Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Kelebihan ahli Shaklee

Nak share apa yang best sangat join Shaklee ni? Ok pertama sekali supplement shaklee memang berkesan. Amalan memakan vitamin memberi kesihatan yang baik dan awet muda kepada pengamalnya. Kene konsisten dan banyakkan minum air kosong. Jika anda hanya mahu beli vitamins untuk amalan sendiri dan bukan untuk meniaga, join ahli masih untung sebab boleh jimat 15-20%. Kalau nak berniaga, berkongsi kebaikan Shaklee dengan semua orang, lagi bagus. Barang bagus elok la kongsikan. Takkan nak sihat sorang je. Shaklee tawarkan kepada ahli mereka CASH - BONUS CONVENTION - TRIP KE LUAR NEGARA (TAHUN NI ROME) ATAU ANDA BOLEH PILIH UNTUK UMRAH 5 BINTANG DENGAN SHAKLEE CAR - BOLEH PILIH MANA-MANA KERETA KITA NAK. Join dengan siapa? Kenali upline kita. Up line kita tak semestinya dah jadi pangkat yang paling tinggi  je. Sebab bonus kita atau pangkat kita lepas join tidak bergantung pada upline. Kalau upline taknak naik pangkat, kita masih boleh capai pangkat paling tinggi dalam shaklee. Ta...

Tak sabar

Selamat malam semua.. Tetiba rasa sangat tidak sabar untuk breastfeed lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki, boleh breast feed this coming baby. Rasa bonding ibu dan anak yang sangat close dan semestinya boleh kurus balik ni kalau fully breasfeed. Pengalaman menyusukan Hadi selama 2 tahun memang special. Dengan kakak-kakak dia hanya sampai setahun je. Dapat susukan Hadi selama 2 tahun sebab dah rezeki dia dan sebab amalkan ESP masa susukan Hadi. Alhamdulillah. Saya tak ada masalah kurang susu yang serius. Tetapi amalkan ESP memang membantu. Cuba lah...tak rugi... Kulit pon makin lembut. Malah bentuk badan pon makin meletop. Puas hati. Dan juga menghilangkan parut kat kulit wajah. Berseri gitu. Saya ada ready stok ESP . Penghantaran area rumah saya boleh la.. Di bandar seri putra dan bukit mahkota. Call je no saya 0193439341

Pushing too much

Bila pregnant ni rasanya kita patut tahu limit kita.2 3 hari ni badan kurang sihat tapi masih buat kerja macam biasa buatkan sakit bahagian bawah perut. Ada discharge sikit tadi. I know i should rest. Tapi kalau dah tinggal sorang, kena la jaga anak-anak. I just hope he would ask how im doing. Huh...sabar je lah... Rehat rehat..jaga diri sendiri dulu..

Salam jumaat

Salam jumaat. Hari yang penuh berkat ni jom amalkan selawat keatas Nabi Muhammad saw. Semoga hari ini membawa keberkatan dan rahmat dan dimurahkan rezeki kepada kita. Amin Dan yang mencari set shaklee Untuk ibu hamil Berpantang Menyusu Boleh contact saya Aeidah Shaklee independent distributor 0193439341

Hadi jatuh

Petang semalam dalam pukul 3 ptg, hadi jatuh masa main dalam bilik kakak dia.. Panjat basikal, nak turun dah tapi terjatuh. Mama kat luar masa tu tengah baring sebab badan tak sihat kan. Terkejut tetiba nangis. Keluar je hadi dah pegang dagu dia sambil nangis.. Ingatkan mulut yang berdarah, tengok-tengok dagu yang terbelah. Adoi, masa tu memang gabra la.ambil kain lap, siap-siap terus pergi klinik. Klinik swasta tutup, pergi la klinik kerajaan, lepas daftar, nasib baik nurse tu hantarkan ke kecemasan. Lepas tunggu sekejap, MA datang, dia tengok, nasib baik la dia kata tak payah jahit. Gam je. Mulut comot tgh makan mee goreng..abaikan lubang hidung tu yer

Jemput minum petang

Petang ni buat juga onde onde walaupun tak berapa larat sebenarnya...sakit badan betul arini... Mata panas, tekak pedih macam selsema...tapi sebab dah teringin sangat, gagahkan diri juga gentel ni.. Nak resepi onde-onde?tak la susah buat ni.. Sukatan tak de, semua agak-agak je Tepung beras pulut Untuk 1 kilo tepung beras pulut, campurkan 1@2 sudu besar tepung gandum supaya tak liat sangat. Air daun pandan Pewarna hijau sikit Garam Gula Air pandan, pewarna, gula sikit, garam sikit ni campurkan. Gula melaka potong-potong jadi bentuk kiub kecil. Kelapa muda dicampur dengan sedikit garam dan sedikit gula( orang kelantan memang suka letak gula) ada yang letak garam sahaja dalam kelapa ni.terpulang pada cita rasa masing-masing. Gaul campuran tepung pulut dan tepung gandum, air masukkan sedikit demi sedikit sampai jadi doh. Gentel tepung, masukkan gula melaka di tengah-tengah tepung, gentel bulat. Jangan bagi ada bocor, nanti tak cantik. Dah gentel, masukkan kedalam air panas ya...

Kerana Hadi, aku kenal Shaklee

Masa mula mula kenal dengan Shaklee tengah mengandungkan Hadi. Dah dekat nak bersalin dah mase tu...tengah cari nak makan apa masa dalam pantang tu... Masa pantang Huda makan mustika ratu. Sikit je dia punya isi..banyak untuk sapu kat badan, sapu kat breast untuk banyak susu paling best mutika ratu punye ubat untuk sapu kat perut untuk berbengkung. Memang keluar darah kotor. Masa Hadi rasanya nak tukar dari herba ke supplement sebab supplement boleh start makan dari hari pertama berpantang. Jamu pula lepas 2 minggu. Jadi saya berhabis rm400 lebih masa tu untuk supplement berpantang. Tapi memang puas hati. Badan cergas dan sihat, susu pun tiada masalah, sembelit pun tak ada. Lepas tu nampak orang ajak untuk tambah pendapatan.. Saya pun tak ada ragu ragu langsung, terus join. Rm65.. Itu je modal asal..terus dapat income setiap bulan. Alhamdulillah. Saya amat syorkan Shaklee sebagai supplement ibu hamil dan berpantang. Sendiri boleh rasai keberkesanannya. Nak join ahli pun boleh. ...

Jalan-jalan KLCC

Aktiviti hujung minggu... Bawa anak anak main kat taman KLCC...minggu lepas nak datang sini tapi tak jadi... Main tengah panad..sampai merah muka masing-masing.. Tapu dorang seronok dan puas hati lah sekali sekala datang berjalan kat sini kan.. Korang plak buat apa cuti hujung minggu ni?

Hobi baru

Hobi baru en suami ni... Bukan hobi baru i... Balik kerja naik atas treadmill ni...lari setengah jam.. pastu angkat berat and so onnn... Senaman nak tingkatkan stamina dan bina badan katanya... I tak kisah...asal sihat dan niat biar betul ek...jangan kelain plak jadinye... Sebagai isteri, kita kena la sokong suami kita ye dakk...all the best

Hadiah besday

Suprise bila en suami nak belikan hadiah tuk besday bulan lepas... Ingatkan xdapat hadiah..tapi ada...cuma lambat sikit... Dia macam biasa la..pilih sendiri..cuma dia cakap kalau nak fon..boleh la pilih nak apa..kita ok jer..rezeki jangan ditolak... Pilih punya pilih...ada budget..kita amik la yang ni... Ok la..seronok juga..senang nak online, buka website shaklee..boleh buat order, tengok bonus..update blog pon guna gon sekarang..hehehe Tq sayang...

Baju raye design

Dah sibuk memikirkan design baju tuk raya nanti...hehe..memang dah ramai yang tempah baju raya kan... Tapi memandangkan raya tahun ni dengan perut kedepan, bukan senang-senang dapat baju kan...jadi memang berkenan dengan design baju nana dan betty dalam cerita babyboo ni... Mintak tolong mak kawan jahitkan..kalau jadi, leh tempah tuk anak2 sekali... Cant wait.. :)

Ostematrix, ubat sembelitku

tajuk...hehehe...sensitip sembelit-sembelit ni...bukan ape, serik masa berpantang anak pertama dulu... wanita masa dalam pantang memang ada yang mengalami sembelit yang teruk.. saya lah tu antaranya. kebanyakkan nya memang sembelit, ikut pengambilan makanan semasa pantang kan kering-kering jer. sup sayur pun ma macam tak nak kasi makan je... dah la amalkan air daun inai..macam teh pekatnya, memang la sembelit kan... makanan sayur-sayur ni orang tua tak bagi sangat pon.. Jadi, apa peranan ostematrix dalam menyelesaikan masalah sembelit?. ok, ostematrix membekalkan kalsium..tetapi, kalau vitamin yang hanya ada kalsium, tak ada magnesium, itu pun boleh menyebabkan sembelit. Pengambilan kalsium perlu ada magnesium sekali untuk melembutkan najis...ringkas nya begitu..Ostematrix ni ada kalsium + magnesium sekali. Dan kalau tu je memang tak cukup jugak...kene ada vitamin D jugak... Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang maximum..baru la berbaloi-baloi kan...dah beli, mesti la...