Langkau ke kandungan utama

Catatan

Jemput minum petang

Petang ni buat juga onde onde walaupun tak berapa larat sebenarnya...sakit badan betul arini... Mata panas, tekak pedih macam selsema...tapi sebab dah teringin sangat, gagahkan diri juga gentel ni.. Nak resepi onde-onde?tak la susah buat ni.. Sukatan tak de, semua agak-agak je Tepung beras pulut Untuk 1 kilo tepung beras pulut, campurkan 1@2 sudu besar tepung gandum supaya tak liat sangat. Air daun pandan Pewarna hijau sikit Garam Gula Air pandan, pewarna, gula sikit, garam sikit ni campurkan. Gula melaka potong-potong jadi bentuk kiub kecil. Kelapa muda dicampur dengan sedikit garam dan sedikit gula( orang kelantan memang suka letak gula) ada yang letak garam sahaja dalam kelapa ni.terpulang pada cita rasa masing-masing. Gaul campuran tepung pulut dan tepung gandum, air masukkan sedikit demi sedikit sampai jadi doh. Gentel tepung, masukkan gula melaka di tengah-tengah tepung, gentel bulat. Jangan bagi ada bocor, nanti tak cantik. Dah gentel, masukkan kedalam air panas ya...

Kerana Hadi, aku kenal Shaklee

Masa mula mula kenal dengan Shaklee tengah mengandungkan Hadi. Dah dekat nak bersalin dah mase tu...tengah cari nak makan apa masa dalam pantang tu... Masa pantang Huda makan mustika ratu. Sikit je dia punya isi..banyak untuk sapu kat badan, sapu kat breast untuk banyak susu paling best mutika ratu punye ubat untuk sapu kat perut untuk berbengkung. Memang keluar darah kotor. Masa Hadi rasanya nak tukar dari herba ke supplement sebab supplement boleh start makan dari hari pertama berpantang. Jamu pula lepas 2 minggu. Jadi saya berhabis rm400 lebih masa tu untuk supplement berpantang. Tapi memang puas hati. Badan cergas dan sihat, susu pun tiada masalah, sembelit pun tak ada. Lepas tu nampak orang ajak untuk tambah pendapatan.. Saya pun tak ada ragu ragu langsung, terus join. Rm65.. Itu je modal asal..terus dapat income setiap bulan. Alhamdulillah. Saya amat syorkan Shaklee sebagai supplement ibu hamil dan berpantang. Sendiri boleh rasai keberkesanannya. Nak join ahli pun boleh. ...

Jalan-jalan KLCC

Aktiviti hujung minggu... Bawa anak anak main kat taman KLCC...minggu lepas nak datang sini tapi tak jadi... Main tengah panad..sampai merah muka masing-masing.. Tapu dorang seronok dan puas hati lah sekali sekala datang berjalan kat sini kan.. Korang plak buat apa cuti hujung minggu ni?

Hobi baru

Hobi baru en suami ni... Bukan hobi baru i... Balik kerja naik atas treadmill ni...lari setengah jam.. pastu angkat berat and so onnn... Senaman nak tingkatkan stamina dan bina badan katanya... I tak kisah...asal sihat dan niat biar betul ek...jangan kelain plak jadinye... Sebagai isteri, kita kena la sokong suami kita ye dakk...all the best

Hadiah besday

Suprise bila en suami nak belikan hadiah tuk besday bulan lepas... Ingatkan xdapat hadiah..tapi ada...cuma lambat sikit... Dia macam biasa la..pilih sendiri..cuma dia cakap kalau nak fon..boleh la pilih nak apa..kita ok jer..rezeki jangan ditolak... Pilih punya pilih...ada budget..kita amik la yang ni... Ok la..seronok juga..senang nak online, buka website shaklee..boleh buat order, tengok bonus..update blog pon guna gon sekarang..hehehe Tq sayang...

Baju raye design

Dah sibuk memikirkan design baju tuk raya nanti...hehe..memang dah ramai yang tempah baju raya kan... Tapi memandangkan raya tahun ni dengan perut kedepan, bukan senang-senang dapat baju kan...jadi memang berkenan dengan design baju nana dan betty dalam cerita babyboo ni... Mintak tolong mak kawan jahitkan..kalau jadi, leh tempah tuk anak2 sekali... Cant wait.. :)

Ostematrix, ubat sembelitku

tajuk...hehehe...sensitip sembelit-sembelit ni...bukan ape, serik masa berpantang anak pertama dulu... wanita masa dalam pantang memang ada yang mengalami sembelit yang teruk.. saya lah tu antaranya. kebanyakkan nya memang sembelit, ikut pengambilan makanan semasa pantang kan kering-kering jer. sup sayur pun ma macam tak nak kasi makan je... dah la amalkan air daun inai..macam teh pekatnya, memang la sembelit kan... makanan sayur-sayur ni orang tua tak bagi sangat pon.. Jadi, apa peranan ostematrix dalam menyelesaikan masalah sembelit?. ok, ostematrix membekalkan kalsium..tetapi, kalau vitamin yang hanya ada kalsium, tak ada magnesium, itu pun boleh menyebabkan sembelit. Pengambilan kalsium perlu ada magnesium sekali untuk melembutkan najis...ringkas nya begitu..Ostematrix ni ada kalsium + magnesium sekali. Dan kalau tu je memang tak cukup jugak...kene ada vitamin D jugak... Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang maximum..baru la berbaloi-baloi kan...dah beli, mesti la...