Langkau ke kandungan utama

Kronologi kelahiran ainul hanis

Welcoming baby baru Ainul Hanis...
Anak mama dan abah yang ke empat..

18.8.14- pukul2.58 pm...mama menyerahkan diri mama untuk admit ke wad di hospital raja perempuan zainab II di Kota Bharu.

Kenapa kene admit?..sebab GDM, tak boleh lebih tarikh...baby due 19.8.14.
Baby macam seronok je dalam perut kan..sama macam kakak dan abang juga..

Susah nak tidur bila dalam wad ni..macam-macam la perasaan kan..

19.8.14- pukul 630 pagi..induce prostine..
Pukul 8 pagi contraction dah boleh rasa dah...tapi mild aje..
Pukul 9 pagi makin kerap. Pukul930 dah suruh doktor cek jalan sebab selalu pengalaman anak yang lepas bersalin memang cepat.
Jalan baru buka 3-4cm.
Tetapi lepas cek jalan tu, sakit nye makin kuat...
Labour room pula penuh..tunggu dulu...
Mujur dalam pukul10 nurse kata boleh pergi labour room.ada kosong 2..
So nurse pon proses borang sume..lama juga tu...sebelum boleh tolak ke labour room .
Masa tu contraction memang huhu...tak boleh nak cakap dah...
Dekat pukul 11, masuk labour room. Sakit yang amat. Nurse kene cek jantung baby dulu. Slow sangat rasa berjalan.
Sebab dah tak boleh tahan sakit nye...mama dah start teran sikit-sikit. Sakit pon kurang sikit la bila teran.
Suami pun belum sampai lagi.
Doktor kata nak pecahkan air ketuban...
Takut rasanya nak kangkang... Bila contraction lagi, aku teran...
Bersembur air ketuban..huhu...rasa dah kepala baby.
Suami pun masuk dah masa tu. Tangan dia punya la sejuk.
Masa tu boleh cakap sakit sayang je...
Contraction lagi, baby pon selamat dilahirkan...pukul 11.13pg
Alhamdulillah....
Semua selamat..
Staff HRPZ semua baik dan bagus.
Terima kasih semua. Nama doktor yang sambut baby pun tak sempat aku nak tengok.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hanis Choledocal Cyst

hai,,salam semua..apa khabar ya? saya sihat alhamdulillah..dah 2 tahun tak post ape2 kat blog... huhuhu...dah berhantu kalau rumah kosong kene tinggal lama2 macam ni..hihi well sibuk nye tak dapat nak update ape2 kat sini kan..maklumlah ahli keluarga bertambah lagi so sekarang anak saya 5 orang..huhu ramai ke? ramai.. ok la kot..ada lagi ramai dari saya..haha so last kita cerita pasal Hanis...Hanis dah nak masuk 3 tahun...lagi 3 hari birthday dia... baru2 ni bulan 7 Hanis sakit..lepas raya puasa haritu.. nak tahu ke ceritanye macam mana.... tak kisah la..kita nak cerita jugak.. balik raya puasa kat kampung hari tu dia ok je..sihat wal afiat... hanis yang kecik comey tu then beraya punye beraya tak hingat sampai beberapa pasang persalinan la kan , hari2 baju baru... nak balik KL lah beraya rumah mertua pula.. otw dari kampung ke KL, hanis sakit perut...ingatkan sakit perut biasa dia lah, macam masuk angin, muntah2...tapi tak ada cirit...so sy marah2 la kate makan...

Turun berat badan di bulan puasa

 Hari ini hari ke 17 ramadhan.  Saya nak kongsikan mengenai penurunan berat badan saya sepanjang bulan Ramadhan ini.  Sebelum ini berat saya 67kg. Paling berat saya pernah capai semasa tidak mengandung. Selalu berat saya naik banyak tu semasa saya mengandung sahaja.  Dengan tinggi saya 165cm, saya rasa tidak terlalu berisi. Tetapi saudara mara saya sudah mula menegur mengenai kenaikan berat badan saya🤭.  Sakit hati juga la kan bila orang mula cakap kita gemuk dah sekarang. Tetapi masa tu sebelum bulan puasa. Lebih kurang 3 bulan sebelum puasa. Saya pun mula lah "diet".  Berjaya juga turun,tapi dalam 3kg je salam tempoh 2 bulan. Sikit kan? Sebab saya diet macam biase je la. Tidak terlalu strict. Masih makan makanan biasa cuma kurangkan gula.  Dan bulan Ramadhan pun tiba.....2023 Saya cerita dulu berapa berat saya turun. Selepas 2 minggu berpuasa, saya dah capai 60kg. Baju dari L boleh muat M.  Excited kan?  Ok lah korang nak tahu tak ni apa s...

Wanita dan keputihan

 Assalamualaikum Salam sejahtera semua.semoga semua berada dalam keadaan sihat sentiasa.  Saya nak kongsikan sedikit nota mengenai keputihan. Ramai yang message saya dan mempunyai keputihan.  Keputihan adalah normal. Semua wanita ada. Tapi keputihan mempunyai beberapa jenis dan tahap.  Keputihan adalah  cairan atau lendir serviks. Keputihan yang normal adalah tidak berbau.  Keputihan biasanya 4 jenis mengikut tahap kesuburan wanita. (Kitar 28hari) 1. Keputihan bertekstur kering sebelum haid 2. Keputihan bertekstur creamy selepas haid sebelum waktu subur 3. Keputihan putih telur hari ke 12-16  waktu subur 4. Seperti putih telur sedikit pekat. Waktu paling subur Keputihan tidak normal 5. Putih berketul seperti cottage cheese dan gatal mungkin ada jangkitan 6. Coklat dan ada darah - keluar selepas haid untuk mencuci darah haid. Jika terjadi selepas bersama, dan banyak mungkin menandakan keguguran. Jika terjadi pada yang sudah menopos, mungkin tanda kanser...