Langkau ke kandungan utama

Catatan

Wanita dan keputihan

 Assalamualaikum Salam sejahtera semua.semoga semua berada dalam keadaan sihat sentiasa.  Saya nak kongsikan sedikit nota mengenai keputihan. Ramai yang message saya dan mempunyai keputihan.  Keputihan adalah normal. Semua wanita ada. Tapi keputihan mempunyai beberapa jenis dan tahap.  Keputihan adalah  cairan atau lendir serviks. Keputihan yang normal adalah tidak berbau.  Keputihan biasanya 4 jenis mengikut tahap kesuburan wanita. (Kitar 28hari) 1. Keputihan bertekstur kering sebelum haid 2. Keputihan bertekstur creamy selepas haid sebelum waktu subur 3. Keputihan putih telur hari ke 12-16  waktu subur 4. Seperti putih telur sedikit pekat. Waktu paling subur Keputihan tidak normal 5. Putih berketul seperti cottage cheese dan gatal mungkin ada jangkitan 6. Coklat dan ada darah - keluar selepas haid untuk mencuci darah haid. Jika terjadi selepas bersama, dan banyak mungkin menandakan keguguran. Jika terjadi pada yang sudah menopos, mungkin tanda kanser serviks. 7. Berwarna kuning dan k

Set chenta maajun anggun bistari mab dan Feminine wash

 Inilah dia Combo Box Chenta Hatiku dari Maajun Anggun Bistari. Terdapat MAB klasik dan juga Anggun feminine Wash MasyaAllah. gabungan mantap betul ni. Satu untuk kesihatan dalaman wanita dan lagi satu untuk kebersihan luaran. Ok..Apa yang istimewa MAB ni ya? Banyak sangat keistimewaan nya ni,  ✅. Sudah lebih 16 tahun dipasaran ✅ Telah pun mendapat kelulusan KKM, No MAL 19046066TC & Halal Jakim ya.. ✅ Digunakan oleh puluhan ribu wanita Malaysia termasuk di Singapura & Brunei ya. MasyaAllah kalau dah lama di pasaran dah pasti lah MAB berkesan kan. MAB ni sangat baik untuk ✅ Kesihatan dalaman wanita ✅ Nak mantap, tip top kena amalkan ni ✅ Segar Bugar, Bertenaga sepanjang hari ✅ tiada lagi kelesuan, especially yang menyusu anak kecil, menambahkan tenaga & susu juga ya. ✅ Muka naik seri, merah pinky pinky bertambah glowing. Inner glowing gitu terserlah keluar ke wajah kita. ✅ Keputihan, senggugut, longgar longgar,  sengal badan, sakit tumit dll semua larilah, InsyaAllah. ✅ Ya

Maajun anggun bistari bantu wanita

 Assalamualaikum.  Saya nak kongsi manfaat maajun anggun bistari ni.  Mula-mula saya nak tanya, kakak2, ibu-ibu semua yang ada disini....suka makan jamu atau maajun? Maajun ni sifat dia lembut dan manis sebab ada madu. Jamu pula keras biasanya. Dikeringkan samada dijemur atau mungkin proses moden ni dalam oven kot.  Saya amalkan maajun anggun bistari mab ni selepas saya lahirkan anak ketiga saya. 10 tahun yang lepas. Sejak dari itu, saya amalkan secara konsisten setiap hari sebiji. Ada formula makan dia.  Saya pilih maajun anggun bistari mab sebab mampu. Mampu nak beli tiap bulan kerana harga yang tak mahal bagi saya. Rm35 sekarang.  Dia jamu traditional. Dari bahan semulajadi yang membuatkan saya yakin selamat nak amalkan. Makan pun sebiji sahaja. Saya malas juga nak makan banyak-banyak. Tidak mengganggu penyusuan. Ya sangat penting kerana saya menyusukan anak.  Dan saya dapat rasakan kecergasan selepas berpantang, badan tidak rasa sakit,tidak sakit urat,badan tidak lemah atau sakit-s

Popia goreng

 Assalamualaikum. Selamat sejahtera semua. Harap semua sihat walafiat selalu. Pagi ni saya buat popia goreng. Resepi simple ni mak saya yang ajarkan. Senang dan simple sebab inti tak perlu masak dahulu. Ok jom kita tengok. Saya letakkan semua bahan ni anggaran sahaja ya. Resepi agak-agak. Resepi popia goreng simple Carrot lebih kurang 1 batang gemuk Kubis sama banyak dengan carrot. Nampak warna dia sekata. Sedikit garam Sedikit serbuk cukup rasa Jangan banyak garam dan perasa. Nanti masin. Sediakan kulit popia.  Balut popia dengan inti(½ sudu besar) Tampal hujung popia dengan bancuhan tepung gandum dan air. Goreng hingga masak. Sos yang simple, sos cili + gula + sedikit air.  Siap.  Popia goreng Gambar ni dah makan. Anak-anak pon suka.  Selamat mencuba😄

Pdpr

 Assalamualaikum. Apa khabat? Gong xi fa chai. Lama cuti tahun baru cina kan. Dari rabu hingga ahad. Kalau lah tiada PKP, mesti ramai dah balik kampung, pergi bercuti.  Rindunya tahun 2019. Masa tu kita bebas kemana sahaja. Bebas berjumpa siapa sahaja. Tapi sekarang... Tak apalah, redha.  Ambil kesempatan ini,masa dirumah dengan anak-anak untuk muhasabah diri. Pdpr. Anak-anak saya 6 orang. 4 orang pdpr.  Agak mencabar,tapi tahun ni lagi bagus dari tahun 2020. Masa tu cikgu tak mengajar ya. Terus bagi tugasan. Jadi ibu ni kene ajar anak. Dah la banyak kelas. Aduh.. Paling stress kene ajar subjek bahasa arab. Walaupun dulu belajar bahasa arab sampai tingkatan 3..tapi mama banyak tidur😂 Tahun ni better,cikgu buat google meet mengajar. Tapi mama tetap pantau anak-anak. Apa yang dorang tak faham dan pantau adab dorang. Jangan taip bukan-bukan semasa cikgu mengajar.  Ada anak-anak lain yang berborak pasal game, bodohkan kawan-kawan lah. Stress tengok. Nak ditegur,cikgu nya ada. Tertanya-tan

Set Chenta

 Hot promosi SET CHENTA. Mab dan Anggun FEMININE WASH Harga asal rm54 untuk 2 item ni. Tapi promosi terhad sekarang available pada harga RM45.  Sangat disyorkan pada yang mengalami masalah keputihan. Pencuci ni ada sireh kat dalam dia. Sebangai antibakteria antiseptic untuk menghalang pembiakan kuman.  Bau fresh dan ada rasa menthol sejuk-sejuk je.. Mab pula ada manjakani. Merawat keputihan secara keseluruhan 👍 Limited set ya. Selagi stok masih ada sahaja. Bila habis,harga back to normal. Boleh dapatkan maajun anggun bistari dan Anggun Feminine wash secara berasingan. Pon boleh.  Kalau ada keputihan,cuba ni tau. ✅LULUS KKM KAK. JANGAN RISAU Wasap segera klik sini

RESEPI SERI MUKA TANPA TELUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk minum petang harini saya sediakan kuih seri muka.  Seri muka ni special sebab tidak mengandungi telur.  Saya buat resepi ini kerana mertua saya tidak makan kalau ada bau telur. Jadi resepi ini memang khas untuk dia😄 Harap nampak dalam gambar ini resepinya.  Bahan-bahan pulut(lapisan bawah) 500g beras pulut (rendam dulu sekurang2nya 30 minit) pulut lebih cepat masak dan lembut 2 cawan santan  cair Garam secukupnya +- 1 sudu kecil 2 sudu minyak masak Tos pulut yang sudah direndam, gaulkan bersama santan dan garam. Kukus selama 20 minit / hingga masak. Saya nak senang, saya terus masukkan kedalam bekas dulang yang disapukan minyak masak. Kemudian,selepas masak, terus tekan pulut didalam bekas itu. Tak perlu alih ke bekas lain. Sediakan lapisan atas. 500g santan kara 450g air yang di blend bersama daun pandan dan tapiskan. Ambil airnya sahaja. 1 cawan gula pasir ½ cawan tepung gandum ½ cawan tepung beras ½ sudu kecil garam Sedikit pewarna h