Langkau ke kandungan utama

Catatan

Teringin nak berubah

Bismillah.. Teringin nak berubah apa ni kan?.. Sebenarnya saya nak berubah ke arah lebih baik la...nak tutup aurat dengan sempurna.. Nak pakai jubah ke apa-apa la yang boleh tutup aurat dengan sempurna.. Tapi kan...niat tu ada..tindakan belum ada....sedihkan.. Kalau shopping, beli juga baju singkat, seluar jeans ketat... :'( Tengok jubah menarik je rasa. Bukan ape tau...baju yang longgar, menepati hukum agama islam ni bila kita pakai, rasa selamat, rasa selesa, dan rasa aman tenang tau .. Ok bagi yang memang tutup aurat sempurna mesti tau rasa dia kan... Doakan la saya pun akan dapat tutup aurat dengan sempurna nanti. Secepat mungkin. Amin....tq for reading  :)

Happy birthday to me

Esok birthday i tau...yang ke 32...rasa sedikit tua dengan umur tu. Tapi baru 32 kan.... Umur makin meningkat. Makin pendek kan.. Bila la nak berubah kearah lebih baik. Tolong doakan saya ya kawan-kawan. Di umur ni...rasa banyak impian belum tercapai. Harapan tu banyak. Tapi tindakan??? Harap tahun ni lebih banyak kejayaan yang saya akan dapat. Diberi kesihatan yang baik selalu. Di beri kejayaan. Di limpahkan rezeki. Di limpahkan keberkatan hidup. Boleh membantu orang tua. Sentiasa bahagia dengan keluarga. Semua yang baik la kan. Aminnn...

Sardin puff

Bahan bahan sardin puff Puff pasti kawan. Sardin 1 tin kecil Kentang sebiji Bawang merah besar setengah biji Bawang putih 3 ulas Serbuk kari daging 2 sudu besar Inti sardin. Cara buat Tumis bawang putih dan bawang merah. Selepas naik bau masukkan serbuk kari. Kacau hingga naik bau. Masukka  air sedikit dalam 1 Cawan kemudian masukkan kentang dan biarkan menggelegak sekejap hingga kentang masak. Masukkan sardin dengan sosnya sekali. Hancurkan sedikit. Masukkan sedikit garam. Rasa la secukup rasa. Dah masak. Sejukkan sekejap. Saya potong 4 puff pastri ni. Letakkan 1 sudu besar inti sardin. Bentukkan jadi segitiga. Kemudian klim tepi tu tekan sikit dengan garfu. Bakar 180°celcius selama 20 minit atau hingga garing dan masak. Boleh makan.. Sedap.. Simple je cara buat . inti sardin tu kalau tak habis boleh buat sardin roll pula guna roti. Selamat mencuba. Sori pic tak banyak nak tunjuk cara buat.

Puree

Puree makanan untuk Hanis. Hari ni buat puree aprikot dan puri lobak Merah. Hanya rebus dan blender je lobak merah dan begitu juga dengan apricot. Saya pertama kali ni cuba buat. Anak sebelum ni saya tak buat puri pun. Terus bagi makan bubur nasi dengan sayur dengan ayam atau ikan. Bila borak dengan kawan saya doktor. Dia buat puri untuk anak dia. Ayam pun bagi masa umur 8 bulan. Mak ai.. Hanis hari tu dah bagi ayam dah.. Tak salah kan? Hanis ni lebih senang bab makan kalau banding dengan kakak dan abang dia. Tu sedap je mama bagi.. ;)

Tips semasa musim panas

Untuk persediaan menghadapi musim panas yang bakal melanda Malaysia, boleh la tengok tips ni ye... Bagi yang minum air isotonik tu...saya ada tengok kawan share sampai 3 botol 100plus tu dia minum sehari. Tau tak air botol banyak gula...jangan sampai kene kencing manis pula ya.. Baik amal performance drink...yaaaa motif nak jual performance drink... Kikiki Performance drink ni bukan masa panas cuaca je minum, masa cirit birit, masa kene denggi kan kene minum air banyak, masa rasa panas-panas kepala nak demam. Dan bukan untuk dewasa sahaja, kanak-kanak pun boleh minum untuk kegunaan seperti saya sebut nanti. Harga saya bagitahu terus ya rm82.50.. Nak tahu lebih detail  dan cara pesanan, boleh contact saya 0193439341 whasapp atau telegram...message je ye..call tak selalu sempat jawab

Cepatnya Hanis membesar

Hanis hari ni dah masuk 6 bulan 6 hari. Cepat betul dia membesar. Dan perkembangan dia pun cepat. Hanis dah mula berdiri. Dah boleh duduk dan pandai merangkak. Baru je hanis start makan 19hb haritu... Syukur sangat. Hanis diberi kesihatan yang baik. Tak pernah demam. Senang jaga dia. Walaupun nak mama je la...tak nak orang lain. Sakit badan mama dukung dia je. Tapi mama suka. Kalau saya cakap ni sebab izin Allah melalui pengambilan vitamin dari sebelum mengandung dan semasa mengandung dan semasa menyusu dia, tak keterlaluan kot. Sekarang ni kalau dia selsema, saya makan vitamin c, alhamdulillah berhenti selsema dia. Walaupun kadang-kadang selsema saya lagi lambat nak berhenti. Mungkin banyak zat pergi pada Hanis dari badan saya yang serap. Tapi ni semua rezeki dari Allah. Kesihatan pun rezeki dari Allah. Rahmat.. Syukur...semoga semua kekal sihat..

Cuaca panas

Cuaca panas kan sekarang. Elakkan berada di tempat panas. Minum banyak air. Bagi yang kurang minum air, boleh bancuh performance drink ni. Kanak-kanak pun boleh ambil tau. Bancuh dengan air untuk bekal ke sekolah.   Proven in the Lab Laboratory tests with high-level athletes show that Shaklee Performance®:     Minimizes fluid loss for enhanced hydration.     Delivers a full spectrum of electrolytes, including calcium and Magnesium.     Maintains blood-glucose levels to sustain intense energy output to increase stamina. Harga rm82.50 sahaja. Berminat boleh message saya 0193439341