Saya pon tonton video-video tu semua tapi tidak share kan video tu di wall saya. Cukup sekadar saya melihatnya. Kalau suatu ketika, dek kerana emosi tidak terkawal, perbuatan saya di rakam, saya tidak sanggup ia menjadi viral. Habis semua di kongsikan ke umum. Jom la kita muhasabah diri kita. Guna facebook untuk kongsikan yang positif. Ambil ikhtibar dari kejadian yang menimpa mangsa dan usahlah kita pula ...