Impian saya untuk berjaya. Berjaya bagi saya ialah saya mampu jaga anak-anak saya. Berjaya ialah apabila saya mampu uruskan semua untuk suami saya. Alhamdulillah dua impian saya ini tercapai. Saya suri rumah yang menjaga 3 anak saya sendiri. Berhenti kerja sejak mengandungkan anak sulung saya Huda. Ada juga mak saya minta nak tolong jagakan anak saya, tetapi saya tak sanggup nak berpisah dengan anak, biarlah susah, penat, tapi saya yang jaga mereka. Walaupun suami saya jenis suka berdikari, tak perlukan saya untuk gosok baju dia pun, dia boleh buat sendiri, tetapi, puas hati bila dapat tengok suami pakai baju yang saya gosokkan sebab, saya gosok lagi elok. hehe..buatkan air, sendukkan nasi, semua lah. Sekarang, makna berjaya bagi saya lebih besar. Dan untuk berjaya kini saya nak lebih dari apa yang saya dah ada. berjaya dari segi kewangan- bebas hutang ( PTPTN la tuu), tidak bergantung sepenuhnya pada suami, mampu sara anak-anak jika sesuatu terjadi. Berzakat, menderma tanpa...