Langkau ke kandungan utama

Catatan

Hanis Choledocal Cyst

hai,,salam semua..apa khabar ya? saya sihat alhamdulillah..dah 2 tahun tak post ape2 kat blog... huhuhu...dah berhantu kalau rumah kosong kene tinggal lama2 macam ni..hihi well sibuk nye tak dapat nak update ape2 kat sini kan..maklumlah ahli keluarga bertambah lagi so sekarang anak saya 5 orang..huhu ramai ke? ramai.. ok la kot..ada lagi ramai dari saya..haha so last kita cerita pasal Hanis...Hanis dah nak masuk 3 tahun...lagi 3 hari birthday dia... baru2 ni bulan 7 Hanis sakit..lepas raya puasa haritu.. nak tahu ke ceritanye macam mana.... tak kisah la..kita nak cerita jugak.. balik raya puasa kat kampung hari tu dia ok je..sihat wal afiat... hanis yang kecik comey tu then beraya punye beraya tak hingat sampai beberapa pasang persalinan la kan , hari2 baju baru... nak balik KL lah beraya rumah mertua pula.. otw dari kampung ke KL, hanis sakit perut...ingatkan sakit perut biasa dia lah, macam masuk angin, muntah2...tapi tak ada cirit...so sy marah2 la kate makan...

Habbatus sauda plus madu

Salam semua...salam sejahtera. Ya allah lama sungguh saya tak update blog.  Kesibukan dan juga masalah internet tidak menentu. Just nak update sikit la pasal habbatus sauda plus madu yang saya tengah amalkan sekarang ni. Suami ada cakap dia penat ualang alik kerja. Jadi saya cadangkan dia amal habbatus sauda plus madu. Saya memang yakin la dengan makanan sunnah ni mampu jaga kesihatan badan kita. Setuju? Ok alang2 suami dah amal, saya pun tumpang la sekali... Apa kesan yang saya terus dapat rasa ialah tidur saya yang lebih lena. Sebelum ni masalah kaki lenguh macam nak m3nggelupur rasa. Kaki ni tendang sana tendang sini lah masa tidur tu. Mujur tak tendang laki jatuh katil je...huhu Hilang terus kaki lenguh tu. Dan yang lagi best........tententennnnnn selera makan dah kurangggg.. Yahoooo...kalau selalu lepas makan nasi dalam 2 pinggan, akan terus wat roti ngn coklat ke nak makan lagi. Tapi tak dah sekarang ni.. Dinner pun dah tak de masalah kalau tak makan. Betul.. Susu ...

Simple purse

Salam.... Saya nak share simple purse yang saya dah jahit untuk Huda... Dia nak isi duit belanja untuk ke sekolah... Saya buat muat-muat untuk duit..tapi boleh juga dia isi sapu tangan dia... Simplr sangat beg ni..guna snap button. Actually agak mahal la snap button ni..haha.. Sebiji dah rm1.10..kalau guna getah lagi murah la kos dia kot.. Comel n simple..

Projek hari guru

Selamat hari guru untuk semua guru di seluruh malaysia... Terima kasih untuk semua cikgu yang pernah mengajar saya... Walaupun guru dulu garang...garang nya sampai kalau jawab salah masa periksa..1 soalan 1 kali kene rotan kat tangan atau kene penampar kat pipi kapit.. 2 penampar skali gus kiri kanan tau...wuuuu... Kalau rotan kat tangan memang berbirat habis la tangan... Tapi itu lah yang buat cepat faham dan ingat... Untuk projek hadiah Cikgu sekolah anak-anak pula saya jahitkan pencil case. Harap cikgu semua suka la.dan gunakan.. Untuk tutorial kalau minat, boleh tinggalkan komen. Insyaallah ada masa saya sharekan tutorialnya. Kalau nak tempah pon boleh la kot...order awal2...harga kita bincang. Sesuai la untuk anak-anak tadika buat hadiah bithday ke.. Untuk sisa kawen pon boleh. Saiz yang saya buat ni lebih kurang 10 inci panjang atas. Bawah dalam 6 inci. Tinggi dalam 6 inci juga lebih kurang.  :)

Mufin pisang

Yum...sedap nye bau kat dapur ni. Tok ma datang baru-baru ni..bawak pisang 2 sikat..Hadi la pesan suruh bawakan pisang..makan nya sebiji 2 je.. Lain lembik...ermmm dari membazir je kan, buat la mufin pisang ni.. Sedap dan senang..tak perlu mixer pun.. Google la resepi... Saya jumpa resepi macam ni 3 biji pisang. Saya guna 5 lagipun dia kata lagi banyak pisang lagi lembab kek ni. 1 cawan gula. Kalau tak suka manis boleh guna separuhje. 1 biji telur. Pukul sikit guna garfu. 1/3 cawan butter di cairkan. Sedikit vanilla. Ni saya tambah. Semua ni di gaul bersama hingga sebati. 1 1/3 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bicarbonate 1/2 sudu kecil garam Ayak kemudian gaul bersama pisang tadi. Panaskan oven 375ferenhiet. Oven saya. 180 celcius. 20 minit. Masak. Keluarkan dan hidangkan. Panas pon sedap. Xsempat sejukkan pun. Tapi katanya dah sejuk dalam peti ais semalaman lagi sedap. Selamat mencuba.

Projek menjahit tengah malam

Selamat pagi.. Assalamualaikum.. Nak share hobi baru ni..alkisah beli mesin jahit baru ni...jadi kene la jahit kan..baru nampak ada guna beli mesin jahit..kang tak guna laki marah..haha Dah jahit langsir bilik anak baru baru ni.pastu dok tengok cara jahit gaun kanak-kanak macam susah sikit.. Jadi tengok jahit beg. Tote bag.. Tak susah sangat la... Banyak tutorial yang dah di share kan.. Senang je..tapi bagi first timer agak mencabar la..nak jahit lurus pon bengkok..hihi Tapi menjadi jugak la..dah jahit pouch baru ni tapi tak update blog.sori.. Kalau nak jugak tutorial boleh ke http://www.museofthemorning.com/museblog/2013/make-a-big-beautiful-beach-bag-tutorial/ Saya kecikkan sikit lebar beg..sebab kain tak cukup..huhu. Ini lah hasilnya..

Bag gred aaa, premium bag

Assalamualaikum semua. Saya nak bagi tau..saya ada jual bag gred aaa.. 1:1 pun ada.. Premium kualiti pon ada. Kalau berminat. Nak gambar nak tengok ke..boleh message saya ya. Whasapp 0193439341 Saya hantarkan gambar. Beg mesti cantik puas hati murah. Yang high kualiti dari Korea. Pilih sendiri tau 1 1.. Bukan borong.. Premium kualiti boleh tengok. Tapi kita set appointment dulu ya.