Langkau ke kandungan utama

Catatan

Projek menjahit tengah malam

Selamat pagi.. Assalamualaikum.. Nak share hobi baru ni..alkisah beli mesin jahit baru ni...jadi kene la jahit kan..baru nampak ada guna beli mesin jahit..kang tak guna laki marah..haha Dah jahit langsir bilik anak baru baru ni.pastu dok tengok cara jahit gaun kanak-kanak macam susah sikit.. Jadi tengok jahit beg. Tote bag.. Tak susah sangat la... Banyak tutorial yang dah di share kan.. Senang je..tapi bagi first timer agak mencabar la..nak jahit lurus pon bengkok..hihi Tapi menjadi jugak la..dah jahit pouch baru ni tapi tak update blog.sori.. Kalau nak jugak tutorial boleh ke http://www.museofthemorning.com/museblog/2013/make-a-big-beautiful-beach-bag-tutorial/ Saya kecikkan sikit lebar beg..sebab kain tak cukup..huhu. Ini lah hasilnya..

Bag gred aaa, premium bag

Assalamualaikum semua. Saya nak bagi tau..saya ada jual bag gred aaa.. 1:1 pun ada.. Premium kualiti pon ada. Kalau berminat. Nak gambar nak tengok ke..boleh message saya ya. Whasapp 0193439341 Saya hantarkan gambar. Beg mesti cantik puas hati murah. Yang high kualiti dari Korea. Pilih sendiri tau 1 1.. Bukan borong.. Premium kualiti boleh tengok. Tapi kita set appointment dulu ya.

Cita-cita dulu

Hihi.. Nak cerita..simple je.. Dulu dari masa sekolah rendah lagi memang cita-cita saya nak jadi surirumah. Poyo kan..kikiki...tak..ni betul..bukan sebab sekarang saya surirumah, saya cakap cita-cita saya surirumah. Ni memang cita-cita saya dari dulu. Walaupun tak pernah terucap dengan kata-kata..kalau cikgu tanya, saya akan cakap nak jadi cikgu. Tapi dalam hati nak belajar tinggiada degree tapi nak ajar anak-anak je.. Nampaknya cita-cita saya tercapai sebenarnya.. Masa meningkat dewasa memang nak kerja nak cari duit juga..tapi mungkin itu bukan yang terbaik, sebabtu Allah tak tunaikan. Jadi sekarang ni..ajar anak-anak je lah ya.. Bagus jugak kan..mujur la suami mampu sara..huhu... Zaman semua pakai duit ni.. Hukhukhuk Semoga anak ma berjaya dunia akhirat. Manfaatkan ilmu yang ma ajar ok.. Ok la bukan hari-hari ma ajar..kikiki..masa rajin je.. Harap boleh konsistant ajar anak-anak. Amin..

Teringin nak berubah

Bismillah.. Teringin nak berubah apa ni kan?.. Sebenarnya saya nak berubah ke arah lebih baik la...nak tutup aurat dengan sempurna.. Nak pakai jubah ke apa-apa la yang boleh tutup aurat dengan sempurna.. Tapi kan...niat tu ada..tindakan belum ada....sedihkan.. Kalau shopping, beli juga baju singkat, seluar jeans ketat... :'( Tengok jubah menarik je rasa. Bukan ape tau...baju yang longgar, menepati hukum agama islam ni bila kita pakai, rasa selamat, rasa selesa, dan rasa aman tenang tau .. Ok bagi yang memang tutup aurat sempurna mesti tau rasa dia kan... Doakan la saya pun akan dapat tutup aurat dengan sempurna nanti. Secepat mungkin. Amin....tq for reading  :)

Happy birthday to me

Esok birthday i tau...yang ke 32...rasa sedikit tua dengan umur tu. Tapi baru 32 kan.... Umur makin meningkat. Makin pendek kan.. Bila la nak berubah kearah lebih baik. Tolong doakan saya ya kawan-kawan. Di umur ni...rasa banyak impian belum tercapai. Harapan tu banyak. Tapi tindakan??? Harap tahun ni lebih banyak kejayaan yang saya akan dapat. Diberi kesihatan yang baik selalu. Di beri kejayaan. Di limpahkan rezeki. Di limpahkan keberkatan hidup. Boleh membantu orang tua. Sentiasa bahagia dengan keluarga. Semua yang baik la kan. Aminnn...

Sardin puff

Bahan bahan sardin puff Puff pasti kawan. Sardin 1 tin kecil Kentang sebiji Bawang merah besar setengah biji Bawang putih 3 ulas Serbuk kari daging 2 sudu besar Inti sardin. Cara buat Tumis bawang putih dan bawang merah. Selepas naik bau masukkan serbuk kari. Kacau hingga naik bau. Masukka  air sedikit dalam 1 Cawan kemudian masukkan kentang dan biarkan menggelegak sekejap hingga kentang masak. Masukkan sardin dengan sosnya sekali. Hancurkan sedikit. Masukkan sedikit garam. Rasa la secukup rasa. Dah masak. Sejukkan sekejap. Saya potong 4 puff pastri ni. Letakkan 1 sudu besar inti sardin. Bentukkan jadi segitiga. Kemudian klim tepi tu tekan sikit dengan garfu. Bakar 180°celcius selama 20 minit atau hingga garing dan masak. Boleh makan.. Sedap.. Simple je cara buat . inti sardin tu kalau tak habis boleh buat sardin roll pula guna roti. Selamat mencuba. Sori pic tak banyak nak tunjuk cara buat.

Puree

Puree makanan untuk Hanis. Hari ni buat puree aprikot dan puri lobak Merah. Hanya rebus dan blender je lobak merah dan begitu juga dengan apricot. Saya pertama kali ni cuba buat. Anak sebelum ni saya tak buat puri pun. Terus bagi makan bubur nasi dengan sayur dengan ayam atau ikan. Bila borak dengan kawan saya doktor. Dia buat puri untuk anak dia. Ayam pun bagi masa umur 8 bulan. Mak ai.. Hanis hari tu dah bagi ayam dah.. Tak salah kan? Hanis ni lebih senang bab makan kalau banding dengan kakak dan abang dia. Tu sedap je mama bagi.. ;)