Langkau ke kandungan utama

Catatan

Apa yang mempengaruhi susu ibu

2 hari ni saya pergi rumah mertua saya.. Suami outstation, malas nak berbuka puasa sorang-sorang kat rumah... Duduk rumah mertua 2 hari ni, bila Hadi asyik tunjuk dada sbb dia mintak nak menyusu, mak mertua kate, ade susu ke puasa-puasa ni.. Tak de niat lain, mungkin saja nak gurau-gurau ngn Hadi cakap mama dia tak de susu.. Sedangkan susu saya bengkak je 2 hari duduk rumah mertua...mungkin sebab banyak makan sayur masa kat sana + makan supplement SHaklee..macam biasa la.. Lepas tu, datang pula biras..ada seseorang telah bersalin..baru 30 hari dah naik motor..berani nye dia... Bukan nak cite pasal tu...cerita nya payudara dia besar, tapi dah tak ada susu...sayangnya...kata biras saya.. Nenek saya pula masa balik kampung, ceritanya sepupu saya susu banyak dan payudara dia memang besar..dan nenek saya kata payudara saya pula kecik...ada juga susu... Jadi dalam hati saya fikir, apa yang mempengaruhi banyak atau tidak pengeluaran susu bergantung pada apa?saiz payudara ...

Vitamin C benefits- SHAKLEE

kebaikan vitamin C. Boleh save image as untuk bacaan yang lebih terang dan jelas.. untuk pesanan, email saya aeidahamrun@yahoo.com atau sms 019 3439341

Diari Kehamilan

Sepintas Lalu Diari Kehamilan Dua minggu pertama dikira sebahagian daripada 40 minggu diari kehamilan walaupun kehadiran bayi belum dikesan. 28-hari kitaran haid, waktu yang paling baik bagi konsepsi ialah di antara 12-16 hari bermula dari hari pertama kitaran haid. Minggu ke-4 kehamilan, anda mungkin mengalami rasa berat dan kebengkakan dalam payu dara. Minggu ke-5 , saat yang sesuai untuk mendapatkan ujian kehamilan. Mungkin anda masih belum terasa loya atau mabuk walaupun ujian kehamilan positif. Minggu ke-6 kehamilan, ketika ini ramai wanita mengalami mabuk hamil. Uterus mula membesar dan menekan pundi kencing. Pada masa ini perubahan hormon dalam tubuh boleh menyebabkan anda rasa letih hingga minggu ke 7. Anda juga mungkin kurang selera disebabkan rasa loya. Minggu ke-8 kehamilan, ibu akan mengalami keletihan justeru tubuhnya terpaksa bekerja keras menghadapi tumbesaran bayi. Terdapat juga discaj cair dari dinding faraj. Minggu ke-9 , garisan pada perut mula kelihatan. Justeru ...

Panduan menyusukan ketika berpuasa

Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat. Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian. Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara. Perlu anda maklumi bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa. FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan d...

Ibu mengandung

Semasa hamil, ibu akan pastikan baby yang di kandung mendapat khasiat yang secukupnya.. Tapi macam mana pula dengan ibu-ibu yang mengalami muntah-muntah atau loya semasa di awal dan akhir kehamilan..atau yang lebih teruk, sepanjang kehamilan.. macam mana nak bekalkan khasiat yang cukup untuk bayi yang di kandung. semestinya ibu-ibu gusar akan perkembangan bayi.. Alhamdulillah, semasa mengandung, saya tidak mengalami mabuk yang teruk. saya masih mampu makan walaupun semasa awal kehamilan Hannah dan Hadi ada la terasa mual atau loya. tapi tak teruk.. saya nak kongsikan keperluan oleh ibu mengandung MAKANAN yang begitu digemari, tiba-tiba terasa memualkan tekak. Kalau dulu, tidak menjadi masalah menghadap menu nasi campur setiap hari tetapi kini, mendengarnya saja membuatkan tekak kembang, apa lagi jika mahu menjamahnya. Bermacam-macam pengalaman baru dilalui ibu hamil. Perubahan secara tiba-tiba kadangkala menimbulkan rasa pelik orang sekeliling dan sukar difahami m...

Jadual pemakanan Vitamin Semasa berpuasa

Semasa berpuasa, waktu makan kita berubah, tapi sebenarnya sama sahaja. makan 3 kali sehari cuma pada waktu yang berbeza. Jadi, jika anda sudah biasa dengan pengambilan vitamin setiap hari, hanya perlu tukar waktu seperti waktu sahur seperti sarapan, waktu berbuka seperti hidangan tengahari dan waktu moreh / lepas terawih seperti makan malam.  Waktu sahur: Selepas makan nasi atau apa jua juadah bersahur serta kurma , tambahkan minuman Performance dan ESP( Gabungan terbaik ) dan makan 3 biji Alfalfa . Waktu Berbuka: Berbukalah dengan juadah berbuka seperti biasa disertai kurma , tambahkanjuga dalam menu minuman Performance dan ESP ( untuk dapatkan better result ) dan 2 biji alfalfa. Sebelum tidur: Amalkan minum segelas ESP dan vitamin lain iaitu Vitalea@multivitamin, B complex dan Vitamin C. Inilah jadual paling mudah untuk diamalkan. Hanya bancuhkan 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance ke dalam 250 ml air. Boleh buat lebih pekat mengikut citarasa si ibu. Vitamin ...

Peformance Drink - persiapan puasa

sejujurnya saya sendiri tidak pernah rasa performance drink ni.. tapi bonda saya performance drink ni wajib ada di rumah dia.. Insyaallah, ada rezeki, boleh cuba juga ni.. sangat bagus untuk kestabilan air dalam badan. maknanya sangat berguna pada musim panas sekarang ni dan juga semasa berpuasa di bulan ramadhan nanti atau yang berpuasa sekarang. Performance Drink 1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik. 2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina. 3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. 3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. 4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau ...