Langkau ke kandungan utama

rasa nak berniaga lagi

salam sejahtera semua...
dua tiga hari ni saya rasa nak berniaga lagi... memang sekarang dah jual vitamin dan maajun anggun bistari.
tapi macam nak tambah produk lagi.. maklum lah jual vitamin tak perlu pun stok dan pos sebenarnya sebab shaklee dah poskan terus ke pelanggan bila kita buat order... ada la ready stok sikit untuk yang nak cod area rumah ni...
maajun pun buat macam tu sekarang...

Jadi sekarang tengah tercari-cari lagi barang untuk di jual. serius memang nak berniaga.. pegang stok sendiri dan pos sendiri...dengan banyak pesanan setiap hari.. macam 30 ke sehari...bagus juga kan???....
sekarang memang dah cukup sibuk dengan anak kecil..tapi masih nak tambah produk...
Apa pilihan yang bermain di fikiran saya????
1. pakaian kanak-kanak - minat sebab sekarang saya sendiri ada anak kecil..suka tengok baju budak-budak
2. seluar jeans wanita yang kaki luas. dan juga skirt jeans wanita.. sangat menarik dan agak payah nak cari sebenarnya...online ada juga yang jual, tapi tak banyak. seluar jeans wanita yang kaki luas macam belum ada orang jual. mungkin juga sebab not in trend sekarang.
3. emas??? saya fikir kalau emas modal nak kene banyak la kalau nak pegang stok. kalau ambil gambar dari website yang jual emas pula selalu habis stok rasanya.

itu aja yang bermain difikiran saya...
apa pendapat awak sekalian???... bisnes apa yang patut saya buat??...modal tak besar sangat..rancangannya nak jual online jer..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hanis Choledocal Cyst

hai,,salam semua..apa khabar ya? saya sihat alhamdulillah..dah 2 tahun tak post ape2 kat blog... huhuhu...dah berhantu kalau rumah kosong kene tinggal lama2 macam ni..hihi well sibuk nye tak dapat nak update ape2 kat sini kan..maklumlah ahli keluarga bertambah lagi so sekarang anak saya 5 orang..huhu ramai ke? ramai.. ok la kot..ada lagi ramai dari saya..haha so last kita cerita pasal Hanis...Hanis dah nak masuk 3 tahun...lagi 3 hari birthday dia... baru2 ni bulan 7 Hanis sakit..lepas raya puasa haritu.. nak tahu ke ceritanye macam mana.... tak kisah la..kita nak cerita jugak.. balik raya puasa kat kampung hari tu dia ok je..sihat wal afiat... hanis yang kecik comey tu then beraya punye beraya tak hingat sampai beberapa pasang persalinan la kan , hari2 baju baru... nak balik KL lah beraya rumah mertua pula.. otw dari kampung ke KL, hanis sakit perut...ingatkan sakit perut biasa dia lah, macam masuk angin, muntah2...tapi tak ada cirit...so sy marah2 la kate makan...

Turun berat badan di bulan puasa

 Hari ini hari ke 17 ramadhan.  Saya nak kongsikan mengenai penurunan berat badan saya sepanjang bulan Ramadhan ini.  Sebelum ini berat saya 67kg. Paling berat saya pernah capai semasa tidak mengandung. Selalu berat saya naik banyak tu semasa saya mengandung sahaja.  Dengan tinggi saya 165cm, saya rasa tidak terlalu berisi. Tetapi saudara mara saya sudah mula menegur mengenai kenaikan berat badan saya🤭.  Sakit hati juga la kan bila orang mula cakap kita gemuk dah sekarang. Tetapi masa tu sebelum bulan puasa. Lebih kurang 3 bulan sebelum puasa. Saya pun mula lah "diet".  Berjaya juga turun,tapi dalam 3kg je salam tempoh 2 bulan. Sikit kan? Sebab saya diet macam biase je la. Tidak terlalu strict. Masih makan makanan biasa cuma kurangkan gula.  Dan bulan Ramadhan pun tiba.....2023 Saya cerita dulu berapa berat saya turun. Selepas 2 minggu berpuasa, saya dah capai 60kg. Baju dari L boleh muat M.  Excited kan?  Ok lah korang nak tahu tak ni apa s...

Wanita dan keputihan

 Assalamualaikum Salam sejahtera semua.semoga semua berada dalam keadaan sihat sentiasa.  Saya nak kongsikan sedikit nota mengenai keputihan. Ramai yang message saya dan mempunyai keputihan.  Keputihan adalah normal. Semua wanita ada. Tapi keputihan mempunyai beberapa jenis dan tahap.  Keputihan adalah  cairan atau lendir serviks. Keputihan yang normal adalah tidak berbau.  Keputihan biasanya 4 jenis mengikut tahap kesuburan wanita. (Kitar 28hari) 1. Keputihan bertekstur kering sebelum haid 2. Keputihan bertekstur creamy selepas haid sebelum waktu subur 3. Keputihan putih telur hari ke 12-16  waktu subur 4. Seperti putih telur sedikit pekat. Waktu paling subur Keputihan tidak normal 5. Putih berketul seperti cottage cheese dan gatal mungkin ada jangkitan 6. Coklat dan ada darah - keluar selepas haid untuk mencuci darah haid. Jika terjadi selepas bersama, dan banyak mungkin menandakan keguguran. Jika terjadi pada yang sudah menopos, mungkin tanda kanser...